81 Apartment Best Tapi Murah Di Cameron Highlands
Hujung tahun ni jangan lepaskan peluang untuk meneroka keindahan negara kita, Malaysia. Siapa bilang negara kita tidak mempunyai tarikan menarik yang best dan tertarik? Sebut saja anda nak kemana Melaka? Pulau Pinang? Sabah? Atau Cameron Highlands?
Kalau terdengar perkataan "Cameron Highlands" tentu sekali benda pertama yang muncul dalam ingatan adalah cuaca yang sejuk dan berkabus, kemanisan buah stroberi, ladang teh yang mekar hijau, pohon-pohon kaktus, pasar sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar dan hijau, kebun bunga yang mekar mewangi dan berlatar belakangkan bangunan apartment di Cameron Highlands dan banglo berkonsepkan zaman kolonial British. Pasti membuatkan anda berada di luar negara!
Cameron Highlands in terletaknya di Pahang, Malaysia, dan berkeluasan 712.18 KM persegi, di sebelah Utara, sempadannya menyentuh Kelantan dan di arah Barat, ia berkongsi sebahagian sempadannya dengan Perak.
Terletak di hujung Barat Laut Pahang, Cameron Highlands adalah kira-kira 90 kilometer dari Ipoh, kira-kira 200 kilometer dari Kuala Lumpur dan kira-kira 355 kilometer dari Kuantan, ibu kota Pahang yang merupakan perbandaran terkecil di negeri Pahang.
Cameron Highlands diukur oleh ahli geologi William Cameron pada tahun 1885, pos tersebut terdiri daripada tiga mukim iaitu Ringlet, Tanah Rata dan Ulu Telom. Lapan penempatannya adalah Ringlet, Tanah Rata (Pusat Pentadbiran), Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Semuanya terletak di ketinggian antara 800 meter (2,600 kaki) hingga 1 603 meter (5259 kaki) dari paras laut.
Dibangunkan pada tahun 1930-an, dataran tinggi adalah salah satu tempat pelancongan tertua di Malaysia. Selain ladang-ladang teh, Cameron Highlands juga terkenal dengan cuaca sejuk, kebun, tanah ladang, air terjun, sungai, tasik, hidupan liar, hutan lumut, padang golf, muzium, perkampungan orang asli, hotel dan apartment.
Alang-alang cuti sekolah bakal bermula, mari lah merancang untuk bercuti ala-ala di oversea. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Cameron Highlands ni sebenarnya. Tidak kira untuk pasangan pengantin baru berbulan madu, trip rakan-rakan, atau bersama keluarga, rancanglah percutian anda di sini!
Usah jadikan berita viral suatu ketika dahulu di mana hotel dan homestay di Cameron Highlands sudah habis penuh ditempah, dan para pengunjung terpaksa bermalam di dalam kereta sahaja menjadi igauan buruk anda sebab di sini kami sudah senaraikan 81 apartment yang best lagi cool di Cameron Highlands. Anda cuma perlu keep calm and scroll senarai apartment di Cameron Highlands kami.
Sumber: GIPHY
MYR 360.00 /night
MYR 330.00 /night
Psst! Nak dapatkan harga murah tak semasa bercuti? Nah. klik sini untuk dapatkan penjimatan 😁
Aduh, banyak pula pilihan apartment di Cameron Highlands ini ya? Tidak mengapa. Di bawah ini kami dah senaraikan homestay-homestay di Cameron Highlands mengikut kategori dari artikel yang bersesuaian.
Jom kita lihat!
Homestay Muslim Untuk Family Day Di Cameron Highlands
Hari keluarga adalah salah satu aktiviti yang memang menyeronokkan lagi-lagi apabila berada di dalam keluarga yang besar. Aktiviti hari keluarga juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk hubungan kekeluargaan bersama keluarga masing-masing. Jadi, anda mesti memerlukan penginapan yang terbaik, selesa dan dilengkapi dengan kemudahan.
Kami telah senaraikan 17 homestay muslim di Cameron Highlands khusus untuk pelanggan Muslim sahaja yang sesuai dijadikan penginapan untuk seisi keluarga. Klik pada gambar di atas ya!
Homestay 4 bilik di Cameron Highlands
Cameron Highlands sangat terkenal dan menjadi destinasi yang popular untuk kumpulan besar. Untuk yang mencari tempat penginapan yang dapat menampung tetamu yang ramai, hari ini ialah hari bertuah anda! Di sini kami senaraikan 7 homestay berbilik 4 di Cameron Highlands yang mampu menampung tetamu sehingga 25 orang! Klik pada gambar di atas ya.