Homestay Untuk Keluarga Besar Ada Swimming Pool
Jalan pagi dengan Pak Mostar,
Singgah sebentar di Warung Tok Lanang,
Bestnya dapat cuti di homestay besar,
Lebih-lebih lagi kalau yang ada kolam renang.
Ewahhh, berpantun pulak eh! Korang pernah tak terfikir kat mana agaknya tempat yang best dan sesuai kalau nak bawak family besar kita pergi bercuti tanpa bayar banyak bilik hotel? Nak-nak pulak kita yang parents ni siap kena book hotel yang ada provide swimming pool sebab anak-anak nak main. Kan senang kalau ada tempat yang boleh kumpulkan semua ahli keluarga kita ramai-ramai dalam satu masa, betul tak.
Jadi, tadaaa! Kami bawakan 5 buah homestay yang siap ada swimming pool untuk korang cuci mata. Lepas ni tak perlu penat fikir dah, tengok je list dulu, mana tahu ada yang berkenan di hati.
Elshape Holiday Home & Villa - Melaka
Pergh macam rumah kat dalam drama melayu yang mak mertua kaya raya! Ruang tamu yang besar tu cukup dah kalau nak buat padang futsal buat anak-anak lelaki tu hehehe. Selesanya dapur untuk wanita-wanita pujaan kanda kat luar sana tu nak masak-masak.
Alamat : ST 3682, Jalan Dato Tamby Chik Karim, 78300 Masjid Tanah, Melaka.
Harga: RM 2,900.00 / per malam
Nirzab 784 D'Faro Villa - Melaka
Seronoknya tengok diorang ni main kolam, rasa nak main je puas-puas! Katanya Nirzab 784 D'Faro Villa ni terletak di dalam kawasan A'Famosa Resort. Untunglah, dah puas main Theme Park kat dalam A'Famosa nanti, sambung pulak main kolam renang dalam villa ni. kalau korang nak tahu villa ni memang macam vibe kat rumah kita siap ada micro wave oven, periuk nasi, alatan masakan yang lengkap dan banyak lagi!
Alamat: D'Faro, A Famosa Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Aor Gajah, Melaka.
Harga: Daripada RM 790.00 / per malam
The Skillion @ Umbai Melaka
Kepada korang yang tengah plan nak bawa keluarga besar makan di Ikan Bakar Umbai Melaka tu, boleh lah nanti perut dah kenyang singgah tidur di The Skillion @ Umbai Melaka ni. Villa ni atau juga digelar sebagai bungalow orang putih kata, dilengkapi dengan bilik mandi yang mewah, kolam renang yang besar dan balkoni peribadi. Senang lah sikit nak tengok jodoh lalu dari balkoni tanpa orang perasan! hehehe.
Alamat: 4484, Jalan Melaka, Kampung Tengah, 77300 Merlimau, Melaka.
Harga: Daripada RM 2,500.00 / per malam
Chalet Baitul Hannan - Selangor
Wahhh, macam bilik princess lah siap ada lampu lampu macam tu. Chalet Baitul Hannan ni sebuah homestay besar yang ada tiga bilik yang setiap satunya ada 2 katil saiz queen. Jadi lepas ni tak ada lagi alasan nak berebut-rebut katil dah. Memang sesuai betul kalau family besar datang sini. Yang lagi bestnya chalet ni 15 minit je untuk pergi ke KLIA. Untuk yang geng jauh-juah naik flight macam dari Sabah/Sarawak ke KL, Chalet Baitul Hannan memang pilihan yang tepat sebab chalet ni ada dekat Sepang je guys!
Alamat: Lot 17520, Batu 30½, Jalan Salak, Persiaran Desa Vista, 43900 Sepang.
Harga: Daripada RM 200.00 / per malam
Villa 969 - Negeri Sembilan
Luasnya balkoni kat villa ni! Memang dicipta khas untuk family yang besar jumlah ahlinya disamping boleh buat Family Gathering sekali. Kalau korang nak tahu TV yang terpampang kat ruang tamu tu bukan sekadar display ya, owner villa ni bagi free je Astro Njoi supaya korang takkan terlepas drama Mentua yang tengah hangat sekarang ni, huhuhu teringat pulak.
Alamat: No 11, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga: Daripada RM 1,000.00 / per malam
Apa korang tunggu lagi tu, pergi tunjuk kat suami,isteri,mak,ayah,kakak dan semua lah. Bertindak sekarang!