10 Kafe Konsep Yang Anda Mesti Kunjungi di Johor Bahru Featured Image

10 Kafe Konsep Yang Anda Mesti Kunjungi di Johor Bahru

By [email protected] - Apr 11, 2017 (Last Updated Sep 23, 2020)

Johor ialah tempat yang bagaikan syurga kepada peminat-peminat konsep kafe. Ada yang kata setiap minggu mesti ada kafe baru dibuka di Johor. Pemuda-pemudi yang berminat sangat untuk berlepak di kafe dengan kawan, beberapa konsep kafe unik yang anda mungkin terlepas dengar.


Di bawah ialah 10 senarai konsep kafe anda tidak mahu terlepas di Johor Bahru.

1. Super Heroes Cafe


(Image via MonkeyFightingRobot)


Sebagaimana yang anda nampak, kafe ini memang ada banyak watak-watak DC Comics Super Heroes seperti Superman, Batman, Catwoman and Green Lantern. Kafe ini bukan macam kafe biasa, mereka mempunyai kedai tersendiri yang menjual barang-barang buatan khas seperti patung aksi batman. Kepada sesiapa yang merupakan peminat setia DC Comics Super Heroes, anda mungkin perlu isi penuh dompet sebelum datang.

Masa Beroperasi:

Isnin-Khamis 11am-8pm

Jumaat-Ahad 11am-9pm

Alamat: Lot 14B & 15B, Ground Floor Little Red Club, Persiaran Puteri Selatan, 79000, Puteri Harbour NusaJaya, Johor. (Google Map)


2. Dreamliner Airways Cafe


(Image via Johornow)

Kafe ini memberi suasana yang unik membuat anda terasa macam betul-betul sedang naik kapal terbang, cuma kapal terbang ini tidak bergerak sahaja. Mereka juga mempunyai staf-staf yang memakai uniform krew kapal terbang untuk memberi layanan kepada para pelanggan. Anda dinasihati supaya membuat tempahan awal kerana ‘pesawat’ ini selalu penuh.

Masa Beroperasi:

Isnin-Ahad 11am-11pm

Alamat: 7, Jalan Harmonium 35/1, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor (Google Map)


3. M2escape Cafe


(Image via jacefootprint)


M2escape ialah kafe yang berkonsepkan watak Disney yang terkenal seperti Micky Mouse. Bukankah ini berita baik untuk peminta-peminat Disney? Tidak perlu pergi jauh pun,dah boleh melawat kafe konsep ini di Johor Bahru. Anda akan terpesona dengan reka bentuk dan segala yang kamu dapat lihat dalam kafe ini. Kebetulannya, kafe mickey mouse ini terletak berdekatan dengan Austin heights water theme park. Kalau dah pergi situ, boleh juga singgah kafe ini.

Masa Beroperasi:

Selasa-Ahad 2pm-1am

Isnin tutup

Alamat: 7-01, Jalan Austin Heights 8/8, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor. (Google Map)


4.Magnum Sports Cafe


(Image via theYumlist)

Di magnum cafe ini, anda tidak akan kekurangan hiburan dan juga merupakan tempat yang amat sesuai untuk berlepak dengan kawan-kawan. Kamu boleh ajak kawan untuk menonton bola sepak. Tempat ini macam kedai mamak yang berkelas kerana makanan mereka dibuat khas oleh tukang masak yang berpengalaman. Bila makan, rasa pun macam makanan dari hotel lima bintang.

Masa beroperasi:

Isnin-Ahad 5pm-2am

Alamat: Lot LG09, Little Red Cube, Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Nusajaya, Johor. (Google Map)


5. Cafe Racer by Grillbar


(Image via Johornow)

Hendak bergembara tetapi tidak pasti mana untuk pergi? Datanglah cuba naik motosikal dalam kafe ini. Jangan risau motosikal ini tidak boleh bergerak, boleh cuba naik atau ambil gambar tunjuk kawan-kawan betapa ‘cool’nya anda yang kononnya tengah membawa motosikal. Kafe ini boleh dikatakan yang paling ‘cool’ di Johor Bahru.

