8 Homestay Yang Sesuai Untuk Keluarga Di Johor
Hari Keluarga merupakan saat-saat yang amat berharga. Tetapi banyak orang menghadapi masalah yang sama iaitu memang susah nak cari tempat yang sesuai untuk satu keluarga yang melebihi lebih daripada sepuluh orang. Kebanyakan hotel hanya dapat muat 4-8 orang dalam satu bilik, kalua nak tambah bilik ia merupakan kos yang tinggi. Salah satu cara penyelesaian ialah tinggal dalam homestay.
Dalam artikel ini kita telah mengumpulkan 8 homestay yang sesuai sekiranya anda ingin mengadakan hari keluarga di Johor. Mesti anda dah tak sabar kan untuk update plan Hari Keluarga anda dengan pilihan rumah-rumah homestay yang menarik di bawah ni.
Rumah JOHO Homestay
Terletak di lokasi yang strategik dalam Bandar Johor Bahru, Rumah JOHO boleh diakses dengan mudah melalui Second Link Expressway atau dari Bukit Indah/Nusa Bestari. Homestay ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti penhawa dingin, kipas dan sebagainya. Rumah ini juga berdekatan dengan pusat membeli-belah seperti Paradigm Mall, Angsana Mall, Tesco Bukit Indah, Sutera Mall dan AEON bukit Indah.
Alamat: No. 18, Jalan Uda Utama 7/3, Bandar Uda Utama, 81200 Johor Bahru, Johor
Harga: dari RM350/malam
Homestay Bandar Dato Onn Johor Bahru
Homestay Bandar Dato Onn Bharu merupakan rumah teres dua tingkat yang terletak di Perjiranan 11, Bandar Dato Onn, Johor Bharu. Rumah ini dilengkapi dengan kemudahan dapur, TV, katil, tempat letak kereta dan sebagainya. Tuala mandi juga disediakan. Kepada keluarga besar seramai 10 orang, rumah ini adalah paling sesuai dan ia mempunyai tempat letak kereta yang luas untuk 2 buah kereta.
Alamat: No.4, Perjiranan 11, Bandar Dato Onn Johor Bharu 81100 Johor Bahru Johor
Harga: dari RM250/malam
Homestay Bandar Putra Segamat
Homestay Bandar Putra merupakan sebuah rumah teres setingkat yang pernah menjadi tuan rumah kepada 2000 tetamu dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Lokasinya yang strategic dekat kepada kedai mini 7 Eleven, kedai dobi, hospital, stesen polis, masjid dan sebagainya.
Dilengkapi dengan kemudahan wifi, aircon di dalam semua bilik, alatan BBQ, alatan masak, dapur dan tempat parking yang boleh memuatkan 6 buah kereta, homestay ini memang sesuai untuk keluarga yang melebihi 8 orang.
Alamat: 66, Jalan Putra 1/17, Bandar IOI, 85000 Segamat, Johor
Harga: dari RM250/malam
CT Homestay Pasir Gudang (For Muslim only)
CT Homestay Pasir Gudang merupakan sebuah rumah dua tingkat yang dilengkapi dengan aircon di bilik utama, dapur dengan kemudahan memasak, mesin basuh dan sebagainya. Rumah yang indah ini boleh memuatkan seramai 10 orang dan tetamu. Di sekitar homestay ini mempunyai restoran, kedai runcit dan Econsave. Homestay ini hanya untuk keluarga Muslim sahaja.
Alamat: 12, Jalan Sentosa 7, Taman Nusa Damai, 81700 Pasir Gudang, Johor
Harga: dari RM150/malam
Villa JDT (Untuk Muslim sahaja)
Bermalam di homestay yang besar dan selesa ini dan anda akan berasa seolah-olahnya sedang berhuni di dalam satu banglo yang besar. Perbezaan homestay ini antara yang lain ialah homestay ini dilengkapi dengan aircon, kemudahan memasak, kelengkapan peribadi, wifi, alatan BBQ, dan juga kerusi urut. Tempat-tempat menarik berdekatan termasuklah Johor Premium Outlet (JPO), Legoland, Zoo Johor, Terminal Bas Larkin dan sebagainya. Homestay ini hanya untuk keluarga Muslim sahaja.
Alamat: 2864, Jalan Sri Putri 10/3, Taman Putri, 81000 Kulai, Johor
Harga: dari RM600/malam
Rini Utama Homestay Skudai
Rini Utama Homestay Skudai ialah sebuah rumah dua tingkat yang terletak dalam kawasan perumahan yang terkawal. Rumah ini terletak dalam lokasi yang terbaik kerana ia sangat dekat dengan UTM, Legoland, Danga Bay, Johor Premium Outlet (JPO) dan tempat menarik yang sebagainya di Johor.
Homestay ini menawarkan sebuah dapur besar yang boleh memasak dan juga sebuah ruang makan. Kemudahan yang lain termasuk aircon, keperluan peribadi, tuala mandi, penapisan air, papan seterika, tempat parking dan sebagainya juga disediakan.
Alamat: 78, Jalan Utama 19, Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor
Harga: dari RM280/malam
D'Gunung Homestay merupakan sebuah rumah teres 2 tingkat di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang. Homestay ini menyediakan 4 bilik tidur dan 3 bilik air. untuk 10 orang penginap.
Kerusi urutan, peralatan BBQ dan ruang laman yang luas turut disediakan untuk keluarga yang menginap di sini. Lokasi homestay ini terletak berdekatan dengan Masjid Alfalah, UiTM, UniKL, MRSM, Politeknik dan Sekolah Seni.
Alamat: 37,Jalan Gunung 7,Bandar Seri Alam, Pasir Gudang 81750, Johor.
Harga: dari RM300/malam
Homestay Johor Bahru Semi-D House
Homestay Johor Bahru merupakan sebuah rumah dua tingkat semi-d yang terletak di Taman Kempas Utama, Johor. Antara tempat-tempat berdekatan dengan homestay ini termasuk Aeon Bandar Dato Onn, Setia Tropika, Taman Impian Emas, KFC, McDonald's dan sebagainya.
Alamat: No 20 Jalan Kempas Utama1/22 ,Taman Kempas Utama 81300 Johor Bahru
Harga: dari RM399/malam
MYR 300.00 /night
MYR 280.00 /night
MYR 850.00 /night
MYR 600.00 /night
MYR 400.00 /night
MYR 800.00 /night
MYR 250.00 /night
Tidak puas hati dengan senarai homestay di atas? Klik pada gambar di bawah untuk lebih banyak pilihan tempat penginapan di Johor.