Hotel Yang Best di Kota Kinabalu
Inginkan pengalaman bercuti yang best? Hotel yang anda diami haruslah cari yang best! Banyak juga hotel atau resort yang boleh anda tinggal ketika melancong ke Kota Kinabalu, Sabah yang terkenal dengan pulau-pulau, gunung, pantai dan pasar.
Mungkin juga tujuan anda ke Kota Kinabalu, Sabah ialah untuk menguruskan hal ehwal kerja ataupun melawat kawan-kawan dan keluarga yang berada di situ. Tetapi tempat bermalam haruslah cari yang best untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri setelah lama berpenat.
Pacific Sutera Hotel
Terbahagi kepada dua bahagian, hotel ini sebenarnya sebahagian daripada resort Sutera Harbour yang merupakan salah satu resort pilihan untuk penggemar sukan golf di Kota Kinabalu. Hotel bertaraf 5-bintang ini mempunyai 500 bilik yang dihiasi dengan perabot dan keperluan peribadi yang mewah. Tetamu juga dapat menikmati fasiliti seperti kolam renan yang dilengkapi slide khas untuk kanak-kanak, gim dan beberapa tempat hiburan untuk keluarga.
Lokasi:
Laman web: Pacific Sutera Hotel
Shangri-La Tanjung Aru
Hotel ini adalah satu lagi rangkaian hotel Shangri-La di Kota Kinabalu. Tidak seperti Shangri-La Rasa Ria, Shangri-La Tanjung Aru terletak berdekatan dengan bandar iaitu hanya lebih kurang 10 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu. Disebabkan lokasinya yang tidak jauh dari bandar Kota Kinabalu, para tetamu hotel ini boleh jalan-jalan cari makan sekitar hotel.
Lokasi:
Laman Web: Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa
Hyatt Regency Kinabalu
Hotel bertaraf 5-bintang ini menawarkan tempat penginapan yang mewah dan pilihan masakan tempatan dan antarabangsa Anda pasti akan terpegun dengan pemandangan pulau-pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman dan laut China Selatan dari bilik anda. Terminal Feri Jesselton terletak tidak jauh dari Hyatt Regency Hotel malah para tetamu boleh ke sana dengan berjalan kaki.
Lokasi:
Laman Web: Hyatt Regency Kinabalu
Hotel Sixty3
Digelar "Lokasi Terbaik di Kota Kinabalu", Hotel Sixty3 terletak di Jalan Gaya di mana Pasar Gaya Kota Kinabalu terletak sepanjang jalan. Pusat membeli-belah, gerai-gerai makan dan Jeti Jesselton terdapat berdekatan dengan hotel ini. Dilengkapi dengan kemudahan asas, hotel ini menjadi pilihan ramai kerana harganya yang berpatutan dan terletak di lokasi yang strategik.
Lokasi:
Laman Web: Hotel Sixty3
Klik pada tajuk nama hotel untuk menempahkan bilik anda, ataupun melayari letsgoholiday.my untuk menempahkan tempat tinggal anda di Kota Kinabalu.
MYR 120.00 /night
MYR 279.00 /night
Apakah pengalaman bercuti anda yang paling best?
Kami telah menawarkan beberapa promo code untuk membuat perjalanan anda luar biasa.
Hotel Eden54
Antara hotel yang mendapat pengiktirafan yang tinggi, Hotel Eden54 merupakan hotel yang kelihatan mewah dengan harga yang berpatutan. Setiap bilik telah dihiasi perabot moden yang kelihatan mewah supaya para tetamu dapat merasai pengalaman yang mewah dengan harga yang berpatutan. Di sini kami mengesyorkan anda mendapatkan bilik yang mempunyai tingkap untuk merasai pemandangan yang cantik dari bilik anda.
Lokasi:
Laman Web: Hotel Eden54
Hotel Le Meridien
Terletak bertentangan jalan dengan Pasar Filipina, para tetamu Hotel Le Meridien berpeluang melihat permandangan Laut China Selatan dari bilik. Hotel bertaraf 5-bintang ini dilengkapi dengan fasiliti seperti spa,kolam renang, restoran dan bilik majlis. Kami mengesyorkan perkhidmatan spa di hotel ini untuk tetamu yang ingin merehatkan minda dan badan yang letih setelah lama bekerja.
Lokasi:
Laman Web: Le Meridien Kota Kinabalu
Untuk lebih banyak, klikkan imej di atas untuk melihat senarai lengkap penginapan terbaik di Kota Kinabalu, termasuk hotel, homestay dan lain-lain.