Homestay Muslim Untuk Family Day Di Cameron Highlands Featured Image

Homestay Muslim Untuk Family Day Di Cameron Highlands

By [email protected] - Apr 24, 2018 (Last Updated Jul 03, 2023)

Hari keluarga adalah salah satu aktiviti yang memang menyeronokkan lagi-lagi apabila berada di dalam keluarga yang besar. Aktiviti hari keluarga juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk hubungan kekeluargaan bersama keluarga masing-masing. Jadi, anda mesti memerlukan penginapan yang terbaik, selesa dan dilengkapi dengan kemudahan.

Berikut kami akan senaraikan 17 homestay muslim di Cameron Highlands khusus untuk pelanggan Muslim sahaja yang sesuai dijadikan penginapan untuk seisi keluarga.


Untuk senarai semua homestay cameron highlands, sila layari - Homestay Cameron Highlands



Nurindah Homestay Cameron Highlands for Muslim

Nurindah Homestay yang terletak di Cameron Highlands merupakan homestay yang selesa untuk menampung keluarga seramai 10 orang. Homestay ini serba lengkap dengan kemudahan seperti peralatan memasak, TV dan Astro, dan juga berdekatan dengan kedai makan, dobi, dan kedai runcit.


Kemudahan: peralatan memasak, seterika, peti ais, siaran Astro, pancuran air panas

Alamat: Tingkat 1, Blok C3, Taman Royal Lily,39000 Tanah Rata, Pahang, Malaysia (Google Maps)

Harga: Dari RM200/malam

Bilangan Tetamu: 10 orang

Bilangan Bilik: 3


Tempah dari RM 200!


Hamizah Homestay Cameron Highlands

Berdekatan dengan pekan Tanah Rata, Hamizah Homestay Cameron Highlands boleh memuatkan seramai 12 orang tetamu bagi setiap penginapan. Homestay ini juga memang sesuai untuk percutian seisi keluarga yang ingin menikmati keselesaan seperti menginap di rumah sendiri sambil dapat menghirup udara yang segar.


Kemudahan: ruang parkir, pancuran air panas, seterika, peti ais, siaran Astro, peralatan memasak

Alamat: C-2-1, Carnation Court C Carnation park 39000 Tanah Rata (Google Maps)

Harga: Dari RM200/malam

Bilangan Tetamu: 12 orang

Bilangan Bilik: 3


Tempah dari RM 200!


Villa Rich Homestay Cameron Highlands

Villa Rich Homestay merupakan homestay yang cukup selesa dan sesuai untuk percutian bersama keluarga tercinta dan mampu memuatkan seramai 15 orang. Rumah teres dua tingkat ini berdekatan dengan tapak pasar malam dengan hanya berjalan kaki sahaja. Homestay ini juga dilengkapi dengan perabot dan peralatan untuk memasak. Selain itu, ruang tempat letak kereta juga disediakan dan boleh memuatkan sebanyak 2 buah kereta.


Kemudahan: ruang parkir, pancuran air panas, seterika, peti ais, siaran Astro, peralatan memasak

Alamat: No. 14, Jalan Golden Hills 4, Taman Golden Hill, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland (Google Maps)

Harga: Dari RM450/malam

Bilangan Tetamu: 15 orang

Bilangan Bilik: 4


Tempah dari RM 450!


Aaron Apartment @ Crown Imperial Court

Apartment Aaron @ Crown Imperial terletak di Brinchang, berdekatan dengan Cactus Valley dan Cameron Highlands Butterfly Farm. Homestay ini dilengkapi dengan dapur dan peralatan memasak, ruang tamu yang selesa dan TV berskrin rata. Di samping itu, homestay ini juga telah menjadi pilihan ramai pengunjung di Brinchang.


Kemudahan: pancuran air panas, balkoni, lif, peralatan memasak

Alamat: 10, Main Road, Brinchang, 39100, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. (Google Maps)

Harga: Dari RM250/malam

Bilangan Tetamu: 10 orang

Bilangan Bilik: 3


Tempah dari RM 250!


Auntie Aini’s Homestay

Terletak di Golden Hills, Tanah Rata, Auntie Aini’s Homestay menawarkan rumah penginapan yang selesa untuk para pengunjung. Homestay ini dilengkapi dengan kemudahan dan mampu memuatkan seramai 10 orang di dalam rumah tersebut. Homestay ini juga terletak berdekatan dengan Taman Sedia iaitu rumah kampung di mana anda boleh menikmati serta membeli buah strawberri.


