Tempat Penginapan Best di Negeri Sembilan Featured Image

Tempat Penginapan Best di Negeri Sembilan

By Hawa - Oct 11, 2024

Bila cakap pasal Negeri Sembilan ni kan, teringat pulak lagu Ayam Den Lopeh dalam cerita Jep Sepahtu tu 🐓 haa korang tak tahu ke? 

Boleh lah search sekarang lagu tu, dengar sambil scroll blog ni sebab kat sini kita nak bagi suggestion tempat yang best korang boleh pergi bila datang Negeri Sembilan nanti 🤠


Arch By The River 


Fuhlamak macam vibe New Zealand 🤩 Best ni kalau bawak family datang sini mesti semua excited tengok kewujudan tempat macam ni.  Macam tak percaya je kan kat Negeri Sembilan ada tempat selawa ini ! 


Alamat : Lot 776, 71700 Mantin, Negeri Sembilan.
Harga : Daripada RM 120.00 / per malam

Book Now!    


Cabinz Ecottage 

Cabinz Ecottage ni sangatlah menggunakan elemen tradisional dan kampung modern ya 😱 Tengok lah macam mana tempat dia ni, dikelilingi dengan pokok-pokok tebal yang menenangkan ☘ Sangat sesuai untuk yang memang nak pergi jauh dari bandar dan cari tempat tenang, di sini lah tempatnya ! 

Alamat : Lot 3124, Jalan Kolam Air, Kampung Baru Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan.
Harga : Daripada RM 1,140.00 / per malam 

Book Now!   


Villa 969 

Waahhhhh besarnya villa 😱 Ni kalau main sorok-sorok memang terus tak jumpa ni, bahaya ! Villa 969 ni memang ngam untuk orang yang nak buat family day dengan anak-anak termasuk saudara-mara semua 🥰 Ruang belakang yang luas ni memang disediakan khas untuk para ibu nak memasak dan buat makan-makan dengan family nanti !


Alamat : No 11, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga : Daripada RM 1,450.00 / per malam 

Book Now!   


Tampin Waterpark 



Alolo seronoknya adik main waterpark 💦 Boleh serbu sini time cuti sekolah nanti. Mesti budak-budak suka tempat macam ni, nak main jerit-jerit buat macam tempat sendiri sesuai sangat sebab kat dalam hutan tak ada siapa nak marah 🤫 Tampin Waterpark ni lain daripada waterpark yang biasa kita pergi, kali ni ia lebih kepada 'nature vibe' gitu. Bermain sambil connect with nature ! 😎🌱

Alamat : Tampin Water Park, Hutan Lipur Gunung Tampin 73000 Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia
Harga : Daripada RM 90.00 / per malam 



Bilik Bilik By MUO






Eh terkejut, ingatkan kat Muo (Muar) rupanya bukan 😆 Nama sama tapi tidak serupa ya. BIlik Bilik By MUO ni kalau nak tahu dia bertempat di Seremban ! Ha mesti tak pernah dengar kan. Jadi, inilah masanya untuk pergi 🚗 Boleh bawak mak ayah, kawan-kawan ataupun bestie of life ! Syok gila tempat dia bila malam, boleh amik gambar show off kat instagram 🙈

Alamat : 12&13, Jalan Oasis 1, Pusat Perniagaan Oasis, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Harga : Daripada RM 150.00 / per malam 

Book Now!   


The Dusun 






Uish, kenapa rasa macam dalam cerita Ombak Rindu eh rumah dia ni, lawa betul 😭 Bestnya macam tidur kat rumah buatan klasik Melayu yang orang selalu buat pameran tu ! Kalau korang datang The Dusun ni, memang besarlah peluang korang untuk merasai sendiri bermalam dan tinggal di rumah yang klasik macam ni ❣ 


Alamat : No 3437, Jalan Kampung Baharu Pantai 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Harga : Daripada RM 450.00 / per malam 

Book Now!   


Rambang matanya tengok semua tempat cantik-cantik belaka 🤩 Korang kalau ada berkenan di hati tu, klik je tau button "Book Now" tu ! Button tu memang disediakan untuk di-klik bukan untuk dilihat sahaja ya 😌 Dah tunggu apa lagi ? 





Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)