11 Restoran Steamboat Halal di Cameron Highlands
Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang. Cameron Highlands juga terkenal sebagai sebuah destinasi yang nyaman dengan udara yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan.
Tambahan pula, terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highlands seperti Big Red Strawberry Farm, Ladang Teh Boh Sungei Palas, Pasar Malam Cameron Highlands dan sebagainya. Selain daripada tempat-tempat menarik, Cameron Highlands juga mempunyai restoran-restoran steamboat halal yang boleh anda kunjungi ketika bercuti di Cameron Highlands.
1. Restoran Taman Abang Steamboat & Grill
Restoran Taman Abang Steamboat & Grill merupakan salah sebuah restoran steamboat halal yang terkenal dalam kalangan pelancong. Anda boleh kunjungi sekiranya anda ingin makan steamboat dan grill. Restoran ini menyediakan hidangan buffet steamboat & grill dan berkonsepkan di dalam sebuah taman.
Terdapat pelbagai pilihan makanan yang anda boleh dapati di restoran ini dan makanan sentiasa akan diisi semula sekiranya didapati berkurangan. Ruang makan di sini juga selesa dan dihujani rimbunan pokok strawberi dan dedaun hijau yang menjadikan suasana makan lebih tenang dan santai.
Lokasi: 891-A. Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang (Google Maps)
Waktu Operasi: 8:00 AM – 12:00 AM
No. Telefon: +60 16-225 0315
2. Restoran Glory 78
Restoran Glory 78 terletak di Brinchang, Cameron Highland yang menyajikan makanan steamboat yang pasti sedap dan tidak mengecewakan. Ia merupakan restoran yang terletak bersebelahan dengan Hotel De’La Fern. Restoran ini merupakan antara restoran steamboat halal yang sering menjadi tumpuan pelancong di Cameron Highlands.
Harga set steamboat yang disediakan di Restoran Glory 78 amat berpatutan dan makanan steamboat yang disediakan semuanya boleh dikatakan enak-enak belaka. Sos tambahan akan disediakan sekiranya anda ingin menambahkan rasa pedas, manis ataupun masam di dalam kuah atau sup yang disediakan.
Lokasi: Glory 78 Steamboat & Snack Corner, S-1 Batu 36, Jalan Brinchang, Cameron Highlands (Google Maps)
Waktu Operasi: 10:00 AM – 12:00 AM
No. Telefon: +60 19-555 3848
3. Fauzi Tom Yam & Steamboat Restaurant
Dalam suasana yang bersuhu rendah di Cameron Highlands, keinginan untuk makan makanan yang panas seperti steamboat adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Salah sebuah kedai steamboat halal yang popular di Cameron Highlands ialah Restoran Fauzi Tom Yam & Steamboat.
Harganya juga berpatutan dan restoran ini juga menyajikan pelbagai makanan seafood seperti udang, ketam, dan banyak lagi.
Lokasi: Bercham No.14, Tingkat 1, Jalan Angsana 2, Brinchang Point, Brinchang (Google Maps)
Waktu Operasi: 3 PM – 3 AM (Selasa-Sabtu), 3 PM – 12 AM (Ahad), Tutup pada hari Isnin
No. Telefon: +60 5-491 2339
4. DeBamboo Tower Steamboat, Grill & Steam
Restoran steamboat yang seterusnya adalah DeBamboo Tower Steamboat, Grill & Steam yang merupakan pelopor pertama Steamboat & Grill di Cameron Highlands. Restoran ini berkonsepkan buffet dengan harga pakej RM30 seorang untuk pilihan 110 menu steamboat yang disediakan.
Lokasi restoran ini terletak di Kampung Taman Sedia dan hanya, 1.5 km dari pekan Tanah Rata. Restoran ini juga terletak di tepi jalan dengan hiasan restoran berkonsep buluh.
Lokasi: No.1, Gerai PLB Taman Sedia 39000 Tanah Rata, Pahang (Google Maps)
Waktu Operasi: 5:00 PM - 12:00 AM
No. Telefon: +60 13-464 7989
5. Gonbei Steamboat
Gonbei Steamboat yang terletak di Brinchang menyajikan pilihan makan malam yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan laut, daging-daging berkualiti serta mi. Anda juga boleh menikmati pelbagai jenis pencuci mulut yang disediakan di restoran ini.
Lokasi: Cameron Highland, 39000 Brinchang, Pahang (Google Maps)
Waktu Operasi: 7:00 PM - 10:00 PM
No. Telefon: +60 5-491 1100
6. Ferns Restaurant
Salah satu restoran steamboat yang halal di Cameron Higlands ialah Ferns Restaurant yang terletak di Hotel De’la Ferns. Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan barat dan tempatan terutamanya makanan steamboat, di mana anda boleh menikmati pelbagai hidangan makanan laut dan sayur-sayuran bersama dengan sup panas dan sos yang disediakan.
