Hotel di Kota Kinabalu Berdekatan dengan Centre Point
Anda sedang mencari hotel di Kota Kinabalu yang berdekatan dengan Centre Point? Selain dari menjimatkan masa perjalanan anda, pasti nya hotel yang terletak di pusat bandar ini bakal menjimatkan pengeluaran dari poket anda!
Apa yang anda perlu tahu tentang Centre Point ini? Centre Point merupakan tempat membeli-belah yang terletak di kawasan Pusat Bandar, Kota Kinabalu dan menjadi satu tempat yang wajib bagi para pengunjung yang datang ke bandar KK. Centre Point bukan hanya menjadi tumpuan pelancong, malah pusat membeli belah yang pertama di bandar Kota Kinabalu ini juga menjadi tumpuan penduduk setempat terutamanya anak muda.
LE Hotel Kota Kinabalu
LE Hotel Kota Kinabalu ini hanya mengambil masa kira-kira 2-3 minit berjalan kaki sahaja untuk ke Centre Point. Bilik yang dihiasi dengan reka bentuk elegan, hotel ini direka khas bagi memenuhi citarasa pengunjung dengan pelbagai kemudahan bagi menjamin keselesaan anda dan yang pasti nya berseusaian dengan bajet. Bagi mengutamakan keselamatan mereka yang menginap di LE Hotel Kota Kinabalu ini, hotel menyediakan kemudahan CCTV yang beroperasi selama 24 jam.
Lokasi:
Laman Web: LE Hotel Kota Kinabalu
Hii 5 Hotel Kota Kinabalu
Jarak kurang dari 500m membolehkan anda untuk berjalan kaki hanya kurang dari 5 minit sahaja untuk ke Centre Point. Hii 5 Hotel Kota Kinabalu merupakan hotel bertaraf 2 bintang yang menyediakan kemudahan di setiap bilik antaranya Wi-Fi, bilik berhawa dingin, kemudahan menggosok baju dan banyak lagi. Lokasi yang terletak tidak jauh dari Restoran Makanan Laut di antaranya Restoran Hua Hing Seafood dan Twin-Sky Seafood Restoran. Perkhidmatan kereta sewa juga ada disediakan, jadi tidak perlulah anda tercari-cari kemudahan kereta sewa yang lain.
Lokasi:
Laman Web: Hii 5 Hotel Kota Kinabalu
Unic Hotel Kota Kinabalu
Hotel yang terletak berdekatan dengan Warsan Square Mall dan hanya mengambil masa 1 minit sahaja dengan menaiki kenderaan untuk ke sana. Dilengkapi dengan ciri-ciri elegan dan berkonsepkan moden kontemporari, hotel yang pasti nya selesa dan cantik dengan berlatarkan design unik dan berbeza di setiap bilik. Tidak jauh untuk ke Centre Point, hanya mengambil masa 5 minit sahaja berjalan kaki.
Lokasi:
Laman Web: Unic Hotel Kota Kinabalu
MYR 220.00 /night
MYR 280.00 /night
Hotel Rafflesia
Keselesaan dan pengalaman penghuni yang menjadi keutamaan bagi Hotel Rafflesia ini. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti cerek elektrik, penghawa dingin serta Wi-fi percuma. Hanya kurang dari 5 minit berjalan kaki untuk ke Centre Point, Hotel Rafflesia perlu menjadi salah satu pilihan jika anda berkunjung ke Kota Kinabalu!
Lokasi:
Laman Web: Hotel Rafflesia
The Klagan Hotel
Mempunyai hampir 300 buah bilik yang terdiri lebih daripada 10 jenis buah bilik dah Suite yang serba lengkap, The Klagan Hotel pastinya menjadi salah satu pilihan terbaik buat anda. Selain itu, jika anda tercari-cari hotel yang menyediakan perkhidmatan bilik mesyuarat serta dewan banquet yang lengkap dengan kemudahan seperti PA System, LCD Projector dan lain-lain, tidak perlu lagi anda berfikir panjang, pastinya The Klagan Hotel mampu memberikan yang terbaik! Untuk ke Centre Point, anda hanya perlu korbankan 4 minit berjalan kaki sahaja.
Lokasi:
Laman Web: The Klagan Hotel
Kesemua hotel yang disenaraikan ini terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu yang sentiasa menjadi tumpuan dan tempat wajib untuk mereka yang berkunjung ke Kota Kinabalu. Peluang untuk anda membeli-belah di Centre Point terlalu hampir, ibarat selangkah sahaja keluar dari pintu hotel. Tidak perlu risau dengan dengan tempat makanan yang terdekat, tempat menarik yang lain, kerana ianya terletak di pusat bandar dan pastinya tempat tarikan berada di sekeliling bandar Kota Kinabalu.