Homestay Terbaik di Gambang
Haa, bila disebut nama Gambang, mesti dah teringat pada Gambang Water Park, kan? Kalau anak-anak anda tahu yang anda sedang merancang bercuti ke sana, dah terbayang dah dalam kepala mereka gelongsor air yang tinggi dan kolam air yang serba meriah. Tapi, kalau anda datang dengan bilangan keluarga yang ramai, sudah tentu anda perlu tinggal di Homestay bukan? Jom sambil tu lihat senarai Homestay Terbaik Gambang sambil tu lihat sebab anda untuk tinggal di Gambang.
Gambang ni bukan ada Water Park sahaja tau. Di sini terdapat juga tempat-tempat lain yang akan memberikan sebab untuk anda tinggal beberapa hari di Gambang.
Bukit Gambang Water Park
Bukit Gambang Water Park merupakan antara taman tema air terbaik di Malaysia. Ianya telah dianugerahkan ''Best large water park'' oleh Malaysian Association of Amusement Theme Park & Family Attractions (MAATFA). Terdapat pelbagai jenis kolam permainan dan gelongsor air seperti Tree Top HIll, 6-Lane Racer, Family Raft Ride, Crystal, Galaxy & Canopy Slides, Coco Beach, Wave Pool & Lagoon, Penguin Island, Kids Slide, Kids Splash Pool, Aduit Leisure Pool, Aqua Play, Glacier River- Journey of Ice, Garden Terrace, Lake View Terrace dan Telematch Pool.
Di sini juga terdapat kemudahan surau, bilik mandi, locker dan kedai cenderamata. Tiket boleh didapati dengan harga RM23 untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun dan RM33 untuk orang dewa berumur 13 ke 59 tahun. Tiket untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas pula berharga RM23.
Lokasi:
Bukit Gambang Safari Park
Bukit Gambang Safari Park membawakan kepada anda pengalaman melihat haiwan liar dengan lebih dekat lagi. Anda boleh menaiki trem yang berhawa dingin untuk memasuki kawasan habitat haiwan liar seperti harimau, badak air, singa, harimau bintang, kerbau, kuda belang dan burung unta. Trip menaiki trem ini menjadi kesukaan kanak-kanak kerana mereka dapat melihat haiwan-haiwan ini berlegar dekat dengan mereka di dalam trem.
Anda juga boleh menaiki ATV ataupun all-terrain vehicle untuk merasai berada lebih dekat dengan hidupan liar di sini. Antara haiwan yang anda boleh lihat sambil memandu ATV ialah kerbau, llama, unta dan juga kandang-kangan buaya, gajah dan burung unta. Pengalaman lain yang harus anda cuba ialah makan di restoran sambil ditemani singa putih di Simba Hill Gourmet Hall.
Lokasi:
Selain daripada 2 taman tema ini, Gambang pada asalnya dibentuk sebagai satu kawasan pendidikan, Educity untuk menempatkan institusi-institusi pengajian tinggi. Berikut adalah beberapa IPT , kolej dan sekolah di Gambang. Mana tahu anak-anak atau adik-beradik yang lebih muda dari anda ada yang menuntut di sana, nanti boleh lah anda singgah dan berjalan-jalan di Gambang sambil melawat atau menghadiri majlis konvokesyen mereka.
- Universiti Malaysia Pahang Kampus Gambang
- Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gambang
- Sekolah Sukan Malaysia Pahang
MYR 190.00 /night
Gunakan kod promosi kami untuk harga tempahan lebih murah!
Jika anda bercadang untuk ke Kuantan pula setelah beberapa hari di Gambang, klik pada gambar di bawah untuk tempat penginapan terbaik di Kuantan.
Kami juga menyediakan beberapa artikel untuk anda mencari inspirasi tempat bercuti di Kuantan pada masa akan datang. Dapatkan tempat penginapan yang memberikan pengalaman percutian terbaik kepada anda sekeluarga.
Hotel di Kuantan Ada Swimming Pool
Jika anda dan keluarga anda suka meluangkan masa bersama di kolam renang, boleh lah anda dapatkan senarai hotel ada swimming pool di Kuantan pada artikel ini.
Setelah anda puas berjalan membeli-belah dan mencuba tempat-tempat makan menarik di bandar Kuantan, pasti ada yang ingin berehat-rehat sahaja di hotel. Untuk mengelakkan rasa bosan, bolehlah anda sekeluarga bermandi-mandi di kolam renang hotel. Inilah peluang untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama ahli keluarga anda.
15 Homestay Tepi Pantai di Kuantan
Kuantan terkenal sebagai bandar yang terletak berdekatan dengan pantai. Pantai Teluk Cempedak adalah pantai yang terdekat dengan bandar Kuantan. Pasir pantainya serba putih dan terdapat hutan hijau di kawasan sekeliling.
Terdapat kemudahan infrastruktur ntuk para pengunjung seperti jambatan khas untuk menyusuri sepanjang persisiran pantai, surau, tandas, hotel, restoran dan gerai-gerai di tepi pantai. Luangkan masa dengan keluarga bersiar-siar dan berkelah di tepi pantai di Kuantan apabila anda singgah di Kuantan. Dapatkan senarai homestay tepi pantai, Kuantan pada artikel ini.