Kemudahan: ruang parkir, pancuran air panas, pengering rambut, peti ais, siaran Astro, peralatan memasak

Alamat: 23, Jalan Golden Hills 5, Cameron Highlands, 39100 Brinchang, Pahang. (Google Maps)

Harga: Dari RM230/malam

Bilangan Tetamu: 10 orang

Bilangan Bilik: 3


Tempah dari RM 230!


The Camerons English Style Homestay

Reka bentuk dalaman yang bertemakan ‘English Style’ menjadikan homestay ini unik dan dapat menarik perhatian para pengunjung yang bercuti di Cameron Highlands. Rumah penginapan yang selesa ini mampu memuatkan seramai 10 orang tetamu dalam satu masa. Kemudahan dalaman seperti peralatan memasak, water heater, periuk nasi, dan banyak lagi turut disediakan oleh tuan rumah demi menjamin keselesaan tetamu homestay ini. Tambahan pula, kemudahan luaran ialah homestay ini berdekatan dengan jalan besar dan terdapat kedai runcit di bawah tingkat apartment tersebut sekiranya anda ingin membeli bahan basah atau kering untuk memasak.


Kemudahan: ruang parkir, pancuran air panas, seterika, peti ais, siaran Astro, peralatan memasak, oven

Alamat: C2-1-10, Apartment Royal Lily, Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang. (Google Maps)

Harga: Dari RM250/malam

Bilangan Tetamu: 10 orang

Bilangan Bilik: 3


Tempah dari RM 250!


Sweet Apartment

Sweet Apartment terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands dan jarak 3km untuk ke Brinchang. Homestay ini sesuai untuk 10-12 orang di setiap penginapan dan dilengkapi dengan TV dan siaran Astro Njoi, peti ais, mesin basuh, peralatan memasak dan banyak lagi.


Kemudahan: ruang parkir, pancuran air panas, seterika, peti ais, siaran Astro, peralatan memasak, mesin basu

Alamat: C2-1-10, Apartment Royal Lily, Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang (Google Maps)

Harga: Dari RM200/malam

Bilangan Tetamu: 12 orang

Bilangan Bilik: 3


Tempah dari RM 200!


Untuk senarai semua homestay cameron highlands, sila layari - Homestay Cameron Highlands



Cameron Jaya Homestay

Cameron Jaya Homestay terletak hanya 10 hingga 15 minit memandu ke Taman Sedia Strawberry Farm dan juga tempat-tempat pelancongan lain yang menarik di Cameron Highlands. Kemudahan yang disediakan di homestay ini ialah seperti dapur gas, cerek elektrik, periuk nasi elektrik, peti sejuk, peralatan memasak, televisyen, dan banyak lagi.


Kemudahan: ruang parkir, pancuran air panas, seterika, peti ais, lif, peralatan memasak, TV

Alamat: B6-2-10, Cameron Jaya, Jalan Tengkolok, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang (Google Maps)

Harga: Dari RM200/malam

Bilangan Tetamu: 12 orang

Bilangan Bilik: 3


Tempah dari RM 200!


Sue Muslim Homestay A1-2

Sue Muslim Homestay A1-2 ini mempunyai ruang sederhana yang selesa sesuai untuk keluarga yang bersaiz lebih kurang 10 orang. Homestay ini mempunyai ruang bilik tidur dilengkapi dengan penghawa dingin dan kipas siling. Tetamu yang menginap di homestay ini mempunyai akses penuh untuk menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan berhemah. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Selain itu, 3 katil yang bersaiz ‘Queen’, 1 toto dan 1 tilam juga disediakan di homestay ini.


Kemudahan: pancuran air panas, seterika, peti ais, siaran Astro, peralatan memasak, tilam

Alamat: A1-2, Carnation Park Apartment, Jalan Carnation, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia (Google Maps)

Harga: Dari RM180/malam

Bilangan Tetamu: 10 orang

Bilangan Bilik: 3


Tempah dari RM 180!


