5 Tempat Makan Best di JB (Halal) Featured Image

5 Tempat Makan Best di JB (Halal)

By [email protected] - Feb 08, 2017 (Last Updated May 23, 2019)

Berbaloi Untuk Di Terjah.



Ingin merasai makanan halal paling sedap di Johor Bahru? Di sini kami senaraikan tempat-tempat makan yang mungkin dapat membantu anda ketika melawat JB nanti.


1. Kacang Pool Haji

[Gambar dari thevocket]

Kacang pool haji ini dihidangkan bersama daging lembu cincang, bawang, cili, limau kasturi dan telur mata. Hidangan roti bakar ini disapu dengan mentega supaya inti roti yang tebal akan berasa lembut walaupun ianya tebal manakala kulit roti akan berasa rangup. Hidangan ini boleh dinikmati sebagai sarapan pagi dan juga hidangan teh di waktu petang.

Alamat: Gerai 3, Medan Selera Larkin, Susur 5, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru (bersebelahan dengan stesen bomba Larkin). (Google Maps)

Waktu berniaga: 7:00AM – 1:00PM

GPS: 1.4855707, 103.749428


2. Restoran Hua Mui

[Gambar dari johorkaki]

Hua Mui merupakan sebuah kedai kopi yang terletak berdekatan dengan City Square dan telah ditubuhkan sejak 1946. Hidangan yang popular di Hua Mui adalah kombinasi kopi Hainan dengan roti bakar. Ia juga menghidangkan sarapan pagi ala America dan juga nasi lemak.

[Gambar dari johorkaki]

Hainanese Chicken Chop merupakan hidangan utama di restoran Hua Mui. Ia disaluti dengan kuah yang dipenuhi pelbagai rasa dan kentang wedges yang segar sebagai hidangan sampingan. Chicken chop yang dipenuhi dengan keranggupan ini pasti akan menjadi salah satu pilihan makanan tengah hari anda.

Alamat: 131, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru. (Google Maps)

Waktu Berniaga: 8:30AM - 9:30PM

GPS: 1.4573749, 103.7621171


3. Roslin Beriani House

[Gambar dari foursquare]

Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis nasi beriani terutamanya nasi beriani ayam, nasi beriani lembu, nasi beriani kambing dan sebagainya yang mana anda boleh memilih nasi beriani kegemaran anda untuk dihidangkan bersama kuah kari. Menggunakan beras basmati yang lembap dan berminyak, ia akan menjadi pilihan pertama bagi peminat nasi beriani.

Alamat: No. 14, Jalan Rebana, Taman Perbadanan Islam, Johor, Taman Perbadanan Islam, 80250 Johor Bahru. (Google Maps)

Waktu berniaga: 8:00AM - 6.30PM (close on Saturdays)

GPS: 1.4956712, 103.7581071


See also: 8 Masjid di Johor


4. Warong Mahmoodiah

[Gambar dari opensnap]

Warung Mahmoodiah menghidangkan nasi lemak, lontong dan soto sebagai sarapan pagi. Nasi lemak ayam goreng yang beraroma ini dihidangkan bersama ayam goreng yang rangup, sambal resipi tersendiri, kacang dan ikan bilis. Apa yang amat menarik adalah sambalnya bukan sahaja sedap dimakan bersama nasi lemak, malahan ia juga amat sedap dimakan bersama ayam goreng.

Alamat: 4A, Jalan Mahmoodiah, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru. (kawasan terbuka belakang JB) (Google Maps)

Waktu berniaga: 6:00AM – 12:00PM (Mondays – Thursdays only)

GPS: 1.4639306, 103.7514934


5. Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bahru

[Gambar dari johorkaki]

Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bahru ini cukup sinonim dengan makanan seperti sup tulang gearbox dan mee rebus Johor. Setiap hidangan akan disertakan dengan beberapa ketul tulang gearbox dengan straw untuk menyedut sum-sum tulang. Mee rebus nya pula agak berlainan jika dibandingkan dengan mee rebus di utara atau di pantai timur. Ini kerana kuah mee rebus di sini seakan-akan kuah satay yang tidak berkacang. Rasanya memang sangat ‘creamy’. Selain itu, disini juga terdapat hidangan makanan lain seperti masakan western, seafood dan masakan goreng-goreng.

Alamat: 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor  (Google Maps)

Waktu berniaga: 7:00AM – 2:00AM

GPS: 1.4682763, 103.74669270000004


Mencari Tempat Penginapan?

Layari www.letsgoholiday.my untuk tempat-tempat penginapan di Johor jika anda ingin melawati kedai makan ini.

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)