7 Restoran Seafood Halal Di Port Dickson
Sudah menjadi kebiasaan kita sebagai pelancong, kalau ingin bercuti di mana-mana tempat menarik di Malaysia, sudah tentu kita ingin mencuba bersantapan di destinasi restoran yang menarik. Di sini kami akan senaraikan 8 restoran seafood halal di Port Dickson yang boleh anda kunjungi ketika bercuti di sini!
Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood
Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood terletak berhampiran dengan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Restoran ini juga sering menjadi pilihan para pengunjung di Port Dickson kerana makanan seafood yang dihidangkan sedap-sedap belaka. Sebaiknya, anda perlu datang awal sekiranya anda ingin makan di restoran ini untuk dapatkan lebih banyak pilihan makanan seafood yang ada.
Lokasi: Jalan Pantai, Teluk Kemang Square, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan (Google Maps)
Waktu Operasi: 6:00PM - 12:00 AM
No. Telefon: 019-276 1019
Restoran Pantai Ria
Restoran Pantai Ria yang terletak di Taman Bayu, Port Dickson ini menyediakan menu dari makanan laut yang segar. Restoran ini dibuka dari pagi hingga malam dan harga makanan-makanan seafood di sini juga agak berpatutan. Antaranya ialah ikan siakap masak 3 rasa, udang masak sambal dan sebagainya.
Lokasi: Jalan Pantai, Taman Bayu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan (Google Maps)
Waktu Operasi: 10:00AM - 11:00PM
No. Telefon: 06-662 5122
Embok Village Steamboat & Seafood
Restoran Embok Village Steamboat & Seafood terletak bersebelahan dengan Medan Ikan Bakar Port Dickson di Taman Port Dickson Utama, Port Dickson. Antara menu yang popular dan menjadi pilihan ramai pengunjung adalah ikan bakar, lala goreng cili dan kailan goreng.
Lokasi: Batu 2 ½, Pantai Bagan Pinang 5, Taman Port Dickson Utama, 71900 Port Dickson, Negeri Sembilan (Google Maps)
Waktu Operasi: 6:00PM - 12:00AM
No. Telefon: 019-212 7919
Restoran Chardin Seaview Sdn Bhd
Restoran Chardin Seaview adalah salah sebuah restoran yang terkenal di Port Dickson dan menawarkan makanan-makanan seafood yang halal dengan harga yang berpatutan. Sekiranya anda berkunjung ke restoran ini, jangan ketinggalan untuk mencuba pelbagai menu makanan yang sering menjadi pilihan ramai antaranya ketam masak cili, kangkung belacan, udang masak butter, ikan siakap masak 3 rasa, dan sebagainya.
Lokasi: Lot 2631, Jalan Seremban, Taman Seaview, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan (Google Maps)
Waktu Operasi: 11:30AM - 3:00PM, 5:00PM - 10:30PM
No. Telefon: 06-647 4569
Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus
Restoran Mimi Ikan Bakar juga merupakan sebuah restoran yang menjadi pilihan para pengunjung yang bercuti di Port Dickson. Restoran ini menawarkan menu makanan seafood antaranya sotong goreng tepung, ikan bakar sambal hijau, kailan ikan masin, dan sebagainya.
Lokasi: Lot 4328, Jalan Pantai, Batu 7, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan (Google Maps)
Waktu Operasi: 6:00PM - 12:00AM
No. Telefon: 016-243 4355
Double Queue Thai Cuisine
Restoran Double Queue Thai Cuisine dibuka dari 11 pagi hingga 11 malam. Restoran ini terletak di Persiaran Waterfront dan menyediakan menu seafood dan masakan ala Thai yang sedap dalam harga yang berpatutan. Antara menu yang popular dan mesti anda cuba ketika berkunjung ke restoran ini ialah nasi goreng nenas dan sup tomyam.
Lokasi: 4-G-18, Persiaran Waterfront, PD Waterfront, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan (Google Maps)
Waktu Operasi: 11:00AM - 11:00PM
No. Telefon: 06-646 3139
Samudra Ikan Bakar
Salah satu pilihan alternatif untuk merasai hidangan seafood dalam harga yang sangat berpatutan apabila berada di Port Dickson adalah Restoran Ikan Bakar Samudra. Restoran ini menawarkan makanan - makanan seafood yang halal dan sedap. Terdapat banyak pilihan seafood yang anda boleh cuba seperti sotong, udang, kerang, sayur dan pelbagai jenis ikan.
Lokasi: Kampung Gelam, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan (Google Maps)
Waktu Operasi: 5:00PM - 12:00AM