10 Konsep Cafe Unik di Kuching, Sarawak
Kepada sesiapa yang belum pernah jejak ke ibu kota Sarawak yang cantik ini, anda mungkin tidak berapa tahu akan hipster café di Kuching. Selain daripada menikmati alam semula jadi di sini, mengunjungi konsep café juga merupakan pilihan yang baik semasa bercuti di Kuching. Keunikan café ini pasti akan membuat anda berasa terkagum. Di bawah ialah 10 konsep café di Kuching.
Clans One Café
(Image via Getteaspoon)
(Image via kentfood)
Anda pasti dah tahu apa temanya jika anda ialah peminat setia Clash of Clans. Betul tu, café ini mengambil konsep daripada ‘mobile game’ yang popular ini. Anda dapat lihat kafe ini direka supaya nampak seperti alam COC dari segi reka bentuk perabotnya, wallpaper dan juga karpet rumput mereka. Hidangan mereka lebih kepada ala Barat dan menu utama mereka ialah baked BBQ lamb chop. Dengar pun dah tahu enak kan?
Masa Beroperasi:
Selasa – Ahad (12pm – 11pm)
Isnin tutup
Alamat: 381, Jalan Seng Goon Garden, Taman Seng Goon, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia. (Google Map)
Feast n Furious Café
(Image via tripadvisor)
(Image via tripadvisor)
Café ini seperti namanya, feast and furious. Masuknya café ini, anda akan tertarik dengan koleksi kereta, motorsikal lumba dan juga kereta formula 1 yang dipamerkan dengan teratur. Koleksi-koleksi ini bukan seperti kereta mainan yang anda lihat tetapi memang mengikut saiz betul automobil. Dengan ini, anda boleh mengambil peluang untuk bergambar dengan koleksi hebat ini termasuk kereta Ferrari. Mereka juga menghidangkan ala Barat dan juga makanan tempatan dengan jumlah yang pasti memuaskan perut anda.
Masa Beroperasi:
Isnin – Ahad (7.30pm – 11.30pm)
Alamat: 244, Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia. (Google Map)
Boardriders Café
(Image via cwfoodtravel)
(Image via cwfoodtravel)
Dalam kafe boardriders ini, anda seakan-akan dapat merasai suasana di laut tropical. Lampu kuning mereka membuat seluruh kafe seperti percutian di pantai dengan matahari yang cerah sekali. Menu mereka juga sepadan dengan tema dengan mengutamakan sandwich dan kentang goreng. Jadi, jangan sedih sangat kerana tidak dapat pergi ke Hawaii memandangkan kafe ini pun dapat memberi suasana yang lebih kurang sama.
Masa Beroperasi:
Isnin – Ahad (10am – 10pm)
Alamat: 88, Plaza Merdeka, Pearl Street, 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia. (Google Map)
Sukha Café
(Image via tripadvisor)
(Image via facebook)
Apa yang istimewa mengenai Sukha Café ialah mereka membawa anda balik ke kehidupan Era-90. Terdapat beberapa bahagian basikal lama yang dicantum atas siling kafe bersama dengan lampu hiasan. Mereka juga mempunyai radio zaman dulu dipamer atas rak dan almari kayu yang selalu digunakan oleh orang zaman dulu. Semua benda dalam café ini boleh dikatakan retro sekali. Jangan lupa mencuba menu buttermilk waffles mereka yang dimakan bersama ayam goreng berempah. Kerangupannya memang cukup-cukup rasa dan tidak terlalu berminyak.
Masa Beroperasi:
Isnin – Ahad (11am – 10.30pm)
Alamat: Ground Floor, Lot 11963, Block 16 Brighton Square, Jalan Song, 93350 Kuching, Malaysia. (Google Map)
The Museum Café & Shop
(Image via tripadvisor)
(Image via tripadvisor)
Tempat ini amat sesuai untuk anda minum petang di samping menikmati budaya tempatan. Café ini dipanggil museum café kerana anda dapat melihat buatan tangan tradisional orang Sarawak seperti pasu, barang hiasan perempuan dan lain-lain lagi. Kalau anda nak dapatkan buah tangan, mereka juga menjual patung-patung comel seperti orang utan dan proboscis monkey. Di sini, anda dapat merasai kopi bancuhan tempatan yang tersendiri dipadan dengan kuih tart. Museum café ini merupakan tempat yang sesuai untuk disinggah sebelum percutian Kuching anda tamat.