Lokasi: Batu 39, Jalan Besar, Tanah Rata, Pahang (Google Maps)
No. Telefon: +60 5-491 4888
7. Ferm Nyonya Restaurant
Ferm Nyonya Restaurant adalah satu-satunya restoran Nyonya yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands. Restoran ini menyediakan makanan halal tradisi dari resipi Nyonya yang mengandungi bahan-bahan masakan tradisional seperti bunga lawang, buah pala, serai, dan pelbagai jenis halia.
Anda juga boleh mendapatkan makanan steamboat di sini yang pasti halal dan sedap untuk dinikmati serta harga yang sangat berpatutan.
Lokasi: 78A-D, Jalan Camellia 4, Cameron Highland, 39000 Tanah Rata, Pahang (Google Maps)
Waktu Operasi: 11:00 AM - 3:30 PM, 5:30 PM - 10:00 PM
No. Telefon: +60 5-491 5891
8. Kerisik Emas
Restoran steamboat halal seterusnya yang menawarkan pakej steamboat di kawasan Pekan Brinchang ialah Restoran Kerisik Emas. Apa yang unik dan menarik ialah restoran ini menggunakan dapur arang sebagai dapur steamboat berbanding restoran-restoran lain yang menggunakan dapur gas dan dapur elektrik.
Selain steamboat yang menggunakan dapur arang, restoran ini juga menyediakan masakan panas bermula dari sarapan, makan tengahari hingga makan malam. Pakej steamboat di restoran ini adalah hidangan ala carte mengikut jumlah orang yang menempah dengan harga lebih kurang RM20 seorang.
Lokasi: Tanah Rata, Pahang (Google Maps)
Waktu Operasi: 8:00 AM – 11:30 PM
9. Atilla Santai Steamboat & Grill
Jika anda mahukan makanan yang sedap, suasana yang santai dan harga makanan yang berpatutan, Atilla Santai Steamboat & Grill adalah restoran steamboat halal yang harus anda singgah ketika bercuti di Cameron Highlands. Restoran steamboat corner ini baru sahaja diperkenalkan di Atilla Box Port yang terletak berdekatan dengan jalan masuk ke Pekan Tanah Rata dari arah Ringlet.
Konsep makanan steamboat di sini adalah “buffet makan sampai kenyang” dengan hanya membayar makanan mengikut bilangan kepala sahaja. Selain itu, ruang makannya sangat luas dan dilengkapi dengan bumbung sepenuhnya. Oleh itu, anda tidak perlu risau sekiranya kekurangan tempat duduk ataupun hujan. Harga pakej bagi steamboat dan grill di restoran ini adalah RM30 bagi dewasa, warga emas RM25, OKU RM23, kanak-kanak RM20 manakala kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun adalah percuma.
Lokasi: Atilla Box Port, Pekan Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang (Google Maps)
Waktu Operasi: 4:00 PM – 11:00 PM
No.Telefon: +60 19-528 2571/+60 13-594 1912
10. PDM Cafe
PDM Café terletak di Taman Sedia, Tanah Rata yang merupakan antara restoran steamboat halal di Cameron Highlands. PDM adalah singkatan bagi Pahang Darul Makur dan dimiliki oleh Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Restoran ini menyajikan hidangan steamboat yang lazat dengan dua pilihan set iaitu Set A dan Set B. Set A ialah untuk dua orang yang berharga RM29.90 manakala Set B adalah untuk 4 orang yang berharga RM59.90.
Selain daripada makanan steamboat, terdapat juga jenis hidangan yang lain seperti mee goreng, nasi goreng dan nasi lemak.
Lokasi: No. 45, Kampung Taman Sedia, Cameron Highland, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang (Google Maps)
No.Telefon: +60 19-982 6312
11. Highland Steamboat Cheese & Grill
Highland Steamboat Cheese & Grill yang terletak di Perumahan Cameron Jaya, Jalan Tengkolok merupakan restoran steamboat yang sering dikunjungi oleh pelancong di Cameron Highlands. Restoran ini yang berkonsepkan ‘buffet steamboat’ membolehkan anda untuk menikmati hidangan steamboat dengan sepuas-puas hatinya dalam kadar harga yang sangat berpatutan. Kadar harga adalah RM35 untuk dewasa dan kanak-kanak adalah RM20 seorang.
Lokasi: Jalan Tengkolok, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang (Google Maps)
Waktu Operasi: 5:00 PM – 12:00 AM
No.Telefon: +6011-1100 5529