5 Hotel Berdekatan Pantai Di Port Dickson
Port Dickson, ia adalah nama yang sangat biasa didengar hampir setiap rakyat Malaysia kerana ia merupakan tempat yang ideal untuk pergi bercuti bersama keluarga. Pekan kecil yang dulunya terkenal dengan hasil arang batu kini telah dibangunkan untuk destinasi percutian. Bercuti di Port Dickson telah menjadi pilihan ramai ketika cuti hujung minggu yang panjang terutama bagi orang dari Kuala Lumpur dan Johor kerana ia terletak di antara kedua-dua negeri tersebut.
Sebab utama ia menjadi tempat percutian ramai adalah kerana kos penginapan hotel-hotel di Port Dickson adalah lebih rendah berbanding penginapan di Pulau Tioman atau Pulau Pangkor. Ia merupakan tempat yang ideal kerana ia mempunyai banyak pantai dan hampir sepanjang pantai boleh diakses kepada orang ramai seperti di Pulau Pangkor. Perjalanan ke sini pun hanya mengambil masa beberapa jam memandu dari Kuala Lumpur atau Johor.
Terdapat banyak homestay dan hotel di Port Dickson. Disini kami telah mengecilkan senarai hotel di Port Dickson kepada 5 hotel untuk memudahkan anda untuk memilihnya. Hotel-hotel ini semuanya terletak berhampiran dengan pantai dan amat sesuai untuk keluarga atau pasangan yang sedang mencari tempat yang selesa dengan harga yang berpatutan di Port Dickson.
1. Hotel Seri Malaysia Port Dickson
Photo Credit to (Hotel Seri Malaysia Port Dickson Official Reservation Page)
Hotel Seri Malaysia adalah satu rangkaian hotel yang terkenal dan terbesar di Malaysia. Hotel Seri Malaysia boleh didapati di 21 lokasi dan mereka menawarkan lebih daripada 2000 bilik secara keseluruhan untuk pelancong di seluruh Malaysia. Kadar Hotel Seri Malaysia Port Dickson bermula dari RM170. Kemudahan yang ada termasuk bilik dengan sambungan WiFi percuma, penyaman udara, televisyen dan Coffee Maker.
Hotel Seri Malaysia Port Dickson merupakan salah satu hotel terbaik di Port Dickson yang terletak di lokasi yang strategik di Jalan Pantai, pantai boleh dilihat betul-betul di seberang jalan dari hotel dan terdapat sebuah pasar malam yang lebih kurang 5 minit berjalan kaki dari lobi hotel. Pada waktu malam hujung minggu, ramai penjaja membuka gerai, dan pelbagai jenis makanan yang terdapat di pasar malam itu. Selepas makan malam, anda boleh berjalan-jalan bersama pasangan atau ahli keluarga di sepanjang pantai untuk merasa angin laut.
Persekitaran di sekitar hotel ini sangat santai dan ia memberikan anda rasa selesa ketika meluangkan masa di sekitar kawasan. Terdapat tarikan khas iaitu Muzium Tentera Port Dickson yang hanya mengambil masa 5 minit perjalanan. Disitu terdapat muzium pameran termasuk terowong bawah tanah, kenderaan tentera, dan memorial fountain.
Photo Credit to (Hotel Seri Malaysia Port Dickson Official Booking Page)
2. Waterfront Boutique Hotel Port Dickson
Photo Credit to (Waterfront Boutique Hotel Official Reservation Page)
Hotel ini dianggap sebagai salah satu nilai terbaik untuk penginapan antara semua hotel di Port Dickson. Harga bagi semua jenis bilik sangat berpatutan. Harga bermula dari RM140 semalam dan kemudahan yang disediakan termasuk wifi percuma, tempat letak kereta, pancuran mandian air panas, saluran Astro dan jika anda bernasib baik, anda boleh menikmati balkoni dengan pemandangan laut.
Hotel ini terletak hanya 3 minit berjalan kaki dari Port Dickson Waterfront yang menempatkan Starbucks kafe dengan pandu lalu dan satu-satunya restoran McDonald di seluruh Port Dickson. Di hadapan Mcdonald terdapat esplanade yang penuh sesak dengan orang siang dan malam kerana pelancong suka melepak di ruang terbuka di situ untuk menikmati angin laut, bermain layang-layang dan bermain dengan buih air. Jika anda bukan jenis yang suka untuk melawat tapak bersejarah atau menikmati alam semula jadi, mungkin tempat ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Terdapat juga sebuah pasar raya yang berdekatan degan hotel ini. Juga terdapat banyak gerai menjual makanan tempatan, jadi anda tidak perlu pergi jauh untuk mencari makanan.
Photo Credit to (Waterfront Boutique Hotel Official Site)
3. Regency Beach Resort at Port Dickson
Photo Credit to (Spy Malaysia)
Tempat peranginan pantai Regency di Port Dickson adalah salah satu tempat yang terbaik untuk menginap dengan pemandangannya yang indah dari bangunan ini. Tempat peranginan ini sesuai untuk mereka yang bercuti dalam kumpulan yang besar. Kemudahan di sini lengkap dengan penghawa dingin, televisyen yang dilengkapi saluran Astro, tempat letak kereta percuma, dan gelanggang tenis yang hanya boleh diakses oleh penginap di situ. Harga resort ini bermula dari sekitar RM250. Ia dianggap sebagai resort mewah peribadi di Port Dickson dan ia sesuai untuk mereka yang inginkan privasi. Ia adalah salah satu hotel yang terbaik di Port Dickson yang mempunyai kolam renang peribadi.
