3 Hotel Murah di Kuantan
Anda sedang mengemaskini akaun-akaun kewangan dan bajet bulanan anda sementara tibanya bulan baru untuk tahun ini? Kami yakin anda adalah seorang yang bijak berbelanja dan menguruskan kewangan anda.
Dan sudah tentu anda akan mengasingkan sejumlah bajet untuk anda bercuti, jika tidak ke luar negara, anda masih akan bercuti di dalam negara. Anda seorang yang rajin bekerja tapi dalam masa yang sama, anda tetapkan masa dan bajet untuk merehatkan minda anda dari kerja. Bak kata mat saleh, Work hard, play hard kan?
Sun Inns Hotel Kuantan
Sun Inns Hotel Kuantan adalah rest house milik rangkaian Sun Inns Hotel. Ianya terdiri daripada 5 buah rumah teres dua tingkat di mana setiap disewakan kepada penginap solo atau berkeluarga. Setiap bilik dilengkapi penghawa dingin, TV dan peti sejuk.
Lokasi hotel ini berdekatan dengan tempat-tempat menarik seperti Masjid Sultan Ahmad Shah, Teluk Chempedak, Kuantan Centre Point, East Coast Mall, Berjaya Megamall dan La Casa Kuantan Restaurant. Anda juga boleh ke Bukit Gambang Resort City, Water Park dan Rainbow Fall Sungai Lembing yang berjarak lebih 36 km dari hotel ini.
Alamat: 13, 15, 17, 19 and 21, Lorong Bukit Ubi 63, 25000 Kuantan, Pahang
Harga: dari RM65/malam
Sri Manja Boutique Hotel
Sri Manja Boutique Hotel terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Hotel ini sesuai untuk pengunjung yang ingin meluangkan lebih masa di kawasan sekitar bandar Kuantan. Ia menyediakan bilik berhawa dingin, TV, dan kemudahan kolam renang dan in-room dining dan express lunch. Lokasi hotel ini berdekatan dengan bandar Kuantan, Teluk Cempedak, Gebeng Industrial Park, Sungai Lembing dan Cherating.
Alamat: B2-34, Jalan IM 7/1, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Harga: dari RM128/malam
Hotel Seri Malaysia Kuantan
Hotel Seri Malaysia Kuantan adalah antara hotel terbaik di Kuantan yang menawarkan harga berpatutan. Ianya menyediakan bilik berhawa dingin, TV, kemudahan petikeselamtan dan kolam renang untuk para penginap. Lokasi hotel ni berhampiran dengan River Cruise Kuantan, Figures Museum, Zoo Teruntum dan Pantai Teluk Chempedak.
Dapatkan lebih penjimatan harga untuk penginapan anda di Kuantan. Gunakan kod promosi kami untuk tempahan di LetsGoHoliday.my
Mahu lihat lebih banyak pilihan tempat penginapan di Kuantan? Klik gambar di bawah untuk senarai hotel dan homestay terbaik untuk percutian anda.