Homestay 4 bilik di Cameron Highlands Featured Image

Homestay 4 bilik di Cameron Highlands

By [email protected] - Oct 05, 2018 (Last Updated Jul 14, 2022)

Sama ada anda bercuti bersama ahli keluarga ataupun kawan-kawan, proses perancangan boleh mengambil masa yang lama terutamanya apabila melibatkan kumpulan yang besar.  Dari membuat keputusan destinasi percutian hinggalah tempat penginapan, semuanya boleh mendatangkan pening kepala! 


Cameron Highlands sangat terkenal dan menjadi destinasi yang popular untuk kumpulan besar. Untuk yang mencari tempat penginapan yang dapat menampung tetamu yang ramai, hari ini ialah hari bertuah anda! Di sini kami senaraikan  7 homestay berbilik 4 di Cameron Highlands yang mampu menampung tetamu sehingga 25 orang!


Homestay Rumah Teres Brinchang



Homestay dua tingkat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti peti sejuk, televisyen, set barbeku dan sebagainya. Dengan 4 bilik dan 7 katil, homestay ini sangat sesuai untuk yang bercuti bersama kumpulan besar! 


Alamat                       : 5, Jalan Golden Hills 3, Brinchang,  Cameron Highlands

Harga                         : Dari RM 250/malam

Bilangan tetamu    : 25

Muslim sahaja        : Ya


Tempah dari RM 250!


Villa Rich Homestay 2


Terletak di The Vines, Tanah Rata, homestay ini disertai pelbagai kemudahan seperti televisyen, peti sejuk, alatan memasak dan peralatan barbeku. Tak perlu risau jika ingin ke pasar malam, anda boleh berjalan kaki sahaja bersama kumpulan anda kerana jarak ke pasar malam cuma 100 meter sahaja dari homestay ini! 


Alamat                      : 26, Jalan Golden Hill 7, The Vines, Tanah Rata, Cameron Highlands

Bilangan tetamu    : 15

Muslim sahaja        : Ya


Tempah dari RM 400!


VVIP Holiday Home Cameron Highlands


Boleh memuatkan hingga 15 orang, homestay dua tingkat ini mempunyai sebuah taman indah dan dilengkapi 4 bilik dan 5 katil. Terletak di Taman Orchid, Ringlet, homestay ini juga menawarkan perkhidmatan tour guide pada hanya RM250 untuk satu kumpulan!


Alamat                       : No.1 , Jalan ODP 3 , Taman Orchid, Ringlet, Cameron Highlands

Harga                         : Dari RM 600/malam

Bilangan tetamu    : 12

Muslim sahaja        : Tidak


Tempah dari RM 600!


Cameron Double Storey Homestay


Planning untuk bercuti bersama keluarga ke Cameron? Homestay teres dua tingkat ini terletak hanya 50m daripada pasar malam dan mempunyai kemudahan parking yang luas untuk 1 MPV. Boleh memuatkan sehingga 8 orang, homestay yang terletak di Brinchang ini sangat sesuai untuk percutian keluarga. 


Alamat                      : No 7 Jalan Golden Hill 3, The Vines, Brinchang, Cameron Highlands

Harga                        : Dari RM 400/malam

Bilangan tetamu    : 8

Muslim sahaja        : Tidak


Tempah dari RM 400!




Cameron Highlands Miji Homestay


Boleh memuatkan sehingga 12 tetamu atau 3 keluarga, homestay ini terletak di Brinchang, Cameron Highlands. Bukan sahaja menyediakan BBQ pit untuk sesi barbeku bersama keluarga, homestay ini hanya cuma 5 minit berjalan kaki ke pasar malam! 


Alamat                      : 1, Jalan Golden Hill 5, The Vines, Brinchang, Cameron Highlands

Harga                         : Dari RM 400/malam

Bilangan tetamu    : 12

Muslim sahaja        : Tidak


Tempah dari RM 400!


Villa Rich Homestay Cameron Highland


Homestay 4 bilik 3 bilik air ini berdekatan (walking distance) dengan tapak pasar malam. Dilengkapi dengan perabot dan peralatan untuk memasak, homestay ini boleh memuatkan sehingga 15 tetamu. Terdapat juga ruang parking berpagar yang boleh memuatkan sehingga dua biji kereta, sangat sesuai untuk percutian keluarga atau rakan-rakan! 


Alamat                      : Jalan Golden Hills 4, Taman Golden Hill, Cameron Highlands

Harga                        : Dari RM 450/malam

Bilangan tetamu    : 15

Muslim sahaja        : Ya


Tempah dari RM 450!

Muslim Homestay Cameron Highlands


Muslim Homestay terletak di Greenhill Resort, Tanah rata. Selain faktor lokasi yang strategik kerana berhampiran dengan kedai runcit, kedai makanan halal dan kedai dobi, homestay ini popular di kalangan tetamu kerana ia dapat memuatkan sehingga 20 orang dalam satu masa!  Ianya juga dilengkapi dengan perabot dan tempat letak kereta yang luas.


Alamat                     : Greenhill Resort, Jalan Gereja, Heritage Hotel, Cameron Highlands

Harga                        : Dari RM 300/malam

Bilangan tetamu    : 20

Muslim sahaja        : Ya




Rate this post

4.27 (30 VOTES)