Izara Muslim Homestay 1

Izara Muslim Homestay 1 menawarkan 3 bilik, 2 bilik air, dilengkapi dengan ruang tamu yang selesa dan ruang dapur yang lengkap dengan peralatan memasak. Homestay ini terletak di Greenhills Resort, Tanah Rata dan hanya mengambil jarak sejauh 2km untuk ke pasar malam. Kemudahan yang lain turut disediakan di homestay ini seperti Astro Njoi, seterika dan papan seterika, kemudahan air panas di setiap bilik air, sejadah dan juga kain telekung.


Kemudahan: ruang parkir, tilam, mesin basuh, peralatan memasak, seterika

Alamat: Blok B/6G, Greenhill Resort Apartment, Jalan Gereja, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands. (Google Maps)

Harga: Dari RM220/malam 

Bilangan Tetamu: 12 orang

Bilangan Bilik: 3


Tempah dari RM 220!


Taman Royal Lily Apartment

Taman Royal Lily Apartment terletak berhampiran dengan Pekan Tanah Rata dan Maybank. Homestay ini juga berdekatan dengan ladang Teh Bharat dengan hanya 5 minit memandu. Homestay ini juga berhampiran dengan kedai-kedai makan muslim seperti Restoran Ala Thai & Tomyam, kedai dobi dan kedai runcit. 


Kemudahan: ruang parkir, pancuran air panas, seterika, peti ais, siaran Astro, peralatan memasak, tilam

Alamat: D1-1-9, blok D1, Taman Royal Lily, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands. (Google Maps)

Harga: Dari RM200/malam

Bilangan Tetamu: 13 orang

Bilangan Bilik: 3


Tempah dari RM 200!


Izara Muslim Homestay 2

Izara Muslim Homestay 2 terletak di Greenhill Resort dan merupakan sebuah apartment di tingkat 4 yang mempunyai kemudahan lif. Homestay ini dilengkapi dengan perabot dan pelbagai kemudahan seperti peralatan memasak, seterika, TV dan sebagainya. Homestay yang selesa ini boleh memuatkan seramai 10 orang tetamu.


Kemudahan: pancuran air panas, seterika, peti ais, TV, peralatan memasak, alatan mandian, lif, tilam

Alamat: A8/4 Block B, Ting 4, Greenhill Resort, Tanah Rata, Jalan Gereja, Cameron Highlands, 39000, Pahang, Malaysia (Google Maps)

Harga: Dari RM210/malam

Bilangan Tetamu: 10 orang

Bilangan Bilik: 3


Tempah dari RM 210!


Sweet Cameron Jaya

Sweet Cameron Jaya terletak di Tanah Rata dan hanya 1.5km ke pasar malam Golden Hill, 1km ke Mardi, 1.5km ke Taman Sedia dan 2km ke Brinchang. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di homestay ini ialah seperti kelengkapan asas memasak, ruang tempat letak kereta yang luas, TV dengan siaran Njoi, dan banyak lagi. Homestay ini berada di tingkat 1 di mana anda boleh menggunakan lif di apartment tersebut. Homestay ini menawarkan 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta 3 katil bersaiz ‘Queen’ dan 4 tilam tambahan disediakan oleh tuan rumah homestay ini.


Kemudahan: ruang parkir, pancuran air panas, seterika, peti ais, TV, lif, balkoni, tilam, peralatan memasak

Alamat: B8-2-13,Blok B8, Apartment Cameron Jaya, Jalan Tengkolok 39000, Tanah Rata, Cameron Highlands,Pahang (Google Maps)

Harga: Dari RM200/malam

Bilangan Tetamu: 12 orang

Bilangan Bilik: 3


Tempah dari RM 200!



Greenhill Resort Homestay

Greenhill Resort Homestay terletak di atas bukit berhampiran dengan pekan Tanah Rata, dan juga berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik seperti taman rama-rama, ladang strawberri, Bharat Tea Farm, Pusat Pertanian MARDI, dan sebagainya. Homestay ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur serta sebuah katil bersaiz ‘Queen’ dan 4 buah katil single.


Kemudahan: pancuran air panas, seterika, peti ais, siaran Astro, peralatan memasak, lif, balkoni, tilam

Alamat: B5/2, B2/2, A5/4, B3/1, Greenhill Resort, Heritage Hotel, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang (Google Maps)

Harga: Dari RM200/malam

Bilangan Tetamu: 12 orang

Bilangan Bilik: 3


Tempah dari RM 200!


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.46 (84 VOTES)