Senarai Lengkap 29 Homestay Terbaik Ipoh
Sedang mengimpikan percutian terbaik di Malaysia? Tapi masih bingung tidak tahu destinasi mana nak dituju? Melaka? Cameron Highlands? Johor? Langkawi? Aggghhh.
Okay, jangan pening-pening. Apa kata kami cadangkan anda untuk bercuti di Ipoh? Nah, di bawah ini kami akan senaraikan sebab mengapa anda perlu melawat Ipoh dan juga senarai lengkap 29 homestay terbaik di Ipoh khas untuk anda!
Ipoh merupakan ibu kota negeri Perak, Malaysia yang terletak di Sungai Kinta, hampir 180 km dari utara Kuala Lumpur dan 123 km di tenggara GeorgeTown, Pulau Pinang. Ipoh merupakan bandar ketiga terbesar di Malaysia dengan jumlah penduduk sebanyak hampir 700.000 orang.
Ipoh pada asalnya merupakan sebuah kampung yang berkembang pesat pada tahun 1880-an setelah deposit besar timah ditemui di kawasan ini. Namun kini, sungguh giat usaha yang dijalankan kerajaan untuk membangunkan dan memajukan Ipoh sebagai destinasi pelancongan. Usaha untuk memulihara seni bina hasil peninggalan jajahan zaman kolonial British juga amat memberansangkan.
Ipoh terkenal dengan masakan dan tarikan alam semulajadi seperti bukit batu kapur dan gua di mana kuil-kuil Buddha dibina. Sam Poh Tong dan Kek Lok Tong adalah tokong dalam gua batu kapur yang terkenal. Tentu ramai yang tertanya-tanya macam mana ya nak akses masuk ke kuil-kuil ini? Anda boleh mengakses melalui kawasan perumahan Gunung Rapat. Kuih ini mempunyai persekitaran yang bersih, tenang dan sejuk, sangat sesuai untuk penganut untuk datang bermeditasi dan beribadat. Terdapat juga kuil-kuil batu kapur lain di Ipoh seperti Ling Sen Tong, Nan Tian Tong, Kwan Yin Tong dan Perak Tong.
Di Ipoh juga terletaknya Gua Tempurung yang gah. Gua ini dibuka untuk orang awam dan sangat popular untuk dikunjungi. Panjang gua ini adalah lebih dari 3 km, membuatkan gua ini sebagai salah satu gua yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Sebahagian daripadanya telah dibangunkan dengan pencahayaan elektrik dan laluan pejalan kaki, dan terdapat lawatan dari pelbagai panjang dan kesukaran.
Bercakap mengenai masakan, Lonely Planet menamakan Ipoh sebagai Bandar Dengan Masakan yang Kurang Dikenali. Walaupun kurang dikenali, masakannya sangat sedap dan resepinya dipelihara sejak turun temurun lagi tanpa apa-apa penambahan atau pengurangan. Antara makanan yang mesti anda cuba dan jangan lepaskan di Ipoh adalah seperti Sar Hor Fun, iaitu hidangan nasi dengan udang, daging, ikan dan sayuran bersama sos yang enak. Hor Mee pula adalah mi beras putih rata yang dihidang dengan kek ikan atau dengan bebola ikan, Nga Choi Kai, ayam dengan kicap dan dihidangkan dengan kekacang bertimun di atasnya bersama lada. Kai Shi Hor Fun pula adalah mee beras dengan ayam, Hakka Mee pula adalah mee beras kuning yang dihidangkan dengan sos babi. Selain itu, makanan Ipoh yang terkenal juga adalah Nasi Ayam, Nasi Kandar, Funny Mountain Soya Bean, Tau Fu Fa, dan banyak lagi.
Ipoh juga terkenal dengan Ipoh White Coffee dimana biji kopi dipanggang dengan marjerin sawit dan kopi dan dihidangkan dengan susu pekat. Selain itu, Ipoh juga terkenal dengan hasil buah-buahan segar seperti Pomelo, Durian dan jambu hijau.
Selain itu, antara sebab tarikan semula jadi dan makanan yang sedap dari zaman nenek moyang, anda perlu datang Ipoh bersama rakan-rakan atau keluarga anda kerana Ipoh mempunyai dua taman tema yang popular seperti Lost World of Tambun dan juga MAPS.
Oh ya, untuk pengetahuan anda, Ipoh berjaya mengekalkan reputasinya sebagai salah satu bandar paling bersih di Malaysia tau! Dan juga, Ipoh diiktiraf oleh pelbagai agensi pelancongan dan agensi rasmi sebagai Hipster Capital of Malaysia. Haa, tepuk la sikit!
Mesti anda letih kan dah jalan jalan cari makan seharian dan melawat kawasan tarikan pelancongan di Ipoh. Seperti yang kami janjikan, di bawah ini kami senaraikan 29 homestay terbaik di Ipoh lengkap dengan gambar dan harga.
MYR 228.00 /night
MYR 420.00 /night
MYR 190.00 /night
MYR 300.00 /night
MYR 70.00 /night
Tak puas dengan senarai homestay di Ipoh yang kami berikan di atas? Jangan khuatir, klik saja pada gambar di atas untuk mendapatkan senarai lengkap penginapan di Ipoh, sekarang! Di bawah ini pula kami dah senaraikan homestay dan hotel di Ipoh mengikut kategori dan tempat tarikan best di Ipoh. Jom lihat!
Senarai Homestay Murah Ipoh Bawah RM300
Kalau sebut pasal Ipoh, pasti terngiang-ngiang lagu Ipoh Mali dari Point Blanc dan Jaclyn Victor. Haa kali ini kami nak bawakan anda bercuti di Ipoh, Namun, apa yang seronok sangat untuk anda kunjungi di sini? Tentulah makanan sedap, bangunan tinggalan zaman kolonial dan tentunya homestay yang murah di Ipoh!