Hotel Bajet Cameron Highlands Dekat Pasar Malam
Pernahkah anda singgah mana-mana pasar malam di Malaysia yang sentiasa sejuk? Pasar Malam Brinchang merupakan pasar malam yang sentiasa bercuaca sejuk di Malaysia. Ia terletak di Cameron Highlands, Pahang. Sama seperti Kea Farm, pasar malam ini terdapat pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang dijual.
Untuk anda yang single ataupun baru saja jejak kaki ke alam kerja yang belum berkemampuan untuk menyewa hotel yang mewah bolehlah cuba hotel bajet yang murah. Di sini kami syorkan beberapa hotel bajet yang berhampiran Pasar Malam Brinchang.
Iris House Hotel
Iris House Hotel cuma terletak 4 minit dengan kereta dari Pasar Malam Brinchang. Iris House telah menjadi pilihan popular pengunjung yang melawat Cameron Highland kerana lokasinya yang strategik dekat dengan tempat-tempat menarik di sana.
Semua bilik dilengkapi dengan private balcony yang mempunyai pemandangan cantik kelab golf dan bandar tersebut yang mungkin anda tak dapat di mana-mana hotel bajet lain.
Lokasi: Jalan Kuari, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang (Google Maps)
Harga: Dari RM139/malam
Madani Hotel Cameron Highlands (Brinchang)
Madani Hotel Cameron Highlands merupakan satu-satunya hotel muslim di Cameron Highland yang dilengkapi keperluan asas untuk pelancong beragama Islam. Justeru, pengunjung usahlah risau tentang makanan yang dibekalkan oleh hotel ini kerana ianya dijamin halal.
Perjalanan ke Pasar Malam Brinchang hanyalah 5 minit dengan kereta.
Lokasi: 16, Jalan Besar Brinchang, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang (Google Maps)
Harga: Dari RM130/malam
Hotel Parkland
Hotel Parkland juga terletak di Bandar Brinchang, di mana Pasar Malam Brinchang hanyalah dalam jarak perjalanan kaki. Hotel ini berhampiran dengan bank, kedai runcit, tempat makan dan kemudahan lain.
Lokasi:
Laman Web: Hotel Parkland
Ingatlah memandu selamat semasa bergerak di jalan Cameron Highlands yang bengkang-bengkuk!
Selamat bercuti!
MYR 135.00 /night
MYR 400.00 /night
Gunakan promo kod kami untuk mendapatkan diskaun! Klik SINI!
Madani Hotel Cameron Highland (Tanah Rata)
Cawangan kepada Madani Hotel Brinchang, Madani Hotel Tanah Rata juga merupakan khas untuk pelancong muslim. Perjalanan ke Pasar Malam Brinchang juga dalam lingkungan 5 ke 10 minit dengan kereta.
Lokasi: 15, Marigold Square, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang (Google Maps)
Harga: Dari RM90 / malam
Hotel Titiwangsa
Hotel Titiwangsa terletak di pusat bandar Cameron Highland kira-kira 0.7km dari Pasar Malam Brinchang. Kiranya jika nak berjalan kaki ke pasar malam boleh jeeeee. Pemandangan padang golf boleh dinikmati dari bilik hotel anda.
Lokasi:
Laman Web: Hotel Titiwangsa