Hotel Pulau Tioman
Hmmm, termimpi-mimpi nak ke Pulau Tioman? Mestilah kan? Pulau Tioman merupakan antara pulau tercantik di dunia dan menjanjikan percutian pulau yang paling heaven bak kata mat salleh. Terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia di perairan daerah Rompin, Pahang, ia juga hanya 70km dari daerah Mersing, Johor. Malahan, kebanyakan pelancong akan ke Pulau Tioman dari jeti di Mersing.
Setibanya anda ke Pulau Tioman, anda akan disambut dengan pemandangan gah Gunung Simukut yang menjadi mercu tanda pulau ini. Lagenda mengatakan bahawa pada zaman dahulu, seorang puteri naga telah bersemayam di pulau ini apabila ia datang menyinggah sebentar dalam perjalanannya ke Temasek atau kini, Singapura. Keindahan Pulau Tioman membuatkan puteri ini jatuh cinta dengan pulau ini dan ia berhajat untuk berehat di sini setelah sekian lama mengembara.
Antara tempat-tempat menarik di Pulau Tioman yang boleh anda lawati dan terokai adalah:
- Batu Malang
- Pulau Chebeh
- Pulau Sembilang
- Pulau Sepoi
- Pulau Labas
- Pulau Sri Buat Tokong Bahara
- Pulau Jahat
- Pulau Tulai
- Pulau Renggis
- Gunung Kajang
- Gunung Nenek Semukut
- Air Terjun Asah
- Pusat Taman Marin
- Salang
- Monkey Bay
Itulah sedikit idea dari kami untuk tempat-tempat menarik di Pulau Tioman.
Sekarang, mari kita lihat hotel-hotel di Pulau Tioman.
Tamara Resort Tioman
Tamara Resort Tioman merupakan hotel bajet di Teluk Kemara di Kampung Juara. Anda boleh sampai ke hotel ini melalui jalan raya dari Tekek.
Hotel ini menghadap laut dan pantai dan menyediakan penginapan yang selesa dengan chaletnya yang berwarna-warni dan serba lengkap dengan penghawa dingin, bilik air dengan air panas dan kemudahan Wifi di setiap chalet. Selain itu, terdapat restoran yang menyediakan makanan laut yang dibarbeku, kemudahan hiburan karaoke, basikal sewa dan servis untuk ke pulau-pulau lain.
Alamat: 423, Kampung Juara Pulau Tioman, 26800 Pahang
Harga: dari RM200/malam
Berjaya Tioman Resort
Chalet-chalet ini dibina dengan inspirasi seni bina kampung tradisional dan dibina elok di depan pantai atau di taman-taman. Anda akan menikmati percutian yang serba nyaman dan tenang sepanjang penginapan anda di sini.
Harga: dari RM410/malam
Laman Web: Berjaya Tioman Resort
The Barat Tioman Beach Resort
The Barat Tioman Beach Resort menawarkan suasana percutian pulau yang terindah untuk anda sekeluarga. Hotel ini terletak di sepanjang Pantai Juara dan menghadap Laut China Selatan. Anda boleh memilih untuk menginap di bilik chalet, bilik villa atau bilik di hadapan pantai.
Setiap bilik berhawa dingin dan memberikan keselesaan dan privacy yang sempurna untuk anda. Hotel ini juga menawarkan pakej snorkeling dan menyelam skuba.
Harga: dari RM280/malam
Laman Web: The Barat Tioman
Japamala Resort
Japamala Resort berkonsepkan percutian di dalam hutan hujan di kepulauan tropika. Setiap kabin yang sedikit tersembunyi di sebalik pohon-pohon menghijau ini lengkap dengan penghawa dingin, Wifi, TV, ruang verandah dan bilik mandi.
Ada juga kabin atau rumah yang mempunyai kolam renang. Resort ini memberikan keutamaan untuk anda berehat sepenuhnya dengan dikelilingi keindahan alam semulajadi.
Harga: dari RM722/malam
Laman Web: Japamala Resort
Gunakan kod promosi kami untuk harga tempahan bilik lebih rendah!
The Best Pulau Tioman Resort 2019
Jika anda lebih berminat untuk tinggal di resort, klik saja pada gambar di atas untuk lihat cadangan resort-resort di Pulau Tioman. Bukan sahaja resort di sana serba lengkap dengan kemudahan seperti kolam renang, ada juga yang menyediakan servis snorkeling dan scuba diving. Boleh lah anda survey lebih banyak lagi pilihan tempat penginapan di Pulau Tioman dengan membaca artikel ini.
Top 5 Hotels in Kuantan
Alang-alang anda sudah berada di Pahang, apakata singgah untuk beberapa hari di bandar Kuantan. Kuantan merupakan ibu negeri Pahang dan mempunyai tempat-tempat menarik tersendiri seperti Pantai Teluk Cempedak dan Bukit Panorama. Klik pada gambar di atas untuk senarai hotel terbaik di Kuantan.