5 Homestay Taiping Perak Yang Selesa Dan Menarik
Baru-baru ini negara Malaysia dikejutkan dengan satu berita gembira yang tidak disangka-sangka. Taiping telah dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik di dunia dalam katergori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik pada satu majlis Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2018 di Berlin. Pastinya Taiping mempunyai keunikan yang tersendiri dan syabas kepada penduduk dan komuniti Taiping yang berjaya menaikkan nama Taiping seterusnya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Taiping yang juga dikenali sebagai bandar Warisan menjadikan ianya unik dan menjadi salah satu destinasi terpilih untuk percutian kerana di situ terletaknya tempat-tempat menarik seperti Taman Tasik Taiping, Kota Ngah Ibrahim, Bukit Larut, Menara Jam Besar Taiping dan banyak lagi. Tempat-tempat ini tersimpan seribu satu rahsia, pastinya anda tidak akan menyesal berkunjung ke sini.
Untuk percutian anda ke Taiping kali ini, adakah anda masih sedang sibuk mencari homestay di Taiping Perak, namun masih tidak jumpa yang sesuai? Jangan risau, di sini kami senaraikan 5 homestay Taiping Perak yang selesa dan menarik.
Fahaz Taiping Homestay
Terletak di Taman Kamunting Mutiara, Fahaz Taiping Homestay ini merupakan homestay rumah teres yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air lengkap dengan penghawa dingin yang menjanjikan keselesaan buat anda dan keluarga. Kemudahan memasak juga turut disediakan, boleh lah anda menyediakan sarapan atau makan tengah hari ringkas sebelum bergerak ke tempat-tempat menarik di Taiping yang sudah dirancang!
Alamat: Lorong KM 12, Taman Kamunting Mutiara, 34600 Kamunting, Perak
Harga: Bermula dari RM 210/ malam
Bilangan Tetamu: 7 orang
Alifalifa Homestay
Homestay 2 tingkat yang terletak di Taman Jana Utama Kamunting ini sesuai dijadikan pilihan penginapan untuk anda sekiranya mempunyai bilangan ahli yang tidak melebihi 10 orang. Mempunyai 4 bilik tidur, lengkap dengan kelengkapan katil dan tilam yang selesa, serta berpenghawa dingin. Bantal dan toto extra juga ada disediakan, jadi tidak perlu risau jika tidak dapat tidur dalam bilik ya!
Ruang tamu yang luas, ruang parking yang boleh memuatkan 2 buah kereta, serta dapur yang lengkap dengan peralatan memasak mampu menjamin keselesaan anda ketika menginap di sini.
Alamat: Lorong Utama 2, Taman Jana Utama, 34600 Kamunting, Perak
Harga: Bermula dari RM 200/ malam
Bilangan Tetamu: 9 orang
Noble Guest House @ Taiping Lake Garden
Noble Guest House ini merupakan homestay yang terletak betul-betul berdekatan dengan Taman Tasik Taiping, hanya mengambil masa 1 minit berjalan kaki sahaja. Wah! Pasti nya anda rasa tidak sabar untuk membuat tempahan di homestay ini kan?
Tetapi, Noble Guest House ini hanya dibenarkan untuk pengunjung yang ingin menginap sekurang-kurangnya 2 malam sahaja. Memang tidak cukup sehari jika bercuti di Taiping ini, jadi anda tidak perlu risau dengan syarat ini ya!
Alamat: Pearl Apartment, Jalan Samanea Saman, 34000 Taiping, Perak
Harga: Bermula dari RM 250/ malam
Bilangan Tetamu: 6 orang
MYR 0.00 /night
Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda.
Tajsri Guesthouse
Tajsri Guesthouse ini terletak beredekatan dengan Bandar Taiping. Oleh sebab itu, harga penginapan untuk satu malam di homestay ini agak mahal sedikit berbanding dengan homestay yang lain. Namun, anda tidak perlu risau dengan harga penginapan kerana ianya masih lagi dalam kategori jimat dan berpatutan.
Homestay teres satu tingkat ini mampu memuatkan sehingga 10 orang tetamu dengan selesa, dan kawasan tempat letak kereta boleh memuatkan 2 buah kereta dengan pagar bertutup. Ketiga-tiga bilik disediakan bilik air private. Untuk semua kelebihan yang ada di homestay ini, pasti membuatkan anda tidak akan menyesal jika anda memilih untuk menginap di sini.
Alamat: Taman Long Jaafar Fasa 3, 34000 Taiping, Perak.
Harga: Bermula dari RM 300/ malam
Bilangan Tetamu: 10 orang
AK Homestay Kamunting
Jika dilihat dari reka bentuk luaran AK Homestay Kamuting, homestay ini dibina khas dengan konsep ala-ala kampung. Jika anda ingin merasakan percutian dan suasana rumah kampung di Taiping, homestay ini sesuai dijadikan pilihan utama untuk percutian anda.
Dengan reka bentuk kayu, mempunyai keunikan asli yang tersendiri, homestay ini menghadap bukit yang pastinya menjanjikan keindahan alam semula jadi. Anda akan merasakan cuaca yang agak sejuk pada waktu siang mahupun pada waktu malam. Boleh memuatkan sehingga 16 orang tetamu dengan 4 buah bilik tidur.
Alamat: RKT Pekan Kamunting Lama, Lorong 3, 34600 Kamunting , Perak
Harga: Bermula dari RM 700/ malam
Bilangan Tetamu: 16 orang
Hmmm.... Masih belum jumpa homestay yang sesuai untuk percutian anda di Taiping? Jangan risau! Ada banyak lagi homestay yang tidak tersenarai di atas tetapi mampu menarik perhatian anda. Klik gambar di bawah untuk lihat lebih lanjut.