Pengalaman Homestay Cameron Highlands Featured Image

Pengalaman Homestay Cameron Highlands

By Demo Andrew Homestay - Oct 15, 2018 (Last Updated Jul 03, 2023)

Ingin bercuti ke Cameron Highlands, Pahang? Mesti anda tertanya-tanya, apakah bezanya tinggal di hotel dengan homestay?

Di sini kami ingin berkongsi pengalaman homestay di Cameron Highlands. Anda mesti pernah tinggal dalam hotel kan? Tak kiralah pergi bercuti atau lawatan bekerja biasanya tempat tinggal yang kita pilih selalunya hotel je. Tetapi apabila kita travel dengan keluarga yang besar atau bersama sekumpulan kawan yang besar mesti sakit kepala nak tempah bilik-bilik hotel yang banyak itu. Apatah lagi jumlah kos yang besar untuk tempah bilik satu persatu itu, rugilah. 

Solusinya? Homestay lah. Homestay biasanya apartment atau rumah peribadi yang disewa untuk jangka masa pendek. Jadi, andai kata kita sewa apartment 3 bilik dan setiap bilik terdapat 1 atau 2 katil besar, maka jumlah orang yang boleh mendiami apartment itu sekurang-kurangnya 6 orang!

Okey setelah anda faham konsep homestay, kami akan kongsikan beberapa pengalaman homestay di Cameron Highlands.



Ruang Tamu

Salah satu bezanya homestay dengan hotel tentulah ruang tamu. Melainkan anda berkemampuan untuk menyewa bilik suite yang mempunyai ruang tempat duduk, bilik hotel biasanya tiada ruang seperti ruang tamu yang telah sedia ada di homestay. Seisi keluarga anda boleh berkumpul di ruang tamu untuk bersembang atau berbincang tentang destinasi seterusnya.



Bilik Tidur

Disebabkan cuaca yang sentiasa sejuk di Cameron Highlands, hotel ataupun homestay biasanya dibekalkan kipas tanpa aircond. Berdasarkan pengalaman kami, suhu pada waktu malam sememangnya sejuk anda mungkin tidak memerlukan kipas sama sekali. Bilik tidur homestay sama seperti bilik tidur di rumah kita semua, tuala mandi dan sabun mandi biasanya dibekalkan oleh owner.



Dapur

Cameron Highlands memang terkenal dengan sayur-sayuran yang segar. Jadi, mungkin anda terfikir nak masak sayur yang baru dibeli kan? Sayur yang baru dipetik terus masuk dalam kuali, mesti fresh kan. Kebanyakkan homestay benarkan tetamu untuk memasak. Peralatan memasak pun disediakan jadi anda tak payahlah sengaja nak bawa tong gas, periuk nasi dan perkakas dapur yang lain. 


Layarilah LetsGoHoliday.my untuk mencari homestay muslim sekitar Cameron Highlands.

Ruang Makan


Kalau dibandingkan dengan bilik hotel yang biasa memang tak lah wujudnya ruang macam ini. Semua ahli keluarga boleh duduk bersantai di ruang makan sambil makan snek-snek yang dibeli dari pasar berdekatan. Peralatan makan juga dibekalkan oleh pihak homestay jadi anda tak payahlah bawa pinggan mangkuk. Jika si emak rajin memasak, maka meriah lah ruang makan seperti ini.

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.2 (5 VOTES)