Villa Di Port Dickson
Kali ini kami ingin membawa anda bercuti ke Port Dickson, Negeri Sembilan!
Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai peranginan yang terkenal di Negeri Sembilan. Ia terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai perlabuhan untuk import and eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.
Port Dickson adalah sebuah destinasi yang sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Persisiran pantai ini sepanjang 18km telah menjadikan Port Dickson destinasi terbaik bagi pelancong untuk melakukan pelbagai aktiviti yang menarik seperti menaiki bot laju, snorkeling, bermandi-manda, menunggang kuda dan banyak lagi! Bukan itu sahaja, bandar ini juga tidak kurang dengan tarikan menarik yang lain seperti peninggalan-peninggalan bersejarah, akuarium, kampung nelayan dan hutan simpan.
Jika anda ingin ke Port Dickson untuk bercuti dan mencari penginapan yang selesa, di sini kami telah senaraikan villa-villa di Port Dickson yang sesuai untuk Hari Keluarga, bercuti dan BBQ bersama rakan rakan serta acara Team Building syarikat.
Villa 969
Villa 969 yang berkeluasan 12,000 kaki persegi ini adalah lokasi yang sangat santai untuk sanak-saudara dan rakan-rakan berkumpul bersama. Villa ini dilengkapi dengan 5 bilik tidur dan kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia terletak dalam kawasan kejiranan yang berpagar dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung terjamin sepenuhnya.
Selain itu, dengan segala fasiliti asas serta kemudahan tambahan seperti set BBQ, Wifi, permainan seperti badminton, takraw, pingpong dan lain-lain, tentunya anda takkan berasa bosan berada di Villa 969. Ruang villa yang berpagar dan laman hijau menambahkan ketenangan sambil berehat menikmati deruan air yang mengalir.
Alamat : PD Villa Country Resort, 71050 Teluk Kemang Port Dickson, NS
Harga : Dari RM 1,000 /malam
Untuk maklumat lanjut tentang villa ini, klik di bawah
MYR 1,450.00 /night
MYR 220.00 /night
Kita mempunyai banyak lagi penginapan di Port Dickson! Klik imej di atas untuk maklumat lanjut. Selamat Mencuti!