Homestay Muslim di Kota Kinabalu
Sebagai pelancong Muslim, memilih tempat penginapan yang mesra-Muslim sudah semestinya menjadi satu kemestian. Jika anda ingin melancong ke Kota Kinabalu, tidak perlu risau kerana terdapat banyak rumah penginapan yang terbaik, selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan ekslusif untuk pelancong Muslim. Di sini kami senaraikan homestay di Kota Kinabalu khusus untuk pelanggan Muslim yang sesuai dijadikan penginapan untuk anda sekeluarga!
Cyber City Homestay
Dengan harga yang sangat berpatutan, Cyber City Homestay boleh menampung sehingga 6 orang tetamu. Setiap bilik dilengkapi dengan pendingin hawa dan almari. Dapur pula dihiasi dengan peralatan asas seperti dapur gas, peti sejuk dan periuk nasi untuk kegunaan sekeluarga. Tempat yang strategik ini juga mempunyai akses kolam renang dan taman permainan dan terletak berdekatan dengan KKIA, Pasar Filipina, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan pusat bandar Kota Kinabalu.
Lokasi: Blok R, Cyber City Apartment Fasa I, Jalan Lintas Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah (Google Map)
Harga: RM 100 / malam
Bilangan Tetamu: 6
Bilik: 2
Mark Marina Condominum Kota Kinabalu
Mark Marina Condominium terletak betul-betul di tengah Bandaraya Kota Kinabalu di mana terletaknya Filipino Market, Warisan Square, CentrePoint Shopping Mall, Anjung Selera (seaview restaurant) dan supermarket. Homestay ini menawarkan perkhidmatan seperti lawatan ke tempat menarik seperti pulau, zoo, gunung atau pantai dengan caj yang minimum. Kemudahan lain yang disediakan termasuklah cleaning service, kemudahan memasak, kolam renang dan tempat letak kereta percuma.
Lokasi: Mark Marina Condo, Lorong Api-Api 2, 88000, Kota Kinabalu, Sabah (Google Map)
Harga: RM 250 / malam
Bilangan Tetamu: 10
Bilik: 3
Zalifa Homestay Kota Kinabalu Unit #1 (UA1)
Zalifa Homestay terletak di Kampung Keliangau, Kota Kinabalu, Sabah. Homestay ini mempunyai 2 bilik tidur (kipas) dan 1 ruang tetamu yang dilengkapi TV. Homestay ini juga mempunyai parking berbumbung untuk 1 kereta, kemudahan memasak, mesin basuh dan akses kolam renang dan juga taman permainan.
Lokasi: Mark Marina Condo, Lorong Api-Api 2, 88000, Kota Kinabalu, Sabah (Google Map)
Harga: RM 120 / malam
Bilangan Tetamu: 7
Bilik: 2
Tatal ke bawah untuk melihat lebih banyak pilihan.
Pilihlah dengan bijak, menempah homestay ideal anda dengan diskaun eksklusif kami!
Nur Homestay Kota Kinabalu
Nur Homestay mempunyai 2 bilik ( 1 queen size bed, 3 single bed). Hanya 5 minit perjalanan dari KKIA, 10 minit dari Air Asia Terminal 2 dan 15 minit dari pusat bandar, homestay ini terkenal kerana lokasinya yang strategik. Ia juga terletak berhampiran dengan banyak restoran pasaraya Giant dan 99. Jika anda ingin menyewa kenderaan, tidak perlu risau kerana pemilik homestay ini juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa!
Lokasi: Apartment Cyber City Phase 2, Blok W 5-1, Jln Lintas Kepayan, 88200, Kota Kinabalu (Google Map)
Harga: RM 180 / malam
Bilangan Tetamu: 8
Bilik: 2