Hotel di Ipoh Perak - Murah dan Selesa
Pernah tak anda impikan sebuah percutian yang menarik, tidak membosankan dan rare? Biasa kalau bercuti, mesti sebab nak shopping, melawat tempat bersejarah, cari makan yang sedap-sedap dan apa lagi?
Tahu tak bahawa anda boleh dapat lebih dari itu kalau pergi bercuti di Ipoh, Perak sebenarnya. Terdapat banyak tempat menarik di Ipoh dan aktiviti yang pastinya bakal menarik minat anda dan menjadikan percutian di Ipoh kali ini lebih berbeza dengan pengalaman bercuti anda di tempat yang lain.
Salah satu aktiviti yang boleh anda jadikan percutian di Ipoh sebagai sesuatu yang menarik adalah dengan meneroka Gua Tempurung dan Taman Rekreasi Gunung Lang. Yang seronoknya, aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan, di samping anda menikmati keindahan alam semula jadi.
Jadi, tunggu apa lagi? Buat tempahan hotel di Ipoh dan nikmati percutian anda!
Hotel Seri Malaysia Ipoh
Hotel Seri Malaysia Ipoh terletak di lokasi strategik bersebelahan Ipoh Turf Club, di tengah Bandaraya Ipoh. Ini memudahkan pengunjung melawat ke tempat-tempat menarik yang lain. Hotel ini dilengkapi kemudahan moden dan memberikan perkhidmatan pelanggan berkualiti dan amat memuaskan, dengan kemudahan kolam renang, bilik seminar dan kafe.
Alamat: 10406, Jalan Sturrock, Off Jalan Tambun, 30350 Ipoh, Perak
Harga: Bermula dari RM 168.00 satu malam
Laman Web: Hotel Seri Malaysia Ipoh
Sun Inns Hotel Sunway City Ipoh
Sun Inns Hotel Sunway City Ipoh, terletak kira-kira 1 km jarak ke taman tema air yang popular di Ipoh iaitu Lost World Of Tambun, pusat perniagaan Sunwat City Ipoh dan Sunway College Ipoh. Untuk ke bandar Utama Ipoh pula hanya mengambil masa 15 minit perjalanan sahaja dengan menggunakan pacuan empat roda.
Menyediakan lebih dari 5 pilihan jenis bilik sama ada dengan tingkap atau tanpa tingkap, dilengkapi dengan penghawa dingin, Televisyen, tuala mandi dan lain-lain kemudaha utama. Salah satu hotel bajet di Ipoh, dengan harga yang murah namun mampu memberi keselesaan buat pengunjung.
Alamat: Jalan SC1 1/3, Sunway City Ipoh, 31550 Ipoh, Perak
Harga: Bermula dari RM 80.00 satu malam
Laman Web: Sun Inns Hotel Sunway City Ipoh
Hotel Shangg
Terletak di Bandar Kolonial Ipoh, Hotel Shang dilengkapi dengan kemudahan asaa untuk pengunjung menginap di hotel ini, menyediakan bilik dan perabot sederhana, dengan harga yang sangat berpatutan untuk kedudukannya yang berdepan dengan jalan utama, memudahkan pengunjung untuk akses keluar dan masuk ke tempat-tempat menarik seperti Town Hall Ipoh
Alamat: Jalan Leong Boon Sweem Taman Taiping, 31265 Ipoh, Perak
Harga: Bermula dari RM 80.00 satu malam
Laman Web: Hotel Shangg
MYR 99.00 /night
MYR 110.00 /night
MYR 190.00 /night
Mesti anda rasa tidak sabar untuk menikmati keindahan Ipoh bukan? Cepat-cepat pilih tarikh yang sesuai untuk percutian anda, dan buat pilihan yang tepat untuk penginapan. Jika anda bercuti dalam jumlah yang ramai, dan lebih memilih homestay untuk menginap, kami ada lebih banyak pilihan untuk anda!