71 Senarai Homestay di Kota Kinabalu
Jika anda pendaki, bila sebut je pasal Sabah mesti terus terfikir Gunung Kinabalu. Kalau suka menyelam dan snorkeling pula mesti terbayang pulau-pulau di Sabah yang cantik-cantik belaka dan tak tercemar. Tapi, bukan Gunung Kinabalu dan pulau-pulau cantik sahaja yang menjadi tarikan pelancong. Tahukah anda banyak tarikan lain di Sabah lagi-lagi di daerah Kota Kinabalu yang menyumbang kepada kerancakan ekonomi pelancongan Sabah saban tahun?
Jika anda bercadang untuk melawat Kota Kinabalu, apa kata bertukar angin pula. Kalau dahulu asyik pilih hotel untuk penginapan, boleh cuba menginap di homestay pula kerana sebagai lokasi tumpuan pelancong, homestay di bandar ini tumbuh seperti cendawan. Bukan sahaja cantik-cantik, homestay-homestay ini juga akan memastikan penginapan anda sangat berbaloi. Di sini kami senaraikan 5 homestay yang patut anda cuba untuk trip anda ke Kota Kinabalu!
Oakley Homestay 1 @ Marina Court
Oakley Homestay 1 @ Marina Court ini betul-betul terletak di tengah Bandaraya Kota Kinabal. Bagi anda yang berkunjung di KK untuk menikmati keindahan kota raya dan jalan-jalan di kawasan sekitar. KK Centre Market juga hanya terletak kira-kira 700m sahaja dari sini,
Homestay ini juga lengkap dengan peralatan memasak, ruang tamu yang selesa, mesin basuh, peti sejuk, serta kemudahan yang dibuka kepada penginap di sini termasuklah kolam renang, gimnasium dan taman permainan.
Alamat : Marina Court Resort Condominium, API API Centre, 87000 Kota Kinabalu, Sabah
Harga : Dari RM250/malam
Bilangan Tetamu : 6-8
Dmia Homestay
Dmia Homestay ini terletak di Angkasa Apartment, Kota Kinabalu dan homestay ini dikhaskan penginapannya untuk tetamu Muslim sahaja. Jadi, jika anda yang sedang mencari penginapan "muslim friendly" boleh lah tempah di Dmia Homestay ini, lengkap dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.
Homestay ini lengkap dengan kemudahan asas seperti ruang tamu yang selesa, ruang makan, dapur dan peralatan memasak juga ada disediakan. Oh ya, serti dalam gambar, kolam renang juga ada di Angkasa Apartment ini tau. Juga, jangan risau untuk turun naik tangga, ada lif disediakan di sini.
Alamat : Angkasa Apartment, Jalan Tuaran By Pass, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Harga : Dari RM210/malam
Bilangan Tetamu : 8
Borneo Homestay Murah by Sumandak Sabah
Borneo Homestay Murah terletak di Telipok, Kota Kinabalu, Sabah. Jika anda mencari tempat penginapan yang strategik, inilah tempatnya! Ia terletak di tengah-tengah tempat-tempat menarik untuk dilawati di Sabah seperti Gunung Kinabalu, Kundasang, Mengayau Kuday dan Sepilok Sandakan di mana anda boleh melawat pusat konservasi orang utan.
Apartment ini mempunyai 2 bilik dan boleh memuatkan 5 tetamu. Lengkap dengan perabot dan peralatan lain, anda juga akan ada akses swimming pool. Antara aktiviti menarik berdekatan yang boleh dilakukan ialah paragliding di Kokol Hills, menunggang kuda di Shahbandar Tuaran Cowboy Town dan melawat Jambatan Tamparuli.
Alamat : UUC Apartment, Lrg Kayu Madang Telipok, Kota Kinabalu
Harga : Dari RM165/malam
Bilangan Tetamu : 5
Kota Kinabalu Sabah City Homestay
Homestay yang sangat luas dan selesa ini terletak di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Sangat mudah untuk keluar masuk ke bandar KK, hanya 5 minit drive untuk ke Imago Shopping Mall. Mampu memuatkan seramai 12 orang tetamu dengan selesa. Ruang parking yang besar, boleh lah anda dan keluarga manfaatkan ruang yang luas ini untuk aktiviti santai.
Alamat : 35B, Jalan Tanjung Aru Baru, 88858 Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah
Harga : Dari RM450/malam
Bilangan Tetamu : 12
D'Hartamas Guest House
Satu lagi homestay yang terletak di Telipok, Sabah. Jika tadi kami siarkan apartment di Telipok yang boleh memuatkan 5 tetamu, anda mungkin ingin menginap di sini kalau anda datang dalam group yang lebih besar. Homestay ini boleh memuatkan 16 tetamu dan mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Lokasi yang sangat strategik, berdekatan dengan tempat-tempat menarik, luas, murah pulak tu! Memang terasa seperti berada di rumah sendiri.
Alamat : Jalan Telipok Lama, Telipok, Kota Kinabalu, Sabah
Harga : Dari RM230/malam
Bilangan Tetamu : 16
MYR 150.00 /night
MYR 200.00 /night
MYR 78.00 /night
MYR 500.00 /night
MYR 300.00 /night
MYR 300.00 /night
MYR 300.00 /night
MYR 300.00 /night
MYR 210.00 /night
MYR 230.00 /night
MYR 130.00 /night
MYR 280.00 /night
MYR 380.00 /night
MYR 380.00 /night
MYR 380.00 /night
MYR 380.00 /night
MYR 380.00 /night
MYR 380.00 /night
MYR 380.00 /night
MYR 380.00 /night
MYR 380.00 /night
MYR 380.00 /night
MYR 170.00 /night
MYR 160.00 /night
MYR 220.00 /night
MYR 200.00 /night
MYR 220.00 /night
MYR 220.00 /night
MYR 170.00 /night
MYR 180.00 /night
MYR 69.00 /night
MYR 180.00 /night
MYR 280.00 /night
MYR 300.00 /night
MYR 180.00 /night
MYR 320.00 /night
MYR 250.00 /night
MYR 500.00 /night
MYR 279.00 /night
MYR 240.00 /night
MYR 300.00 /night
Lagi homestay untuk yang datang dalam kumpulan! Best Villa Homestay Kepayan merupakan rumah teres dua tingkat terletak di Kepayan, Kota Kinabalu yang boleh memuatkan dalam 10 tetamu. Lengkap dengan perabot dan peralatan lain seperti TV, oven, air cond dan macam-macam lagi, homestay ini terletak berdekatan dengan lapangan terbang Kota Kinabalu dan hanya 15 minit ke bandar Kota Kinabalu dengan kereta. Jika anda melancong bersama keluarga, anda harus consider homestay ini untuk pilihan penginapan anda!
Alamat : Kepayan Low Cost Housing, Kota Kinabalu, Sabah
Harga : Dari RM350/malam
Bilangan Tetamu : 10
NE Service Apartment
Hanya 2 km dari lapangan terbang Kota Kinabalu, NE Service Apartment ialah pilihan terbaik jika anda datang bersama rakan. Boleh menempatkan sehingga 7 tetamu dan mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air, apartmen ini juga mempunyai patio, swimming pool dan taman permainan. Hanya 6 km dari Filipino Market dan 4 km dari Imago Shopping Mall, anda pasti selesa jika menginap di apartment ini.
Alamat : Lido Four Season Residence, Taman Sri Juta, Kota Kinabalu
Harga : Dari RM220/malam
Bilangan Tetamu : 7