Hotel Bintulu Featured Image

Hotel Bintulu

By [email protected] - Feb 11, 2019

Adakah anda sedang merancang percutian bersama rakan-rakan atau keluarga? Anda dah bosan asyik-asyik bercuti di tempat yang sama? Melaka? Banyak kali dah pergi. Langkawi? Dah boleh hafal nama-nama pantai kat sana. Wah, okay. Apa kata kalau kami cadangkan anda untuk bercuti di Sarawak, atau lebih spesifik lagi, jom kita pergi bercuti di Bintulu. Bukan biasa-biasa tau bercuti di Bintulu ni. Kami akan terangkan mengapa Bintulu seharusnya dijadikan destinasi anda yang seterusnya dan sambil tu layari senarai hotel Bintulu kami khas untuk anda!


Untuk pengetahuan anda, Bintulu dahulunya diperintah di bawah Kesultanan Brunei. Walaubagaimanapun, Bintulu kemudiannya diserahkan kepada Sir James Brooke, seorang penjajah Inggeris yang juga merangkap sebagai Raja Pertama Sarawak pada tahun 1841 dan seterusnya Bintulu menjadi sebahagian daripada Sarawak. Lokasi Bintulu berdekatan dengan Brunei dan Bintulu memainkan peranan yang penting dalam sejarah demokrasi di Sarawak kerana Bintulu menjadi tempat perjumpaan pertama bagi Perhimpunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.


Kalau anda nak tahu, Bintulu terdapat pelbagai tempat tarikan dan aktiviti menarik untuk dilakukan. Kami akan persiapkan anda mengenai Bintulu, jadi, bila tiba masanya untuk anda bercuti di Bintulu, anda dah jadi macam penduduk tempatan Bintulu, macam-macam anda dah tahu. Antara cadangan tempat yang menarik yang anda boleh lakukan di Bintulu adalah seperti melawat Taman-Taman Negara di sini seperti Taman Tumbina, Taman Negara Niah, Taman Negara Similajau, Bintulu Waterfront, Kuil Tua Pek Kong dan banyak lagi.


Jika anda seorang yang suka dengan kehijauan flora dan fauna, Bintulu merupakan destinasi yang tepat untuk anda. Anda boleh melapangkan masa untuk melawat Taman Negara Niah, Taman Negara Similajau dan Taman Tubina. Taman Negara Niah merupakan rumah kepada sebuah gua yang hebat di Sarawak iaitu Gua Niah. Taman Negara Niah ini terletak lebih 400 km dari Kuching. Taman Negara Similajau terletak 45 minit dari Bintulu mempunyai sebuah kawasan pantai yang paling cantik di Malaysia dengan pasir putih bersih yang belum tercemar dan pantai berbatu yang menghadap Laut China Selatan. Di dalam Taman Negara ini juga, terdapat 24 spesis mamalia yang direkodkan seperti ungka, langur berbelang dan kera ekor panjang. Satu reptilia penting yang ditemui di sini adalah Buaya Air Tawar. Seronok kan dapat menghabiskan masa di Taman-Taman Negara ini sambil tu dapat menghayati keindahan alam sambil tu dapat tambahkan ilmu pengetahuan.


Bercakap mengenai menambahkan ilmu pengetahuan, anda juga boleh mempelajari hasil tinggalan sejarah di sini dengan melawat Menara Jam Bintulu. Menara Jam Bintulu adalah mercu tanda yang paling popular di Sarawak. Ia merupakan Tugu Dewan Undangan Negeri, iaitu tempat persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak. Diabadikan menjadi sebuah tugu yang melambangkan tempat persidangan yang pertama dan tertua di Malaysia pada tahun 1867. Anda jangan lupa untuk berposing di sini dan ambil gambar untuk dijadikan kenang-kenangan. Selain itu, anda juga boleh meluang masa dan menghayati seni bina Kuil Tua Pek Kong yang menghadap Bintulu Esplanade dan Sungai Kamena. 


Tapi kalau anda nak menyejukkan badan dan mata, anda boleh singgah di pusat membeli-belah di sekitar Bintulu. Dapatlah anda menjamu mata anda dengan window shopping di sekitar Bintulu Commerce Square Mall, Park City Mall dan Times Square Megamall. 


Dah penat seharian meluangkan masa di luar, mestinya anda tercari-cari tempat untuk bermalam dan berehat bukan? Seperti yang kami maklumkan di atas, jom sama-sama lihat senarai hotel Bintulu khas untuk anda sekarang!


Dapatkan penjimatan eksklusif ketika anda menempah dengan kami di sini sekarang!



Jika anda rasa tak puas membaca senarai hotel Bintulu kami di atas, anda boleh tekan terus pada gambar di atas ini untuk melihat senarai lengkap tempat penginapan yang kami tawarkan di Sarawak. Namun, teruskan membaca artikel-artikel kami di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tempat penginapan menarik di sekitar Bintulu dan Kuching khas untuk anda yang sedang merancang percutian anda. Jom kita sambung baca!


Homestay Terbaik Bintulu



Kalau anda rasa hotel Bintulu tidak cukup untuk menampung anda yang datang dalam jumlah yang ramai, kami sarankan anda untuk menempah homestay terbaik Bintulu. Homestay yang kami pilih ini sangat selesa dan berhampiran dengan tempat tarikan di sekitar Bintulu. Selain itu, di dalam artikel ini juga kami ada senaraikan tempat-tempat tarikan dan aktiviti menarik yang perlu anda kunjungi dan lakukan ketika di Bintulu. Klik gambar di atas untuk teruskan membaca ya.


34 Homestay Percutian di Kuching


Jika anda nak tukar angin, anda boleh bercuti dari Bintulu ke Kuching pula. Artikel ini kami menyenaraikan homestay percutian Kuching yang hampir dengan tempat-tempat tarikan di Ibu Kota Sarawak. Antara tempat tarikan yang hampir dari homestay yang kami senaraikan adalah seperti Gua Angin, Kampung Budaya Sarawak, dan banyak lagi. 


Hotel Di Kuching


Bercakap mengenai Kuching, jika anda nak merasakan untuk menginap di hotel, tak usah risau. Sebab anda boleh tekan terus pada gambar di atas ini untuk melihat senarai hotel di Kuching yang kami tawarkan. Harga berpatutan, bersesuaian dengan servis yang diberikan, kemudahan bilik dan hotel dan lokasinya yang menarik dan mudah untuk ke mana-mana. 


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)