Terdapat restoran makanan laut dan beberapa pasar raya dalam 10 minit memandu dari resort ini. Selain itu, resort ini berhampiran dengan Port Dickson Golf and Country Club. Tempat peranginan ini terletak hanya 5 minit memandu dari pasar malam di Jalan Pantai yang merupakan pasar malam kegemaran di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.
View from balcony. Photo Credit to (Letsgoholiday)
4. Glory Beach Resort at Port Dickson
Photo Credit to (Letsgoholiday)
Glory Beach Resort di Port Dickson adalah sebuah resort tepi pantai yang terletak di bahagian utara Port Dickson. penginapan ini sesuai untuk mereka yang mempunyai jumlah keluarga yang besar yang mana anda boleh menyewa seluruh tempat itu sehingga 3 bilik yang boleh memuatkan hampir 10 orang. Terdapat juga unit bilik menghadap ke laut bagi mereka yang suka duduk di balkoni dan menikmati pemandangan alam semula jadi. Harga permulaan untuk tempat tinggal bermula daripada RM230 dan dilengkapi dengan penghawa dingin, tempat letak kenderaan percuma, peti sejuk, wifi percuma dan banyak lagi. Ia adalah salah satu hotel di Port Dickson yang mempunyai kolam renang dan sangat sesuai untuk mereka yang memilih untuk berenang di kolam renang daripada laut.
Selain pantai, resort ini terletak berhampiran dengan salah satu tempat menarik di Port Dickson iaitu Alive 3D Art Gallery. Perjalanannya mengambil masa kurang daripada 10 minit dari Glory Beach Resort. Kepada mereka yang suka sesuatu yang lain daripada berenang di pantai, ini adalah tempat yang patut anda kunjungi. Kanak-kanak mungkin sangat suka pada tempat ini kerana mereka boleh mengambil gambar dan juga mengalami gimik karya seni 3D. Terdapat banyak gambar 3D untuk di ambil. Bagaimanapun ianya terhad kepada beberapa orang sahaja dalam satu masa.
Photo Credit to (Letsgoholiday)
Photo Credit to (Blogpost)
Maya Holiday Apartment adalah koleksi pangsapuri yang sesuai untuk keluarga. Ia terletak di Teluk Kemang di sepanjang batu-7. Ia adalah sebuah pangsapuri yang dikenali oleh penduduk tempatan dan ianya berdekatan dengan Port Dickson Golf and Country Club. Pangsapuri ini dilengkapi dengan kemudahan termasuk kolam renang peribadi, tempat letak kereta percuma, taman permainan kanak-kanak, kawasan BBQ dan trek jogging. Hotel bajet di Port Dickson yang berhampiran dengan pantai ini mempunyai harga bermula dari RM160.
Tempat ini terletak di tengah-tengah Port Dickson, jika mengikuti jalan utama ke Utara, anda akan sampai ke Port Dickson Waterfront di mana anda boleh berehat dengan ahli keluarga di Starbuck Café atau membeli-belah di sekitar di pasar raya.
Manakala jika anda mengikuti jalan utama ke selatan, anda akan sampai ke Rumah Api Cape Rachado dan pantai Blue Lagoon. Jika anda tidak pernah mendengar tentang tempat ini, lihat 5 Pantai Port Dickson Yang Disyorkan Penduduk Tempatan. Di sepanjang jalan utama, terdapat banyak tempat makan seperti restoran makanan laut atau gerai-gerai makanan. Selain itu, jika anda merancang untuk mengadakan sesi BBQ, anda boleh mendapatkan barangan keperluan di kedai 7 Eleven di sekitar jalan utama.
Photo Credit to (Letsgoholiday)
Hotel di atas hanyalah sebahagian daripada hotel yang disyorkan di Port Dickson berhampiran pantai. Jika anda bercuti ke Port Dickson, anda mesti inginkan tempat penginapan berhampiran dengan pantai untuk menikmati angin laut dan bersantai sambil mendengar bunyi percikan gelombang air yang semula jadi atau duduk di tepi pantai sambil menikmati matahari terbenam di Port Dickson.
Di sini hanyalah sebahagian daripada senarai hotel di Port Dickson yang berdekatan dengan pantai, untuk melihat penginapan yang lain di Port Dickson dengan harga yang murah dan sesuai dengan kriteria anda, anda boleh melayari Letsgoholiday.my! Laman web ini membolehkan anda memilih lokasi mengikut bajet anda semasa bercuti. Ini dapat membantu anda untuk menguruskan kewangan anda semasa bercuti justeru dapat membuatkan percutian anda lebih di nikmati!
Perbezaan di antara hari Jumaat dan Percutian adalah jumaat mempunyai 52 hari setahun TETAPI percutian datang sekali sekala, ini menjadikan ia lebih bermakna dan berharga terutama apabila anda menghabiskan masa dengan orang yang anda cintai.
Bertenang, merancang dan kira detiknya tiba!
Also Check out: 5 tempat menarik yg berdekatan pantai di Melaka