Homestay Murah di Kota Kinabalu
Ramai yang beranggapan bahawa bercuti itu memerlukan bajet yang tinggi. Tidak salah juga tetapi dengan perancangan rapi, anda bolehlah menikmati masa berkualiti tanpa merasai kebebanan dari aspek kewangan.
Adakah anda ingin tinggal bersama sekumpulan kawan atau keluarga ketika melawat Kota Kinabalu dengan harga yang berpatutan? Cubalah homestay murah yang berada di sekitar Kota Kinabalu. Di sini kami senaraikan beberapa homestay yang kami tawarkan.
Rizyen Homestay Kota Kinabalu
Rizyen Homestay terletak di tengah-tengah Kota Kinabalu. Perjalanan ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu hanyalah mengambil masa 25 minit dan 20 minit ke bandar Kota Kinabalu dengan kereta. Homestay ini mempunyai 3 bilik dan 2 bilik mandi. Homestay ini juga dilengkapi kolam renang untuk anda beriadah bersama seisi keluarga atau kawan-kawan.
Lokasi: University Condo Apartment 2, Jalan Tuaran, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
Harga: RM 130 / malam
Bilangan tetamu: 5
Bilik: 3
Quin Condominium Homestay
Quin Condominium Homestay terletak di Pekan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah. Homestay ini mempunyai 1 bilik yang dilengkapi dengan 1 kati bersaiz Queen dan 1 lagi tilam Single. Tempat ini sesuai untuk 3 tetamu. Homestay ini berlengkapan penuh dan mempunyai kemudahan WiFi. Kelengkapan lain yang dibekalkan termasuk kolam renang, gim, gelanggang badminton dan lain-lain.
Lokasi: University Utama Condominium, Jalan Kayu Madang, Pekan Telipok, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Harga: RM 119 / malam
Bilangan tetamu: 3
Bilik: 1
D Fahmi Homestay
Mr Fahmi Service Homestay merupakan sebuah apartment 1 bilik studio dengan katil bersaiz Queen. Jarak perjalanan kaki dari Bandar Telipok hanyalah 10 minit. Aparment ini menyediakan perkhidmatan pertukaran lapangan terbang, pengemasan bilik dan perkhidmatan menyeterika. Taman Tema Water World dan Taman Hidupan Liar Lok Kawi terletak berdekatan dan jarak ke Kota Kinabalu hanyalah 15km.
Lokasi: Blok 2G, 3/15, Jalan Kayu Madang, UUC Apartment, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Harga: RM 120 / malam
Bilangan tetamu: 4
Bilik: 1
Zalifa Homestay Kota Kinabalu Unit #4 (UCA 2)
Zalifa Homestay terletak di Kampung Kelingau, Kota Kinabalu, Sabah. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 1 ruang tetamu yang dilengkapi TV flat screen. Homestay ini juga menawarkan kemudahan seperti gim dan taman permainan.
Lokasi: Universiti Condo Apartment, Jalan Kg Dambai Batu 10, Kampung Keliangau, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Harga: RM 150 / malam
Bilangan: 7
Rooms: 3
Dutz Urbanstay Kota Kinabalu
Dutz Urbanstay Kota Kinabalu merupakan apartment berkembar dengan kemudahan lif yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Homestay ini berkelengkapan penuh dengan kemudahan memasak, hawa dingin dan lain-lain. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik mandi dan merupakan tempat yang sesuai untuk keluarga atau kumpulan yang besar.
Lokasi: Unit F-1-8, Jalan Sepangar, Ecopark Bukit Sepangar, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Harga: RM 150 / malam
Bilangan Tetamu: 11
Bilik: 3
MYR 300.00 /night
Kiena Homestay
Kiena Homestay berada di Bandar Telipok. Apartment ini dilengkapi dengan gim dan sebuah taman untuk beriadah. Apartment ini mempunyai 2 bilik tidur, dapur berserta peti sejuk, mesin basuh dan bilik mandi. Flat screen TV juga dibekalkan dengan siaran satelit.
Lokasi: Block G, Level 4, University Utama Condominium, Jalan Kayu Madang, Pekan Telipok, 89200 Kota Kinabalu Sabah
Condominium by Josie
One Borneo Condominium by Josie di Kota Kinabalu menawarkan tempat tinggal yang dilengkapi dengan WiFi percuma, 9km dari Pasar Filipina, Kota Kinabalu Sabah, 5km dari Masjid Likas dan 8km dari Jalan Gaya. Pusat membeli belah Oceanus Waterfront terletak 9km dari apartment ini.
Lokasi: A13-05, Tower A, 1 Borneo, Jalan Sulaman, 88450, Kota Kinabalu
Teratak Indah Kota Kinabalu
Homestay yang terletak di aras bawah ini sesuai dengan tetamu yang berumur. Dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi, setiap bilik mempunyai kati bersaiz super single yang boleh menampung 2 orang. 1 tilam tambahan dan bantal juga disediakan.
Lokasi: Block M-0-11, Universiti Condo Apartment 2, Jalan Universiti Condo Apartment 2, Menggatal, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Harga: RM160/night
Bilangan Tetamu: 8
Tetamu: 3
Selain daripada homestay yang disenaraikan di atas, terdapat banyak lagi penginapan di Kota Kinabalu untuk disewa pada harga berpatutan. Klik imej di atas untuk melihat senarai penuh tempat penginapan di Kota Kinabalu.