15 Homestay Tepi Pantai Kuantan Terbaik Featured Image

15 Homestay Tepi Pantai Kuantan Terbaik

By [email protected] - Jan 31, 2019 (Last Updated Mar 11, 2020)

Idamkan percutian di tepi pantai bersama keluarga? Tapi, mencabarnya nak kena memandu dari KL hingga ke Pantai Timur semata nak merasa air laut. Jika nak ke Langkawi pula kos bertambah. Peningnya macam ni! Okay, tak mengapa. Jangan pening-pening. Apa kata jika kami cadangkan anda untuk ke Kuantan nak menginap di 15 homestay tepi pantai Kuantan yang terbaik. Kuantan mempunyai beberapa pantai yang indah seperti Pantai Teluk Cempedak, Pantai Cherating, Pantai Balok, Pantai Sepat dan Pantai Pelindung. 


Salah satu pantai di Kuantan yang sangat terkenal di kalangan penduduk kawasan dan rakyat Malaysia adalah Pantai Teluk Cempedak yang juga disingkatkan kepada PTC. Pasir pantainya yang memutih, kehijauan hutan di sekitarnya dan longgokan batuan di sekitar Pantai Teluk Cempedak ini sangat indah bukan saja untuk berehat dan beriadah, malahan pantai ini juga merupakan destinasi yang pasti untuk membuat penggambaran gambar dan fotografi. Terdapat kemudahan infrastruktur di sekitar pantai ini yang memudahkan pengunjung untuk datang ke sini seperti jambatan yang direka khas untuk menyusuri sepanjang persisiran pantai. Selain itu, kemudahan seperti surau, tandas, hotel, restoran dan gerai di tepi pantai ini juga disediakan. Memang senang dan selesa sangat kan untuk anda nak datang bermandi-manda menghabiskan masa bersama keluarga tersayang di sini.


Ya tak ya, jangan lupa singgah di Pantai Batu Hitam juga ya jika anda seorang pecinta fotografi. Pantai Batu Hitam seperti namanya, merupakan sebuah pantai yang dikelilingi batuan hitam yang melatari pasir putih. Jika anda nak menangkap gambar bersama keluarga anda, anda boleh abadikan detik-detik indah di pantai ini. Seperti Pantai Teluk Cempedak, Pantai Batu Hitam juga disediakan kemudahan asas untuk para pengunjung yang datang bermandi-manda dan berkelah di sini. Jika anda ingin mengisi perut juga anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak gerai-gerai dan kedai makanan di sekitar pantai.


Jika anda nak memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak anda, anda boleh singgah ke Pantai Sepat untuk bermain wau atau layang-layang di sini. Ini kerana pantai ini merupakan lokasi menarik untuk bermain layang-layang oleh kerana keadaan topografinya dan panoramanya. Pantai Sepat ini juga merupakan sebuah perkampungan Nelayan Melayu, jadi, jika anda nak merasai kehidupan nelayan dengan lebih dekat lagi, anda boleh luangkan masa di Pantai Sepat dan ambil peluang ini untuk berterima kasih kepada para nelayan yang sudi menyabung nyawa di tengah lautan untuk mencari rezeki halal. 


Pantai Balok pula merupakan pantai yang terkenal jika anda menggemari sukan air windsurfing atau surfing. Anda tidak perlu ke Hawaii tau, di Malaysia sendiri anda boleh merasai sendiri dan menyaksikan aksi sukan air lasak windsurfing dan surfing. Jika anda berjiwa kental dan suka pada cabaran, anda boleh cuba sukan ini. Namun, perlu diingatkan, anda perlu berada di bawah pengawasan professional ya jika anda teringin nak bermain windsurfing atau meluncur air.


Haa, siapa sangka bukan di Kuantan saja terdapat banyak pantai dan terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan seorang diri atau bersama keluarga. Sambil itu, singgahlah bermalam di senarai 15 homestay tepi pantai Kuantan yang terbaik kami yang kami dah senaraikan di bawah ini. Jom tengok satu persatu. Mana tahu tiba-tiba keluar kod diskaun ke? Hehe.





Haa, kan kami dah janji nak kasi kod diskaun. Nah, klik sini untuk mendapatkannya!


Macam mana, best tak senarai 15 homestay di tepi pantai Kuantan Terbaik kami di atas? Jika anda tidak puas hati atau rasa cukup, tak perlu risau! Di bawah ini kami dah senaraikan senarai lengkap hotel dan homestay di Kuantan. Tekan terus pada gambar di bawah ini untuk melihat senarai tersebut! Yay!

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.19 (57 VOTES)