Jalan-Jalan Cari Makan Di Port Dickson (Edisi Seafood)
I’m on seafood diet. I eat everything I ‘see’. |
Port Dickson bukanlah sekadar tempat untuk perjalanan percutian tempatan atau percutian hujung minggu. Kebanyakan orang yang melawat Port Dickson adalah untuk melakukan aktiviti-aktiviti pantai dan sukan air. Selain daripada aktiviti pantai, satu lagi perkara yang tidak boleh miss ketika melawat di perkampungan nelayan ini adalah untuk mencuba makanan laut di Port Dickson. Siapa yang tidak suka makanan laut bukan?
Walaupun terdapat banyak restoran yang menyajikan makanan laut di bandar-bandar dan tempat-tempat lain, harganya agak tinggi dan tidak semua jenis makanan laut yang boleh didapati. Tambahan pula dengan kos pengagkutan yang tinggi yang perlu ditanggung. Lain pula di Port Dickson di mana makanan laut adalah lebih mudah didapati dan harganya berpatutan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan laut yang menakjubkan dari restoran makanan laut di Port Dickson yang disenaraikan di bawah untuk percutian anda yang akan datang di Port Dickson!
1. Mimi Seafood Village Port Dickson (Halal)
Photo Credit to (Mimi Seafood Village Facebook Fanpage)
Mimi Seafood Village Port Dickson terletak di Kampung Baharu, ia berdekatan dengan Pantai Teluk Kemang yang merupakan antara pantai kegemaran bagi pelancong. Restoran makanan laut ini adalah terkenal di kalangan pelancong Melayu yang memilih untuk makan makanan halal. Banyak pelanggan adalah terdiri daripada orang Melayu kerana tidak banyak restoran makanan laut halal yang menghidangkan makanan lazat seperti di Port Dickson. Di sini juga mempunyai pelbagai jenis pilihan menu untuk dipilih dan perkhidmatan mereka juga sangat cepat. Restoran makanan laut Mimi ini menawarkan rasa yang hebat dengan harga yang berpatutan. Jika anda berpeluang untuk kesana , anda mesti mencuba ikan bakar mereka! Selain itu, anda juga perlu mencuba barramundi bakar (ikan pari) dan sotong goreng serbuk roti. Jika anda pengemar Tom Yam, anda mesti mencuba Tom Yam yang terdapat di dalam menu mereka. Selain itu, anda boleh memesan Sotong Goreng yang popular sebagai hidangan sampingan.
Photo Credit to (saji.my)
Alamat:Lot 4328 Jalan Pantai, Batu 7 Teluk Kemang, 71050 Port Dickson Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon No: +6016-2434355
2. Mutiara Seafood Village Port Dickson (Non-Halal)
Photo Credit to (www.j2kfm.com)
Mutiara Seafood Village Port Dickson terletak di Jalan Pantai Telok Kemang, Sirusa. Ia hanya 2 kilometer dari Port Dickson Golf and Country Club. Mutiara Seafood Village Port Dickson adalah salah satu kedai makan yang terbaik di Port Dickson. Harga hidangan di sini sangat berpatutan dan ketamnya segar, penuh daging dan sangat manis. Kami mengesyorkan masak dengan cara salt baked. Kami juga mengesyorkan Red Snapper kukus kerana ia adalah makanan kegemaran pelancong ketika melawat di restoran ini.
Steamed Red Snapper. (Photo Credit to Blogpost)
Alamat: Lot 90-E, Jalan Pantai Telok Kemang, Sirusa, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon No: +606-662 8928
3. Weng Yin Seafood Village Port Dickson Malaysia (Non-Halal)
Photo Credit to (Ohfishiee)
Weng Yin Seafood Village terletak 9 batu setengah dari Jalan Pantai. Ia mudah kelihatan dari jalan utama. Bagi food hunter yang gemarkan hidangan ketam, restoran ini adalah tempat yang mesti anda kunjungi. Hidangan signature seperti Kam Heong Ketam dan Honey Crab adalah antara hidangan yang mendapat sambutan hangat di sini. Selain daripada hidangan ketam, anda juga mesti mencuba "Ikan Tiga Rasa" yang disyorkan ramai. Ikannya sangat segar dan disalut dengan sos yang sekata.
Sweet and sour crab. (Photo Credit to Blogpost)
Alamat: Lot 4132, Batu 9.5 (KM15.5), Jalan Pantai,, 71050 Port Dickson, Malaysia
Telefon No: +6012-628 1660
4. Xiwang Seafood Village (Non-Halal)
Photo Credit to (Tripadvisor)
Xiwang Seafood Restaurant Port Dickson Negeri Sembilan Malaysia dikendalikan oleh sebuah keluarga. Perkhidmatan di sini adalah baik. Menikmati hidangan di sini seperti makan di rumah anda sendiri, layanan di sini sangat baik. Makanan yang dimasak sentiasa dibuat dengan kasih sayang dan anda tidak akan rasa kecewa dengan rasanya. Harganya juga sangat berpatutan. Jika anda tidak tahu mana satu ingin dipilih, anda boleh mencuba jus Markisa, kari ikan dan udang kelapa mereka. Banyak pelanggan juga mengesyorkan untuk mencuba Ketam Kam Heong. Cuba lihat pada gambar di bawah, satu perkataan yang boleh dikatakan 'lazat'!
Photo Credit to (Tripadvisor)
Alamat: Jalan Pantai, Teluk Kemang Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon No: +6012-2926219
5. Tian Tian Seafood in Port Dickson (Non-Halal)
Photo Credit to (Foursquare)
Restoran Tian Tian Seafood adalah satu lagi restoran makanan laut yang terkenal di Port Dickson yang amat disyorkan oleh orang ramai yang telah ke restoran ini. Jika anda mahu mengelakkan dari menunggu lama untuk hidangan ketam mereka yang terkenal, anda perlu telefon restoran dan membuat tempahan awal. Restoran ini menawarkan ham dan sotong yang nipis dan sangat rangup. Selain itu, paku midin di sini sangat lazat. Jika anda seorang pengemar telur masin, anda mesti cuba ketam telur masin di sini, amat digalakkan untuk mencuba!
Ham dan Sotong (Photo Credit to www.hungrygowhere.my)
Alamat: A19, Kampung Kuala Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysiaa
Telefon No: +60 6-658 1233
Di sini hanya beberapa restoran makanan laut yang popular dan mendapat feedback yang tinggi di Port Dickson yang kami syorkan untuk anda cuba. Makanan Seafood ialah hidangan yang mesti di cuba terutamanya jika anda sedang bercuti di perkampungan nelayan. Itulah sebabnya kenapa mereka memanggil Port Dickson sebagai kampung makanan laut. Makanan laut di sini boleh didapati dengan mudah, segar dan dengan harga yang berpatutan. Ia adalah salah satu destinasi percutian yang popular bagi rakyat Malaysia dan juga Singapura. Ia selalu dibanjiri dengan kereta dan orang ramai pada hujung minggu dan cuti sekolah yang panjang. Jadi anda mungkin perlu menempah tempat penginapan terlebih awal jika merancang untuk bercuti di Port Dickson.
Jika anda belum lagi melayari website kami jom layarinya disini kerana disitu terdapat senarai lengkap homestay dan hotel untuk penginapan trip percutian anda nanti. Anda juga boleh menyemak kekosongan, lokasi, harga dan kemudahan yang disediakan dan boleh terus menempah penginapan dari situ, samada dari laptop atau smartTelefon No anda! Sekarang menempah penginapan untuk percutian sudah menjadi lebih mudah.