Anda sedang merancang percutian di Kuching, Sarawak untuk cuti yang akan datang? Bagaimana dengan itinerari anda setakat ini? Masih lagi merancang itinerari dan tempat penginapan untuk anda sekeluarga? Jom kita lihat tempat-tempat menarik di Kuching yang boleh anda lawat nanti. Mana tahu boleh kita set date untuk berjumpa dengan pakcik cool ni di Kampung Budaya Sarawak.
Sekarang, mari kita lihat 5 tempat unik yang patut anda lawati semasa di Kuching.
Kampung Budaya merupakan muzium hidup budaya. Ianya membawakan kepada anda cara hidup tradisii orang Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan budaya. Anda dapat lihat jenis pakaian tradisional, kraftangan, gaya hidup dan beberapa jenis kediaman etnik-etnik di Sarawak.
Kampung Budaya ini istimewa bukan sahaja kerana persembahan dan pameran budaya dan rumah-rumah tradisional, tetapi lokasinya di perkarangan kaki Gunung Santubong mampu menghidupkan suasana sebenar kehidupan etnik-etnik yang gaya hidupnya begitu dekat dengan alam semula jadi.
Taman Negara Kubah yang terletak di sebelah Barat Kuching merupakan tempat yang sesuai untuk pengunjung yang meminati percutian bertemakan alam semula jadi. Taman Negara Kubah merangkumi kawasan hutan dan pergunungan Banjaran Matang. Gunung Serapi, Gunung Selang dan Gunung Sendok adalah 3 gunung utama di sini.
Anda boleh mendaki dan trekking di trel-trel pendakian di sini. Antara trel yang disediakan adalah Trel Air Terjun, Trel Rayu, Trel Utama, Trel Selang, Trel Puncak, Palmetum dan Trel Belian. Flora dan fauna menarik seperti tupai, rusa dan burung-burung spesis asli Borneo boleh anda lihat di sepanjang trel-trel ini.
Taman Negara Bako terletak di timur laut dari bandar Kuching. Ianya bersaiz 16 kilometer persegi hutan-hutan pelbagai ekosistem seperti hutan pantai, hutan paya bakau dan lain-lain lagi.
Walaupun ianya adalah salah satu taman negara terkecil di Sarawak, namun ianya menempatkan jenis-jenis hutan utama di Borneo. Anda boleh tiba di kawasan pantai melalui hutan yang bertanah rata, dan sesuai untuk pengunjung yang tidak berapa meminati hutan berbukit. Paling menarik adalah Pulau Lakei, sebuah pulau kecil dengan pantai yang serba putih. Anda boleh ke pulau ini dengan menaiki bot.
Gua Angin
Gua Angin atau Wind Cave terletak 5km dari Pekan Bau, Kuching dan bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Ianya dinamakan sebagai Gua Angin kerana bentuknya sebagai sebuah terowong yang menjadi laluan angin keluar dan masuk.
Anda juga boleh melihat stalagtit dan stalagmit semula jadi yang telah terbentuk berjuta tahun yang lalu di dalam gua ini. Pengunjung di gua ini dinasihatkan untuk membawa lampu suluh kerana suasana yang amat gelap di dalam gua.
Pantai Damai
Seperti Taman Negara Bako, Pantai Damai terletaek di sebelah timur laut Kuching. Di sini, para pengunjung akan melawat Gunung Santubong yang mempunyai lagenda 2 puteri kayangan, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang.
Sejarah menceritakan bahawa Puteri Santubong telah dibunuh oleh Puteri Sejinjang akibat perasaan cemburu apabila rakyat lebih menyukai Puteri Santubong. Dengan itu, gunung it dinamakan Gunung Santubong. Selain itu, pengunjung boleh melawat Makam Sultan Tengah yang dikatakan sultan pertama dan terakhir Sarawak. Terdapat juga aktiviti sukan air yang boleh anda lakukan di Pantai Damai. Jadi boleh lah anda siapkan persalinan baju khas untuk bermandi-manda di pantai ini.
Itulah dia 5 tempat menarik yang boleh anda lawat semasa di Kuching. Dan jangan lupa untuk mencuba makanan laut, kek lapis Sarawak dan lawat muzium-muzium yang ada di bandar Kuching tau!
Untuk tempat penginapan anda sekeluarga pula, di sini kami senaraikan homestay-homestay di Kuching yang boleh anda sewa sepanjang percutian di sana.
Gunakan kod promosi kami ketika membuat tempahan untuk harga diskaun!
Jika anda mahukan lebih banyak pilihan tempat penginapan, klik pada gambar di bawah untuk senarai hotel dan homestay di Kuching.