Pasar Malam Cameron Highland Featured Image

Pasar Malam Cameron Highland

By Badriah - Oct 23, 2018 (Last Updated Aug 26, 2020)

Pasar malam Cameron Highland atau lebih dikenali sebagai Pasar malam Brinchang adalah antara tempat yang wajib dikunjungi jika anda ke Cameron Highland.

Untuk pengetahuan anda, mulai awal tahun 2017 lokasi pasar malam ini telah bertukar ke lokasi baharu yang terletak di Jalan Golden Hill. Lokasi ini dilihat lebih strategik dan mudah diakses oleh orang ramai.

Selain itu, kawasan parking kereta disini lebih luas dan banyak. Ini memberi lebih keselesaan dan memberi pengalaman positif kepada pengunjung yang rata-rata datang bersama keluarga.

Jika anda memilih untuk menginap di kawasan Tanah Rata, perjalanan ke tapak pasar malam ini mengambil masa hanya 6 minit dengan memandu kereta. Jarak penginapan dari kawasan Tanah Rata ke sini cuma 3.4km sahaja!

Tetapi jika anda menginap di kawasan Brinchang pula, jarak perjalanan anda lebih dekat. Dengan jarak hanya 2.2km, anda boleh sampai ke sini dalam masa 4 minit dengan memandu kereta. Jadi terpulang kepada anda untuk memilih tempat penginapan terbaik untuk keselesaan anda.

Antara barangan yang anda boleh dapati disini adalah:



1 - Barangan Cenderahati


Apabila anda sampai sahaja di pasar malam ini, anda dapat lihat pelbagai jenis cenderahati menarik disini yang melambangkan Cameron Highland. Corak-corak motif strawberi juga sangat banyak dan comel untuk dijadikan cenderahati. Jika anda pandai tawar-menawar, anda pasti menang membeli!


2 - Jambu Jeruk Pink Hijau


Jika anda terlihat buah jambu berwarna pink dan hijau, jangan terkejut atau pelik! Hal ini adalah kerana di pasar malam ini sangat banyak menjual buah jambu tersebut. Cubalah kesedapan unik jambu yang telah diwarnakan dan diperap ini, pasti memberi pengalaman baru untuk anda.


3 - Jagung Mutiara


Jagung berwarna kuning susu ini adalah sangat popular disini. Rasanya yang manis dan lemak berkrim hanya terdapat di Cameron Highland. Anda boleh makan jagung ini tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. Rasa manis jagung ini sangat sedap walaupun dalam keadaan mentah. Anda mesti cuba!


4 - Ubi Keledek Ungu dan Oren


Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk membeli ubi keledek rebus yang berwarna ungu dan oren. Ia sangat sesuai dimakan dalam keadaan panas selepas rebusan.


Laman web LetsGoHoliday.my memaparkan pelbagai jenis penginapan untuk percutian dingin anda ke Cameron Highland pada harga yang berpatutan. Tempah awal untuk mengelakkan penginapan semua habis ditempah.


5 - Sayur-sayuran Segar


Bagi para kaum hawa, pasti teruja melihat pelbagai sayur sayuran hijau yang dijual disini. Anda boleh memilih sayuran segar dijual disini dengan harga bermula RM5 seikat. Murah bukan?


6 - Bunga - bunga Segar



Di pasar malam ini juga ada menjual pelbagai jenis bunga- bungaan segar seperti bunga mawar dan daisy. Bunga-bungaan segar yang dijual sini adalah terus dari ladang di kawasan sekitar. Sangat berbaloi untuk dibeli!


7 - Makanan Bergoreng 


Kepada sesiapa yang masih belum makan tengahari atau makan malam, anda bolehlah melawat ke pasar ini untuk membeli makanan kerana disini ada terdapat pelbagai jenis makanan panas dan bergoreng untuk anda pilih. Sesuai untuk dimakan sesama keluarga dan rakan-rakan.


8 - Produk Berasaskan Madu Lebah


Ada pelbagai produk madu lebah yang dijual di Pasar Malam ini oleh para penduduk tempatan. Produk madu lebah ini sangat terkenal dengan khasiat terbaik. Madu lebah kelulut adalah yang paling popular dan dipercayai mempunyai sumber tenaga juga makanan supplement yang baik untuk kesihatan. Harga juga sangat berpatutan jika dibeli disini!


Adalah lebih baik jika anda merancang perjalanan anda sebelum melawati tempat tumpuan pengunjung ini. Jika anda duduk berhampiran Jalan Golden Hill, anda disarankan untuk berjalan kaki sahaja ke pasar malam ini untuk menjimatkan masa dari terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.

Pastikan anda lengkapkan kunjungan ke Cameron Highland dengan berkunjung ke sini!


Waktu Operasi : Jumaat & Sabtu (6.00pm – 12.00am) 
Lokasi : Jalan Golden Hill, Brinchang, Cameron Highland.

Rate this post

3.92 (53 VOTES)