Homestay Cameron Highlands
Ingin bercuti di Cameron Highlands, Pahang dan sedang mencari tempat tinggal? Kami sudah sediakan senarai Homestay Cameron Highland yang menarik.
Kebanyakan homestay cameron highlands boleh muat 8 hingga 12 orang dewasa dan harganya berpatutan. Homestay cameron highland yang terletak di Golden Hill adalah rumah teres dua tinggat, seperti Cameron Highlands Miji homestay dan Homestay D'Cameron 2 yang di paparkan dalam list di bawah. Homestay sini juga berdekatan dengan pasar malam (Brinchang Weekend Night Market).
Homestay cameron highland yang terletak di area Tanah Rata berdekatan dengan Bus Staion Tanah Rata. Banyak tempat makan, cafes and hotels juga terletak di sini.
MYR 224.00 /night
MYR 135.00 /night
MYR 400.00 /night
So, kenapa homestay cameron highland?
- Kos lebih rendah berbanding hotel
- menampung bilangan tetamu yang banyak dalam sebuah unit, jadi anda tak payahlah tempah banyak-banyak bilik
- tiada cukai tersembunyi
- Suasana yang tenteram dan indah
- keberangkalian jiran membuat bising di sebelah lebih rendah
- biasanya terletak di kawasan terpencil
- tidak sibuk oleh itu lebih senyap
- Terasa lebih seperti rumah sendiri
- staff member untuk homestay lebih mesra
- hanya perlu memenuhi keperluan tetamu untuk homestay sahaja
- Termasuk tempat parkir kereta
MYR 455.00 /night
Kalau anda biasa tempah hotel untuk bercuti, kali ni kami nak anda cuba homestay cameron highland pula di mana anda boleh tinggal bersama sekumpulan kawan atau seisi keluarga yang besar.
Cameron Highlands merupakan antara destinasi percutian yang paling terkenal di Malaysia terutamanya di kalangan warga tempatan kerana cuacanya yang sejuk berbanding kawasan lain. Jadi memang tidak menghairankan bahawa terdapat banyak hotel dan homestay di keliling Cameron Highlands khas untuk menampung bilangan pelancong yang ramai saban tahun.
Jadi, homestay apa yang best untuk didiami di Cameron Highland? Di sini kami senaraikan artikel-artikel yang boleh membantu anda mencari homestay terbaik di Cameron bermula dengan perkongsian kenapa anda perlu consider homestay untuk percutian anda yang seterusnya.
Pengalaman Homestay Cameron Highlands
Kalau nak bercuti di Cameron bersama keluarga atau kawan-kawan, kami cadangkan supaya anda menetap di homestay cameron highland dan bukan hotel. Kenapa? Di sini kami senaraikan sebab-sebab untuk anda memilih homestay cameron highland untuk percutian dingin anda ke Cameron Highlands. Klik link di atas untuk layari.
Senarai Homestay di Cameron Highland
Risau dengan penginapan di Cameron Highlands untuk percutian anda? Sekarang tidak lagi kerana di sini kami senaraikan 5 buah homestay di Cameron Highlands yang semestinya menjamin keselesaan dan boleh memuatkan 8-15 orang tetamu.
Homestay Berdekatan Pasar Malam Brinchang
Mencari homestay yang dekat dengan Pasar Malam Brinchang? Artikel ini menyenaraikan homestay yang terdapat berdekatan Pasar Malam Brinchang, syurga strawberry dan sayur-sayuran untuk pelancong. Boleh la bawak balik ubi keledek banyak-banyak kan sebab homestay pun dekat je.
Klik link di atas untuk lihat senarai homestay berdekatan Pasar Malam Brinchang.
Homestay Murah di Cameron Highlands
Antara kebaikan homestay daripada hotel adalah ruang yang luas dan lebih pentingnya adalah harga yang lebih murah. Akan tetapi, ramai pelancong beranggapan bahawa homestay yang murah bermaksud tempat yang tidak begitu bersih, buruk dan mungkin jauh daripada tempat tarikan pelancong. Tidak semestinya betul kerana jika anda betul-betul cari, terdapat banyak homestay yang murah tetapi berkualiti tinggi.
Homestay 4 Bilik di Cameron Highlands
Sama ada anda bercuti bersama ahli keluarga ataupun kawan-kawan, proses perancangan boleh mengambil masa yang panjang terutamanya kumpulan besar yang terlibat. Oleh itu, jika anda teringin membuat booking untuk homestay yang mampu menampung keluarga yang besar, sila rujuk artikel mengenai senarai homestay 4 bilik di Cameron Highland yang telah kami sediakan.
Homestay Cameron Highlands Taman Sedia
Ada apa dekat Taman Sedia ni? Ha, ramai yang tak tahu Taman Sedia ini adalah salah satu lokasi terkenal di Cameron kerana di sana terdapat banyak ladang strawberry dan sayur-sayuran. Boleh la beli borong dan bawa pulang untuk sanak saudara kan.
Bagi pengunjung yang ingin bermalam di Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands, jangan risau. Di sini terdapat banyak homestay dan chalet untuk disewa.