Masa Beroperasi:
Isnin – Ahad (9am – 6pm)
Alamat: No 96, Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak, Malaysia. (Google Map)
Rusty Bean & Batter
(Image via cwfoodtravel)
(Image via yingxinbelle)
Jangan terpedaya dengan namanya ‘rusty’, kerana café ini tidak ‘rusty’ seperti yang anda sangka. Reka bentuk dalaman kafe ini lebih kepada vintaj yang menyerupai rumah lama. Anda juga dapat lihat saluran-saluran paip bercantum di siling sebagai hiasan dan dinding partition di ruang makan. Mereka mengutamakan konsep yang riang dan gembira supaya anda akan berasa seperti berlepak di rumah sendiri.
Masa Beroperasi:
Isnin – Ahad (10am – 11pm)
Alamat: ST3 Shopping Mall, Jalan Simpang Tiga, Kampung Kenyalang Park, 93300 Kuching, Sarawak, Malaysia. (Google Map)
MYR 80.00 /night
MK Classico Café
(Image via cwfoodtravel)
(Image via kelynsmemories)
MK Classico sedikit berbeza berbanding dengan café lain di Kuching. Kaunter service mereka terletak di tingkat bawah manakala kawasan tempat duduk mereka kebanyakannya berada di tingkat atas. Tema mereka seiras dengan gambaran tempat minum bawah tanah yang anda selalu lihat dalam wayang Amerika. Dinding yang berbatu-bata, cahaya malap yang berwarna kuning dan lukisan dinding yang funky itu memang serasi sekali untuk tema café ini.
Masa Beroperasi:
Isnin – Ahad (5pm – 2am)
Alamat: 31, Jalan Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia. (Google Map)
Earthlings Coffee Workshop
(Image via sinplays)
(Image via igomakan)
Tempat ini bagaikan syurga kepada anda yang gemar meminum kopi. Sebelum tu, menu mereka hanya termasuk pencuci mulut seperti kek, kopi dan minuman ringan lain. Mereka amat menitikberatkan minuman kopi mereka kerana mereka menggunakan biji kopi yang dipanggang sendiri dan memastikan bahan buatan kopi yang berkualiti diimport dari negeri seperti Amerika Selatan, Ethiopia dan Indonesia. Apatah lagi, barista mereka telah menjalani latihan internasional dan berijazah dalam pakar tersebut. Jika anda berpeluang datang ke cafe ini, cubalah bancuhan istimewa buatan sendiri mereka bernama the Darklings, Dark Matter and Red Earth.
Masa Beroperasi:
Ahad – Rabu (10am – 11.30pm)
Khamis – Sabtu (10am – 12.30pm)
Alamat: Lot 45, CityOne Megamall No. 1, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia. (Google Map)
Fullhouse
(Image via Getteaspoon)
(Image via Getteaspoon)
Tema warna putih dan perabot yang berkonsep vintaj memang membuatkan seluruh suasana café kelihatan suci dan terapi. Saya percaya ramai gadis yang akan tertarik dengan kecantikan reka bentuk café ini. Menu mereka termasuk ala Barat dan Asia yang membukakan banyak jenis pilihan makanan untuk anda. Sekiranya anda tidak pasti apa untuk pesan, boleh cuba hidangan istimewa mereka seperti Chicken Chop dengan sos Black Pepper Raisin dan juga Nasi Ayam Penget.
Masa Beroperasi:
Isnin – Ahad (11am – 10pm)
Alamat: G37&G38 Ground Floor, CityOne Megamall Kuching, Malaysia 93350. (Google Map)
Destino De Expresso
(Image via cityone)
(Image via elly)
Anda pasti dapat mengenali café ini yang bertema Spanish dari namanya walaupun anda tidak fasih bahasa Espanyol. Perkataan ‘destino’ yang bermaksud takdir dipilih oleh pemilik café ini kerana dia percaya bahawa takdir akan membawa dua orang bersama di tempat yang istimewa. Oleh itu, anda dapat merasai suasana mesra dan selesa di café Spanish ini. Hidangan istimewa salad mereka yang mengandungi campuran sayuran bersama ebiko, smoked salmon, crabstick goreng dan juga sos bijan juga berbaloi untuk dicuba.
Masa Beroperasi:
Isnin – Ahad (10am – 10pm)
Alamat: G62, City One Megamall, No. 1, Jalan Song, Taman Phoning, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia. (Google Map)
Jika anda masih mencari tempat penginapan untuk percutian anda di Kuching, klik pada gambar di bawah untuk senarai hotel dan homestay di Kuching.