Homestay Murah di Cameron Highlands Featured Image

Homestay Murah di Cameron Highlands

By [email protected] - Oct 16, 2018 (Last Updated Jul 03, 2023)

Cameron Highlands merupakan antara destinasi percutian yang paling terkenal di Malaysia terutamanya di kalangan warga tempatan kerana cuacanya yang sejuk berbanding kawasan lain. Jadi memang tidak menghairankan bahawa terdapat banyak hotel dan homestay di keliling Cameron highlands.

Antara kebaikan homestay daripada hotel adalah ruang yang luas dan lebih pentingnya adalah harga yang lebih murah. Akan tetapi, ramai pelancong beranggapan bahawa homestay yang murah bermaksud tempat yang tidak begitu bersih, buruk dan mungkin jauh daripada tempat tarikan pelancong. Tidak sepenuhnya betul kerana jika anda betul-betul mencari, terdapat banyak homestay yang murah tetapi bertahap tinggi.

Setelah pencarian yang mendalam, di sini disenaraikan homestay yang berharga dari RM 200/malam dan tidak melebihi RM350/malam dan munkin sebaik homestay yang jauh lebih mahal.


Ada Guesthouse




Terletak lebih kurang 10 minit dari Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, homestay ini juga berdekatan dengan pelbagai tempat tarikan pelancong seperti Century Pines Resort Cameron Highlands, Tan's camellia Garden dan pelbagai ladang strawberi. Selain lokasinya yang baik, homestay ini juga ditawarkan kepada tetamu Muslim dan bukan Muslim. Dengan harga dari RM 350/malam untuk 8 orang tetamu, Ada Guesthouse bukan saja murah tetapi berkualiti.


Alamat                     : Jalan Tengkolok, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang

Harga                       : Dari RM 350/malam

Bilangan Tetamu  : 8


Untuk Maklumat lanjut tentang homestay ini, klik di bawah


Tempah dari RM 350!


Noriz Homestay


Noriz Homestay adalah sebuah homestay pangsapuri di Perumahan Makmur Cameron Jaya yang mempunyai 3 bilik tidur bersamaan 3 katil bersaiz queen dan 2 tilam bersaiz single untuk menampung sehingga 10 orang tetamu. Homestay ini juga ditawarkan kepada tetamu beragama Muslim dan bukan Muslim. Selain itu, homestay ini dijamin bersih dan hiasan yang ringkas seperti yang digemari oleh tetamu pelbagai umur dan etnik. Dengan harganya dari RM 200/malam untuk 10 orang tetamu, Noriz Homestay merupakan homestay yang paling murah untuk tetamu bukan Muslim di dalam senarai ini.


Alamat                     :  Jalan Tengkolok, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands

Harga                       : Dari RM 200/malam

Bilangan Tetamu  : 10


Untuk Maklumat lanjut tentang homestay ini, klik di bawah


Tempah dari RM 200!


MYR 135.00 /night


Cameron Highlands Aisy Homestay


Seterusnya adalah sebuah homestay yang hanya ditawarkan kepada tetamu Muslim sahaja jadi jika anda tidak ingin mengambil risiko tinggal di premis yang juga di disewa kepada tetamu bukan Muslim, anda boleh mempertimbangkan pilihan ini. Terletak di Perumahan Makmur Cameron Jaya, penginapan ini berhampiran dengan pelbagai tempat menarik seperti Taman Sedia,pasar malam Golden Hill, Pekan Tanah Rata, Marigold Square, Big Red Strawberry Farm, Kea Farm dan lain-lain. Harganya pula bermula dari RM 300/malam untuk 8 orang boleh dikatakan berpatutan memandangkan keadaan rumah yang bersih dan selesa.


Alamat                     : Jalan Tengkolok, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang    

Harga                       : Dari RM 300/malam

Bilangan Tetamu  : 8


Untuk Maklumat lanjut tentang homestay ini, klik di bawah







Akhir sekali, Deraymi Homestay yang terletak di Kawasan Perumahan Cameron Jaya tingkat 3 dengan lif (mesra OKU & warga emas) ditawarkan untuk golongan Muslim sahaja. Dengan 3 bilik tidur, homestay ini dapat menampung sehingga 10 orang tetamu tanpa berasa terlalu sesak. Dari aspek lokasi pula, Deraymi Homestay berdekatan banyak tempat yang patut dikunjungi iaitu Taman Agroteknologi MARDI, Taman Sedia (ladang strawberi), Bharat Tea (ladang teh), Kea Farm dan Brinchang. Dengan harga dari RM 200/malam, Deraymi Homestay merupakan pilihan yang sempurna untuk tetamu Muslim yang ingin sesuatu penginapan yang murah tetapi selesa.


Alamat                     : Jalan Tengkolok, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang

Harga                       : Dari RM 200/malam

Bilangan Tetamu  : 10


Untuk Maklumat lanjut tentang homestay ini, klik di bawah


Tempah dari RM 200!




Selain daripada homestay yang disenaraikan di atas, terdapat banyak lagi tempat penginapan di Cameron highlands. Klik imej di atas untuk maklumat lanjut.


Rate this post

5 (2 VOTES)