Hotel Murah di Cameron Highlands Bawah RM100
Setiap orang mempunyai pilihan yang berbeza semasa melancong ke sesuatu tempat. Ada sesetengah orang sanggup bayar harga yang tinggi untuk tempat penginapan yang selesa dan ada pula yang sanggup tinggal di tempat yang tidak begitu selesa demi menjimat kos penginapan untuk digunakan untuk aktiviti lain.
Walau bagaimanapun, setiap orang yang melancong pasti hendak sesuatu tempat penginapan yang selesa serta pada harga yang berpatutan jadi di sini adalah senarai hotel di Cameron Highlands bawah RM100 yang bukan saja murah tetapi tidak mengabaikan keselesaan para tetamu.
Madani Hotel Cameron Highland (Tanah Rata)
Madani Hotel Cameron Highlands merupakan satu-satunya hotel muslim di Cameron Highland yang dilengkapi keperluan asas untuk pelancong beragama Islam. Justeru, pengunjung usahlah risau tentang makanan yang dibekalkan oleh hotel ini kerana ianya dijamin halal.
Lokasi: 15, Marigold Square, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang (Google Maps)
Harga: Dari RM90 / malam
Hotel Jasmine
Hotel Jasmine terletak di pusat bandar untuk kemudahan tetamu. Kesemua 72 bilik hotel telah dilengkapi dengan kelengkapan asas untuk keselesaan tetamu. TV dan Wifi disediakan pada setiap bilik. Kedai runcit, restoran dan medan selera terletak berhampiran.
Harga: Dari RM88 / malam
Lokasi:
Laman Web: Hotel Jasmine
Hotel Parkland
Hotel Parkland berhampiran dengan bank, kedai runcit, tempat makan dan kemudahan lain. Setiap bilik dibekalkan dengan TV dan Wifi. Parkland Hotel menekankan keperluan asa yang berkualiti untuk memastikan keselesaan tetamu terjamin.
Harga: Dari RM95 / malam
Lokasi:
Laman Web: Hotel Parkland
Sementara menikmati udara segar dan kehijauan yang indah di Cameron Highland, pastikan anda tinggal di hotel yang selesa dan mengendurkan. Tempah dengan LetsGoHoliday.my dan gunakan promo kod eksklusif untuk anda.
MYR 400.00 /night
Tips Bajet Giler
Anda boleh menyewa tapak kem di Kem Sungai Pauh yang terletak tidak jauh dari bandar. Anda hanya perlu membayar RM3 seorang untuk menyewa tapak di situ.
Lokasi:
Hotel Rainbow
Hotel Rainbow terletak di bandar Brinchang. sederet dengan kedai runcit dan restoran. KFC juga terletak tidak jauh dari hotel ini. Setiap bilik dilengkapi dengan TV, Mesin membuat kopi dan teh dan peti keselamatan.
Harga: dari RM95 / malam
Lokasi:
Laman Web: Hotel Rainbow
Hotel Flora Plus
Hotel Flora Plus merupakan penginapan bertema bunga yang selesa dan dengan harga berpatutan, betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Brinchang. Berduduk di antara bukit-bukit yang kehijauan Cameron Highlands, sinilah memberi peluang kepada anda untuk melarikan diri dan kembali ke alam semula jadi, untuk relax dan berehat.
Harga: dari RM98 / malam
Lokasi:
Laman Web: Hotel Flora Plus
Nak melihat pilihan yang lain? Klikkan imej di atas untuk melihat senarai lengkap tempat penginapan di Cameron Highlands, termasuk hotel, homestay dan lain-lain.