25 Homestay Unik Di Malaysia Sesuai Untuk Family Day (Beserta Kolam Renang) Featured Image

25 Homestay Unik Di Malaysia Sesuai Untuk Family Day (Beserta Kolam Renang)

By Hani - Apr 17, 2019 (Last Updated Jul 03, 2023)

Bila nak cuti sekolah je dah mulalah anda dan keluarga anda sibuk mencari destinasi percutian yang menyeronokkan. Lebih best lagi bila sanak saudara, pak long, atuk dan nenek semua nak join sama. Tapi, pening nak cari destinasi dan homestay yang boleh muat keluarga besar sekaligus. Lagi pening bila anak-anak menjerit nak mandi kolam renang seperti di hotel. Kalau nak tempah hotel untuk Family Day anda habislah lari bajet! Aduh, pening nya!




Tak usah pening-pening. Di bawah ini kami dah siap-siap senaraikan pada anda homestay yang unik di seluruh Malaysia yang sesuai untuk anda mengadakan Family Day siap dengan kolam renang sekali tau! Sekarang ni, pengusaha homestay dah maju setapak kehadapan dengan menyediakan homestay mereka setanding dan semewah hotel tau! Jom lihat 25 homestay unik di Malaysia sesuai untuk Family Day beserta kolam renang di bawah ini. Tempah cepat-cepat tau sebab homestay-homestay unik ni laju disambar keluarga lain yang nak buat Family Day juga.


Melaka


1. D'Faro 812 Villa 

D'Faro 812 Villa Gallery Photos

D'Faro 812 Villa ini terletak di A Famosa Villa dan dilengkapi dengan kolam renang, mempunyai 4 bilik tidur yang boleh menampung 12 orang dan ruang tamu yang berhawa dingin. Selain itu, 'BBQ grill' juga disediakan dan kayu arang untuk bbq boleh didapatkan daripada pengurus villa dengan harga RM15 untuk 3kg ataupun para tetamu juga boleh membawa kayu arang sendiri. Villa ini hanya terbuka kepada muslim sahaja. 

Alamat                      :  A'Famosa Resort, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Harga                        :  Dari RM680/malam

Bilangan Tetamu   :  20 (maksimum) 

Bilik Tidur                :  4


Tempah Sekarang!  


2. Hornbill Villa

Hornbill Villa juga terletak di A'Famosa Resort, Alor Gajah. Homestay yang boleh memuatkan sehingga 10 tetamu ini didatangkan dengan private pool  dan perkakasan BBQ untuk pengunjung yang menginap di sini. Boleh lah anda dan family atau kawan-kawan berseronok di sini ya! 


Alamat                      :  Villa d'amour, A'Famosa Resort, 78000 Alor Gajah, Melaka

Harga                        :  Dari RM500/malam

Bilangan Tetamu   : 10

Bilik Tidur                :  3


 Tempah Sekarang! 


3. The Skillion @ Umbai Melaka

The Skillion @ Umbai Melaka Gallery Photos

Tengok gambar je pon dah buat rasa teruja untuk bercuti di sini! The Skillion @ Umbai Melaka merupakan salah satu homestay bungalow yang besar di Merlimau dan boleh memuatkan sehingga 38 orang dewasa. Besar kan? Lengkap dengan peralatan rumah, kelengkapan bilik dan dapur, The Skillion @ Umbai Melaka pastinya membuatkan percutian anda berbaloi. 

The Skillion @ Umbai Melaka juga popular untuk menjadi tempat event untuk wedding, family dan dan sebagainya. Ianya juga hanya 3 minute drive ke Medan Ikan Bakar di Merlimau. Best sangat!

Alamat                      :  4484, Jalan Melaka, Kampung Tengah, 77300 Merlimau, Melaka

Harga                        :  Dari RM2000/malam

Bilangan Tetamu   : 38 

Bilik Tidur                : 6


 Tempah Sekarang! 


4. Kainsal Guesthouse Melaka

Kalau lihat dari luar, homestay ini nampak hambar seperti gudang atau kubu, tapi jangan tercengang kalau anda masuk ke dalam rumah! KainSal Guesthouse Melaka terletak di Bukit Katil, kira-kira 15 minit untuk tiba ke Banda Hilir. Homestay ini menawarkan rumah yang berhawa dingin, wifi percuma di sekeliling rumah, kolam renang persendirian, halaman yang indah dan set peralatan BBQ untuk anda dan keluarga anda mengadakan aktiviti BBQ di malam hari.