Masa Beroperasi:

Isnin-Ahad 12pm-12am

Alamat: Jalan Pingai, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor. (Google Map)




6. Miyakori Cafe


(Image via Myfatpocket)

Dalam kafe ini, anda akan jumpa pelbagai rupa karton Japanese yang comel terutamanya satu watak beruang muka masam yang sangat come sekali. Mereka ialah kafe bertema yang khas dalam buatan kopi dan makanan manisan. Seperti yang anda boleh nampak dalam gambar, mereka akan lukis atau buat rupa karton tersebut atas kek atau kopi. Nak minum pun tak sampai hati kerana terlalu comel lukisannya.

Masa Beroperasi:

Isnin-Ahad 12am-10pm

Alamat: no, 41, Jalan Indah 22/14, 81200 Johor Bahru, Johor. (Google Map)


7. Hello Kitty Cafe

(Image via SplashofYellow)

Anda boleh jumpa kafe Hello Kitty ini dalam puteri harbour theme park yang dikenali ramai, Sanrio Hello Kitty Town& Thomas Town. Ramai yang mungkin pernah dengar mengenai kafe ini. Kalau tidak tunggu apa lagi? Pergilah merokai dunia hello kitty ini, terutamanya peminat setia hello kitty.

Masa Beroperasi:

Isnin-Ahad 10am-6pm

Alamat: Persiaran Puteri Selatan, 79100 Nusajaya, Johor, Malaysia (Google Map)


8. Cats Cafe


(Image via lynndamnya


Perhatian kepada cat lovers! Inilah saat yang anda tertunggu-tunggu. Sebuah kafe yang bertema kucing telah dibuka. Anda boleh bermain sesuka hati dengan lebih daripada sepuluh kucing yang comel. Suasana di kafe ini juga selesa dan seronok juga dapat memerhati gerak-geri anak kucing yang comel dan lincah.

Masa Beroperasi:

Isnin-Ahad 1pm-9.30pm

Rabu tutup

Alamat: 31A, Lorong 2C, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor. (Google Map)


9. Drums Cafe


(Image via JBcityguide)


Adakah anda nampak drum-drum yang tergantung atas siling? Itu ialah alat muzik yang digunakan untuk bermain 24 festive drums. Kafe ini salah satu yang paling unik di JB. Hidangan utama di kafe ini ialah makanan ala Cina dan tangan buatan yong tau foo mereka paling digemari ramai. Sesiapa yang berminat dengan makanan Cina yang penuh cita rasa, boleh cuba datang kafe yang unik ini.

Masa Beroperasi:

Isnin-Jumaat 11am-10pm

Sabtu&Ahad 10am-10pm

Alamat: 39, Jalan Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia. (Google Map)


10. Terminal One Cafe


(Image via Mush4crazy)


Tema cafe ini memang seiras dengan namanya. Reka bentuk dalaman kafe ini diinspirasi oleh kereta api lama. Anda akan rasa terpengun dengan betapa terperinci hiasan mereka sebaik sahaja masuk ke dalam kafe ini. Kalau tidak pernah naik kereta api, inilah peluang terbaik untuk menikmati hidangan atas kereta api yang tidak pernah anda impikan.

Masa Beroperasi:

Isnin-Sabtu 11am-1am

Ahad 11am-12am

Alamat: 4, Jalan Serampang, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor, Malaysia. (Google Map)


Anda mungkin dah pernah dengar mengenai beberapa kafe yang tersenarai di atas, tetapi anda mesti belum pernah pergi semua yang ada kan? Jika kamu bukan orang Johor dan merancang untuk berjalan-jalan di Johor, jangan lupa untuk singgah di kafe-kafe konsep yang unik ini.

Sedang merancang untuk mengunjungi kafe-kafe yang unik ini? Semaklah hotel/homestay kami yang terdapat di Johor Bahru.

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.22 (9 VOTES)