Hotel Di Kuching Featured Image

Hotel Di Kuching

By [email protected] - Feb 08, 2019 (Last Updated Apr 20, 2021)

Sedang merancang percutian bersama keluarga atau rakan taulan? Jom kali ini kita bercuti jauh sikit, kita ke Kuching, Sarawak dan seterusnya menginap di hotel terbaik di Kuching. Tapi, mesti anda tertanya-tanya kenapa Kuching yang perlu menjadi destinasi anda? Dah la jauh dan kena naik kapal terbang pula tu. Aduh, duit oh duit. 


Haa, jangan risau. Kami akan maklumkan kenapa Kuching patut menjadi destinasi percutian anda. Kuching adalah ibu negeri Sarawak yang meriah dihiasi dengan keindahan bangunan-bangunan kolonial hasil tinggalan penjajah British. Kota Kuching ini dikelilingi dengan Sungai Sarawak, di mana anda boleh ambil peluang ini untuk berjalan-jalan di sekitarnya dan singgah di kedai-kedai yang menjual beraneka barangan seperti kedai-kedai makanan yang sedap dan unik,  kedai kraftangan hasil anak tempatan, kedai cenderahati dan banyak lagi. 


Tapi anda mestinya tertanya-tanya dari mana nama bandar Kuching ni diperolehi ya? Dikatakan semasa zaman penjajahan, penduduk tempatan bertanya pada James Brooke, Raja Putih Sarawak pada masa itu, mengenai nama tempat tersebut. Penduduk tempatan ini telah menyalah sangka apabila James Brooke menuding jari kepada seekor kucing, dan mereka seterusnya menamakan tempat tersebut sebagai Kuching. Dan kini, kota Kuching ini dipenuhi dengan patung-patung kucing yang simbolik dengan perkara bersejarah tersebut. Di Kuching juga dibangunkan sebuah muzium kucing yang isinya penuh dengan patung-patung kucing tau. Untuk pecinta kucing boleh la datang ke sini dan melihat kecomelan patung-patung kucing di sini. 




Namun demikian. Kuching ini bukan khusus untuk pecinta kucing saja tau. Jika anda seorang yang suka belajar benda baru, jangan lepaskan peluang untuk ke Kampung Kebudayaan Sarawak. Di sini, anda akan dipertontonkan dengan persembahan dan kebudayaan penduduk Sarawak yang terdiri dari suku kaum yang berbilang kaum. Anda akan diajar tarian buluh, menganyam, mengukir buluh, dan menjahit manik yang boleh dibuat menjadi rantai, beg. dan sebagainya. Jika anda nak tahu, kebanyakkan penduduk di sini menyara  hidup mereka dengan menghasilkan kraf tangan untuk dijual di pasar-pasar. Maka, anda jangan lokek ya untuk berbelanja, sedikit sebanyak dapat membantu hasil anak tempatan kita. 


Selain dari Kampung Kebudayaan Sarawak, anda boleh singgah di Kuching Waterfront. Di sini terdapat sebuah astana yang penuh dengan sejarah pada zaman pemerintahan Charles Brooke. Anda juga jangan lepaskan peluang untuk singgah di Masjid Kuching, Muzium Sarawak, Kubu Margherita dan The Old Courthouse ya.


Tapi, kalau anda seorang yang cintakan alam semula jadi dan nak sejukkan mata dengan pemandangan nan hijau, anda boleh melawat Taman Negara Bako dan Taman Negara Gunung Gading di mana anda boleh menyaksikan dengan mata anda sendiri bunga yang terbesar di dunia, iaitu Bunga Rafflesia. Kalau anda nak berjinak dengan haiwan, anda boleh singgah ke Taman Negara Talang-Satang Sarawak, di mana ianya adalah sebuah taman marina untuk memelihara haiwan-haiwan laut yang terancam, terutamanya penyu. Jika nasib anda baik, anda boleh datang ketika musim mengawan dan lihat sendiri telur-telur penyu ini menetas dan dilepaskan di laut. Sedikit sebanyak anda akan ambil iktibar untuk sentiasa menjaga kelansungan flora dan fauna kita dari pupus dek kerana ketamakan dan kerakusan manusia sendiri!


Haa, banyak tempat kita dah liputi. Badan anda pun pasti kepenatan dari berjalan-jalan kan? Seperti yang kami maklumkan di atas, apa kata kita lihat satu per satu senarai hotel di Kuching yang terbaik hanya untuk anda!


Kemena View Hotel




Kemena View Hotel ini terletak di tengah-tengah kota Kuching. Ianya menyediakan tempat penginapan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Kemena View Hotel ini menyediakan jenis-jenis bilik yang berbeza-beza, jadi untuk anda yang nakkan kelainan, bolehlah bermalam di sini. Lagipun, hotel ini terletak berhampiran dengan pusat-pusat membeli belah, kedai makan yang enak dan tempat-tempat tarikan di Kuching. Jadi, hotel ini merupakan destinasi yang tepat sama ada untuk anda yang datang bercuti dengan keluarga atau bekerja.


Alamat: 145-146, Section 51 KTLD, Off Jalan Song Thian Cheok, 93100 Kuching, Sarawak.

