7 Aktiviti Luar Yang Seronok di Sabah, Borneo
Terpesona Dengan Ketulenan Sabah |
Sabah amat dikenali sebagai tempat yang didiami oleh banyak jenis hidupan liar yang unik dan mempunyai pulau tropikal yang cantik sekali. Kebanyakan tarikan boleh didapati di Kota Kinabalu yang merupakan ibu kota negeri Sabah. Sekarang, mari kita lihat aktiviti-aktiviti luar yang dapat membawa kenangan yang indah kepada anda sepanjang percutian di Sabah.
Di bawah ialah 7 senarai aktiviti-aktiviti luar di Sabah.
Coral flyer
(Image via notey)
Selain daripada aktiviti yang biasa anda dapat lakukan di pulau seperti snorkeling dan scuba diving, kami juga mempunyai aktiviti ekstrem yang akan membuat anda berasa teruja. Anda kini dapat menikmati aktiviti flying fox yang paling panjang di Kota Kinabalu, Sabah. Aktiviti ini pernah disenarai sebagai zipline yang terpanjang di dunia menyambung dari pulau ke pulau tetapi telah didahului oleh yang berada di Filipina. Biarpun begitu, tempat ini masih dikunjungi ramai untuk merasai betapa ekstremnya aktiviti flying fox ini.
Lokasi boleh dicari melalui google map.
Island Hopping
(Image via youtube)
Kalau anda tidak cukup berani untuk mencuba aktiviti flying fox yang menyeberangi pulau, anda boleh bergembara atas tanah juga. Island hopping ialah sejenis aktiviti di mana anda akan berhenti dari pulau ke pulau dengan bot laju. Pakej aktiviti ini akan membawa anda pusing mengelilingi Tunku Abdul Rahman Marine Park yang termasuk Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Apatah lagi, anda dapat mencuba pelbagai aktiviti yang menyeronokkan semasa berhenti di pulau-pulau tersebut seperti parasailing, jet-skiing, snorkeling dan lain-lain lagi.
Lokasi boleh dicari melalui google map.
Melihat Orang Belanda
(Image via powerblog)
Orang Belanda atau dikenali Proboscis monkey ialah sejenis spesis monyet yang jarang dijumpai dan semakin pupus pada zaman ini. Anda dapat melihat haiwan yang menakjubkan ini dengan menaiki perahu. River cruise ini akan membawa anda melayari sepanjang sungai Garama dan pada masa yang sama, anda boleh memerhatikan geark-geri orang Belanda. Monyet jenis ini kebanyakannya dijumpai di hutan liar Borneo. Oleh itu, buka besar-besar mata anda supaya tidak terlepas melihat haiwan unik ini.
Lokasi boleh dicari melalui google map.
Melihat Kelip-kelip
(Image via YHA)
Tidak pasti apa nak buat pada waktu malam? Jangan risau, anda boleh pergi berlayar di sungai yang sama di mana anda melihat orang Belanda pada waktu pagi. Sebenarnya, tidak susah sangat nak memerhatikan kelip-kelip ini dalam suasana gelap. Jika anda perasan ada cahaya kuning yang berkelip-kelip, itulah apa yang anda sedang cari. Apa yang paling menarik sekali ialah kelip-kelip ini akan bercahaya pada masa yang sama dan menjadikan pokok tersebut kelihatan seperti cahaya pokok krismas yang cantik sekali.
Lokasi boleh dicari melalui google map.
Sea Walking
(Image via groupon)
Aktiviti sea walking ini telah menjadi semakin popular antara pelancong. Anda dapat berjalan dalam laut dan melihat hidupan laut dengan begitu dekat depan mata sahaja. Tidakkah ini membuat anda rasa teruja nak cuba? Apatah lagi, aktiviti ini sesuai untuk sesiapa yang berumur 10 tahun ke atas. Maksudnya, boleh dikatakan semua orang dapat menyertai tidak seperti scuba diving yang memerlukan lesen scuba diving. Anda hanya perlu memakai helmet untuk tujuan pernafasan dan boleh terus masuk ke dalam air.
Lokasi boleh dicari melalui google map.
Mendaki Gunung Kinabalu atau Gunung Trusmadi
(Image via ashgive)
Anda pasti akan teringatkan Gunung Kinabalu sebaik sahaja bercakap tentang Kota Kinabalu. Kepada para pendaki, anda perlu menghargai peluang ini untuk mendaki gunung yang tertinggi di Malaysia. Walaupun anda tidak pernah pergi mendaki, berbaloi juga untuk mencuba. Aktiviti ini memang tidak semudah mana yang anda fikir tetapi kadang-kala boleh juga mencabar diri sendiri untuk melihat berapa jauh anda boleh pergi. Kalau anda pernah mendaki gunung Kinabalu, anda boleh cuba gunung Trusmadi juga. Kedua-dua sama amat mencabar.
Lokasi boleh dicari melalui google map.
Berbasikal atau Mountain Biking
(Image via borneo)
Kepada sesiapa yang hendak menikmati penggembaraan yang lebih berbeza, anda boleh cuba mengikut lawatan berbasikal mengelilingi pergunungan dan sungai Sabah. Mereka mempunyai pelbagai tawaran yang akan membawa anda menggembara selama 4 hari sambil berkhemah dalam hutan. Aktiviti ini pasti akan memberi pengalaman yang baru kepada anda dari segi fizikal mahupun mental.
Lokasi boleh dicari melalui google map.
Bukankah aktiviti-aktiviti ini membuat hati anda berkobar-kobar? Jika anda sedang bercadang untuk bercuti ke Sabah, boleh melawat Letsgoholiday – laman web untuk anda mencari tempat penginapan yang sesuai dan selesa.
Gunakan kod promosi kami untuk harga tempahan hotel dan homestay yang lebih murah di LetsGoHoliday.
Jika anda masih mencari tempat penginapan untuk percutian di Kota Kinabalu, Sabah, klik pada gambar di bawah untuk senarai hotel dan homestay di Kota Kinabalu.