Selain itu, homestay ini mempunyai 6 bilik tidur dan 7 tandas, sesuai untuk 20 tetamu dalam satu masa. Kesemua bilik mempunyai TV, tandas persendirian dan pengering rambut. Lokasi homestay ini strategik kerana ianya berada di tengah-tengah di antara Alor Gajah, A'Famosa Resort, Banda Hilir, Jonker Street dan Ayer Keroh.


Alamat                      :  3072, Jalan Wakaf, Kg Tun Abd Razak Fasa 2, 75450 Bukit Katil, Melaka.

Harga                        :  Dari RM1140/malam

Bilangan Tetamu   : 20 

Bilik Tidur                : 6


Tempah Sekarang!  


Port Dickson


1. Homestay D' Azam 

Homestay D' Azam ini merupakan homestay 2 tingkat terletak di corner lot, memberikan keluasan yang sangat selesan untuk anda buat family gathering di Port Dickson. Terdapat kolam renang, kemudahan BBQ, dapur untuk memasak, ruang luas untuk ativiti, 6 buah bilik lengkap dengan kelengkapan tidur yang selesa. Anda boleh buat tempahan bermula dari 4 buah bilik. 

Homestay D' Azam ini hanya 2 minit sahaja dari Pekan Port Dickson, dan 5 minit ke Pantai Batu 4 Port Dickson. 

Alamat                      :  Jalan Impian Putra 9, Taman Putra Impian, 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga                        :  Dari RM750/malam

Bilangan Tetamu   : 20 

Bilik Tidur                : 6


 Tempah Sekarang!  


2.  De Valda's Chalet 

de valda’s chalet Gallery Photos

Sekali pandang pon dah tahu tempat ni memang menarik sangat! Tak percaya? Boleh check out guest reviews De Valda' Chalet Facebook, ramai cakap seronok bercuti di sini. Apa yang best nya? Sbb die nampak limited dan private!

Limited chalet, hanya ada 3 Chalet yang dipanggil sebagai Chalet Lumbung. So kalau anda ada bilangan yang ramai dan nak bercuti di Port Dickson dan mencari tempat yang lain dari yang lain, boleh lah try chalet ni. Boleh tempat ketiga-tiga chalet terus. Kolam renang disediakan, ada kawasan yang luas untuk anda buak aktiviti, ada juga tempat untuk pacak khemah di sini tau.  

Alamat                      :  Lot 104b Km 10, Jalan Pantai, 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga                        :  Dari RM180/malam

Bilangan Tetamu   : 2-4 maximum untuk satu chalet


 Tempah sekarang!  


3Homestay Port Dickson Pool Kontena & Backpackers

Homestay Port Dickson Pool Kontena & Backpackers Gallery Photos


Selari dengan nama homestay ni, penginapan yang disediakan berkonsepkan dalam kontena. Namun, anda jangan risau pula kalau cuaca panas, kerana bilik yang ditawarkan terdapat pengahawa dingin atau kipas bergantung dengan pakej yang anda pilih. Ruang yang selesa dan besar, kolam renang dewasa dan kanak-kanak juga ada disediakan. Sesuai untuk anda menikmati percutian bersama  keluarga di sini! 


Terdapat juga kemudahan BBQ, ruang makan yang luas serta tempat untuk anda buat aktiviti menarik. Jadi, tunggu apa lagi? Jom lah semak harga di sini!

Alamat                      : 1466, Jalan Pantai Batu 4, 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga                        :  Dari RM98/malam

Bilangan Tetamu   : 60 orang ++ secara keseluruhan


 Tempah sekarang!  


4. Villa 969

Villa 969 berkeluasan 12,000 kaki persegi, dilengkapi dengan kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Villa ini terletak di dalam kawasan kejiranan yang berpagar dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam demi memastikan keselesaan dan keselamatan penghuni terjamin sepenuhnya. Villa ini mempunyai 4 bilik tidur (katil double) dan 1 bilik tidur dengan katil Single, beserta 5 tilam tambahan dan 1 katil sofa yang selesa untuk didiami oleh 15 orang tetamu.

Ruang villa ini berpagar dengan laman hijau yang menambahkan lagi ketenangan anda sekeluarga. Selain itu, Villa 969 dilengkapi dengan 3 bilik air dan water heater, penghawa dingin, TV dan Astro, wifi, set BBQ, water dispenser, permainan outdoor dan indoor dan kelengkapan dan perkakas asas memasak.

Alamat                      : 11, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, 71050 Teluk Kemang Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga                        :  Dari RM825/malam

Bilangan Tetamu   : 15


 Hubungi Kami!  


Lain-lain penginapan yang menarik seperti di bawah. Jangan lupa untuk klik mana-mana tempat penginapan yang anda suka dan tempah sekarang sebelum fully booked! 


MYR 398.00 /night

MYR 68.00 /night

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.3 (181 VOTES)