Homestay di Kuala Rompin
Anda bercadang untuk bawa keluarga bercuti di Kuala Rompin? Mungkin anda ingin singgah untuk beberapa hari sebelum anda ingin melawat ke Pulau Tioman pula. Atau mungkin, anda memang dah ada plan nak memancing di spot-spot memancing di Kuala Rompin ni. Alang-alang, boleh la ajar anak-anak tu seronoknya memancing. Boleh la bonding ala-ala father and son, father and daughter gitu.
Syurga Ikan Layaran
Haa, kalau anda nak tahu, inilah dia jenis ikan yang menjadi mercu tanda bagi daerah Rompin yang menempatkan Kuala Rompin. Ikan layaran atau sailfish ni merupakan ikan dari genus Istiophorus yang tinggal di kawasan lautan bercuaca panas. Di bahagian atas badan mereka terdapat sirip lebar seperti layar kapal. Ia juga mudah dikenali dengan rang muncung yang juga ada pada ikan todak.
Perairan di Kuala Rompin dipanggil sebagai syurga ikan layaran kerana ianya menjadi habitat semulajadi ikan ini. Pihak kerajaan negeri Pahang juga telah melaksanakan usaha menambahkan lagi populasi ikan ini di perairan Kuala Rompin. Selain daripada ianya menjadi tarikan pemancing tempatan, ada juga pemancing-pemancing dari pelbagai pelusuk dunia yang datang ke Kuala Rompin hanya untuk mendapatkan pengalaman memancing ikan layaran ini.
Syurga Udang Galah Air Tawar
Haa, inilah dia udang galah air tawar yang sangat popular di Kuala Rompin. Inilah syurga untuk anda-anda yang suka mencuba tempat makan yang sedap-sedap dengan menu istimewa. Di Kuala Rompin ni , terdapat satu kawasan medan selera yang menyajikan menu udang galah segar yang dimasak mengikut pelbagai jenis hidangan.
Medan selera di Kampung Leban Condong menempatkan restoran-restoran udang galah terbaik seperti Gerai Makan Mak Ngah Udang Galah Sepit Biru dan Gerai Makan Azizah Udang Galah. Anda boleh memilih udang galah segar mengikut gred dan saiz yang anda ingini kemudian ianya akan dimasak mengikut jenis masakan yang anda suka. Anda juga perlu cuba Mee Udang Azizah yang unik dan berbeza dari menu-menu udang galah di Kuala Rompin ini.
Pantai Hiburan Rompin
Pantai Hiburan Kuala Rompin merupakan pantai yang menjadi tumpuan penduduk setempat di Kuala Rompin. Kebanyakan penduduk datang untuk beriadah dan bersantai di pantai ini. Trek berbasikal juga dibina untuk kemudahan orang ramai.
Anda boleh membawa anak-anak kecil anda untuk mencuba permainan-permainan yang disewakan para peniaga di pantai ini seperti kasut roda, kereta dan motosikal mainan. Kadar harga sewa yang dikenakan juga berpatutan, tidak lebih RM15 bagi setiap 30 minit.
Itulah dia sedikit sebanyak berkenaan Kuala Rompin selain daripada ianya menjadi tempat untuk kita berlepas ke Pulau Tioman. Jika anda bercadang untuk tinggal selama beberapa hari di Kuala Rompin, anda boleh lihat pilihan homestay terbaik di Kuala Rompin di bawah ini.
Gunakan kod promosi kami untuk harga tempahan lebih berpatutan!
Dapatkan senarai tempat penginapan serba lengkap dan selesa di Kuantan apabila klik pada gambar di bawah.