9 Homestay Langkawi dengan Swimming Pool Featured Image

9 Homestay Langkawi dengan Swimming Pool

By [email protected] - Jan 17, 2019 (Last Updated Jun 27, 2019)

Sebagai orang Malaysia, kita semua sudah dah sedia maklum dengan fakta bahawa negara kita ni beriklimkan tropika. Panas dan lembap sepanjang tahun. Ya, kita pun memang dah biasa dengan cuaca panas tapi kadang-kadang bila dah panas sangat, kita memang tak tahan. ABC, air sirap bandung, coconut shake, jus buah-buahan, air milo ais dan segala macam jenis air minuman berais kita akan beli untuk sejukkan badan kita. Tapi kadang-kadang, dengan minuman sejuk saja, masih rasa tak cukup nyaman. Makin kita berpeluh, ada lah. Lagi-lagi bagi yang tinggal di kawasan bandar.



Kalau dah tak tahan dan rasa stress, mungkin ini petanda untuk anda ambil cuti dan lari ke pulau-pulau yang cantik lagi menyamankan. Anda perlu berehat sebentar dari kesibukan di kota dan luangkan masa untuk memanjakan diri anda. Tapi, nak ke pulau mana pula? Haa, dalam banyak-banyak pulau di Malaysia ni, kami mahu cadangkan anda ke Langkawi. Langkawi itu sendiri adalah gugusan hampir 100 buah pulau! Puaslah anda berjalan melawat pulau-pulau dan pantai-pantai tu nanti. Antara pantai-pantai yang terkenal di Langkawi ialah Pantai Cenang, Pantai Tengah, Teluk Burau, Pantai Kok dan Teluk Datai.


Selain daripada pulau-pulau, di Langkawi juga terdapat pelbagai jenis restoran untuk anda cuba. Kebanyakan restoran di sini tentulah akan menyediakan suasana romantis kerana lokasi mereka kebanyakannya di tepi pantai. Dapat makan malam dengan candle light, meja dihiasi bunga-bunga segar dan ditiup pula dengan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa. Haa, sesuai sangat untuk anda dan insan yang tersayang luangkan masa berkualiti bersama di sini. Anda pun jangan lepaskan peluang untuk melihat matahari terbit di Pantai Cenang. Ia antara tempat yang terbaik untuk menantikan matahari terbit dan kemudiannya bersiar-siar sepanjang kawasan pantainya yang besar. Lagi seronok kalau anda bawa keluarga tersayang anda berkelah dan bermandi-manda di sini. 


Langkawi juga terdapat pusat membeli-belah khas untuk para pelancong. Ada zon bebas cukai dimana pelancong berpeluang untuk membeli coklat, tembakau dan minyak wangi dengan harga yang berpatutan! Zon bebas cukai yang terkenal ialah bandar Kuah di mana terdapat pusat membeli-belah dan kompleks kedai-kedai di hampir seluruh kawasan bandar ini.


Kalau sekarang anda dah rasa tertarik hati dan merancang untuk bercuti ke Langkawi, di sini kami senaraikan 9 homestay di Langkawi yang mempunyai swimming pool atau kolam renang. Ya, ada kolam renang kerana kami faham mungkin anda takkan puas mandi di pantai dan mahu lebih masa untuk berendam atau bermain air sepanjang percutian anda nanti.


Nak dapatkan harga yang paling berbaloi? 

Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda. 

Selain daripada homestay-homestay di atas, anda bolehlah melayari LetsGoHoliday untuk melihat pelbagai tempat penginapan di Langkawi dan seluruh Malaysia! Jika anda sedang merancang percutian ke mana-mana di Malaysia, bolehlah membuat tempahan melaluinya untuk harga yang paling berpatutan! 


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4 (52 VOTES)