Harga: Bermula dari RM160/ malam


Tempah Sekarang


Place2Stay @ Kenyalang



Place2Stay@Kenyalang menjanjikan lokasi yang strategik. Dengan 5 minit memandu dari pekan Kuching dan 10 minit memandu dari Kuching International Airport, anda pastinya akan senang untuk kemana-mana. Selain dari itu, hotel ini sangat hampir dengan pusat-pusat membeli-belah seperti Vivacity Megamall, The Spring shopping mall, Cityone Mall, Kenyalang Shopping Centre and Food Centre, Kompleks Kerajaan (Simpang Tiga), Swinburne University (Sarawak Campus) dan juga 15 minit memandu ke Borneo Convention Centre (BCCK) and 5 minutes memandu ke Borneo Medical Centre. Jadi, ternyata hotel ini merupakan pilihan yang tepat untuk anda yang datang ke Kuching dengan bermacam-macam tujuan tidak kira untuk bercuti, bekerja, menghadiri majlis konvokesyen, dan banyak lagi.


Alamat: 1st Floor Lot 5438 Lorong Penyau 7, Chawan Road, 93300 Kuching, Sarawak.

Harga: Bermula dari RM 72/ malam


Tempah Sekarang


Pullman Kuching





Pullman Kuching adalah sebuah hotel gah 5 bintang yang tidak perlu diberi apa-apa pengenalan lagi. Ianya terletak berhadapan dengan Sungai Sarawak dan di tengah-tengah Pekan Kuching. Hotel ini hampir dengan tempat-tempat tarikan di Sarawak seperti Muzium Sarawak, Gereja St Thomas, bazaar di Kuching Waterfront, Air Pancut Burung Kenyalang, Muzium Sejarah Cina, Tokong Hong San dan Kuil Sri Srinivasagar. Jika anda idamkan servis bertaraf antarabangsa yang bersesuaian dengan harga dan namanya, anda perlu bermalam di Pullman Kuching.   


Alamat: 1A Jalan Mathies, 93100 Kuching Sarawak

Harga: Bermula dari RM217/malam


Untuk maklumat lanjut sila layari: https://www.pullmankuching.com/ 


Merdeka Palace Hotel & Suites Kuching





Merdeka Palace Hotel & Suites Kuching terletak di Kuching dan juga berhampiran dengan tempat-tempat tarikan Sarawak seperti Muzium Seni Sarawak, Muzium Sarawak, Gereja St. Thomas dan Muzium Islam Sarawak. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan Plaza Merdeka dan Waterfront yang sangat popular tu. Hotel ini menyediakan gimnasium, kolam renang dan sauna untuk para pengunjung dan jika tekak anda inginkan sesuatu yang lain dari yang lain, anda boleh mencuba masakan Itali di hotel ini yang diberi nama The Ristorante Beccari Italian restaurant, Aurora Court, Seattle Coffee & Tea and La Havana Cigar Divan.


Alamat: Jalan Tun Abang Hj Openg, Taman Budaya, 93000 Kuching, Sarawak

Harga: Bermula dari RM115/malam


Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.merdekapalace.com/ 


Hotel The Waterfront Hotel Kuching  





Dan yang terakhir sekali, anda boleh singgah menginap di The Waterfront Hotel Kuching. Hotel ini menantikan para pengunjung dengan hiasan biliknya yang kemas lagi moden. Jika anda bernasib baik, anda akan diberi bilik yang memperlihatkan kota Kuching dan bilik yang dilengkapi dengan bath tub, Jika tidak, jangan risau kerana hotel ini mempunyai kolam renang infinity sambil anda boleh menjamu selera di 2 restoran hotel yang diberi nama Cafe Via Mare, yang menyediakan masakan sarapan pagi dan all-day dining, dan Kilig Bar-Lounge yang menyediakan minuman, kudap-kudapan dan persembahan dari live band yang lunak. Selain itu, hotel ini sangat hampir dengan Muzium Sarawak dan Kuching Waterfront.


Alamat: 68 Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching, Malaysia.

Harga: Bermula dari RM 236/ malam


Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://thewaterfrontkuching.com/ 



Jika anda inginkan penjimatan hebat, kami nak hadiahkan diskaun hebat khas untuk anda! Tekan sini sekarang!


Seronok tak senarai hotel di Sarawak kami di atas? Terbaik kan. Tapi kalau anda jenis nak tahu lebih banyak lagi mengenai penginapan-penginapan di Sarawak, anda boleh klik pada gambar di bawah ini untuk melihat senarai penuh tempat penginapan di Kuching, Sarawak.


Namun, di bawah ini kami dah kepilkan bersama artikel-artikel yang berkaitan dengan penginapan anda di Kuching Sarawak. Anda boleh tekan terus pada gambar untuk teruskan membaca ya!


34 Homestay Percutian di Kuching


Kalau anda datang secara berjemaah dan dalam bilangan yang ramai, kami syorkan anda untuk menginap di homestay. Lebih luas dan pastinya lebih selesa. Dan homestay yang kami senaraikan ini pun bukan calang-calang homestay tau. Homestay di Kuching yang semestinya berkualiti dan berhampiran dengan tempat-tempat tarikan di Kuching. Tekan pada gambar di atas untuk terus membaca homestay Kuching.


5 Top Resorts in Kuching



Jika anda seorang yang inginkan kelainan ketika bercuti, anda boleh menimbang untuk menginap di resort di Kuching. Artikel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris ini menyenaraikan 5 Resort terbaik di Kuching khas untuk anda. 


5 Hotels Near Waterfront Kuching


Satu lagi artikel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris ini memaparkan senarai hotel di sebuah tarikan yang tidak asing lagi di Kucing, iaitu Waterfront Kuching. Di Waterfront yang indah menghadap Sungai Sarawak ini mempunyai pelbagai tempat tarikan, muzium, masjid, tempat pemujaan, kedai-kedai dan pusat kraftangan tempatan. Anda jangan lupa untuk tekan terus gambar untuk ke artikel hotel berhampiran Waterfront Kuching.


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)