Taman Buaya & Rekreasi Melaka (TBRM) Featured Image

Taman Buaya & Rekreasi Melaka (TBRM)

By [email protected] - Dec 28, 2016 (Last Updated Aug 03, 2020)

Telah ditubuhkan sejak tahun 1987 dan sudah hampir 30 tahun beroperasi dan masih kukuh dalam bidang pelancongan. Keluasan mencecah 3 ekar yang menempatkan 9 kolam buaya, Bangunan Malaysia miniature, Rumah Reptilia, Rumah Mamalia, Walkthrough Aviary, Amusement park, Taman Herba dan lain-lain fasiliti.

Berikut ialah senarai tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong dan beberapa acara kemuncak yang terdapat di TBRM.

Ingin melawat ke Taman Buaya Melaka?

Layari SINI untuk hotel dan homestay yang berharga berpatutan di Melaka!


1. Buaya

Photo Credit to Jamal Rahman

Keseluruhannya terdapat 100 ekor buaya yang terdiri daripada 4 spesis iaitu buaya tembaga, buaya siam, buaya caiman dan buaya jejulung. Terdapat juga buaya istimewa seperti buaya kontot dan buaya bongkok.


2. Malaysia Miniature

Menempatkan 14 mini replika bangunan-bangunan bersejarah dan kebanggaan Malaysia antaranya A, Famosa, Bangunan Stadhuys, Menara Berkembar Petronas, Menara kuala Lumpur, Tugu Negara, Litar Sepang dan banyak lagi.


3. Rumah reptilia

Menempatkan beberapa haiwan kategori Reptilia antaranya beberapa spesis ular, kura-kura & tuntung.

Antaranya:

  1. American Rattlesnake / Ular orok-orok
  2. Python reticulatus / Ular Sawa batik
  3. Alligator Snapping Turtle
  4. Red footed tortoise
  5. Yellow footed tortoise
  6. Asian Box Turtle/ Kura-kura katup


4. Rumah Mamalia

Menempatkan spesis mamalia dari luar negara yang terlatih dan boleh berinteraksi dengan pengunjung antaranya Rakun dan Coati Mundi.


5. Walkthrough Aviary

Berjalan Melalui Aviary adalah pengalaman yang menarik kerana para pengunjung dapat berinteraksi secara bebas dan memberi makan kepada kepada pelbagai jenis burung. Persekitaran yang subur dan hijau memberi suasana habitat sebenar bagi spesis yang ada di sini antaranya burung merak, burung parakeet, burung budgie, itik belibis, ayam api-api dan banyak lagi.


6. Taman Herba

Terdapat lebih 60 tanaman herba asli beserta info-info mengenai kegunaan dan kelebihan tanaman tersebut. Antara spesis herba yang ada tongkat ali, misai kucing, hempedu bumi, lidah buaya, senduduk putih. Juga terdapat tapak semaian yang mengetengahkan ilmu penyemaian anak benih pokok herba di samping penjualan anak pokok herba dan buah-buahan.


7. Amusement Park

Menempatkan 2 jenis hiburan iaitu rasai pengalaman menaiki keretaapi melalui gua yang dihuni oleh rakrasa dan dinasour di Mini Train Dinasour manakala Rumah hantu yang menghidupkan suasana seram dan suspen dalam taman hiburan.


8. Water Theme Park

Rasai pengalaman mandi-manda dalam kawasan di taman tema air TBRM yang dilengkapi dengan gelongsor air dan air terjun terbuka kepada semua golongan. Masuk adalah percuma. Dilengkapi dengan kawasan rehat berbumbung dan kedai makanan ringan bagi pengunjung beriadah dan bersantai bersama ahli keluarga.


9. Feeding zone

Istimewa bagi pengunjung yang ingin berinteraksi bersama haiwan peliharaan kerana dapat memberi makan kepada haiwan sepeti arnad, ikan koi, burung dan ayam belanda.


Antara acara kemuncak yang terdapat di TBRM termasuk:

1. Persembahan kebudayaan

Diadakan pada setiap hari Sabtu, Ahad, Cuti Umum pada jam 12.30 tengah hari dan 2.30 petang.


2. Pertunjukan silap mata

Saksikan aksi-aksi dan persembahan hebat dari ahli silap mata kami pada setiap hari Sabtu,Ahad, Cuti Umum Dan Musim Cuti persekolahan pada jam 11.30 pagi dan 3.30 petang.


3. Demonstrasi buaya makan

Demonstrasi memberi buaya makan diadakan di kolam-kolam buaya terpilih bagi menyaksikan aksi agresif buaya bagi mendapatkan makanan. Para oengunjung juga berpeluang marasai pengalaman memberi buaya makan secara percuma dengan pantauan para staff. Diadakan pada setiap hari Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Musim Cuti Persekolahan pada jam 12.00 tengahari dan 4.00 petang.


Fasiliti

  1. Dewan Serbaguna TBRM
  2. Pentas Kebudayaan
  3. Gazebo
  4. Kawasan Rehat Berbumbung di Kolam mandi
  5. Bilik air
  6. Surau
  7. Pa System
  8. Tempat Letak kereta berpagar
  9. Kedai Cenderahati & makanan ringan


Servis

  1. Education Program
  2. Guided Tour
  3. School Trip
  4. Camping / Teambuilding Program
  5. Telematch
  6. Explorace / Treasure Hunt
  7. Sport Day
  8. Family day
  9. Graduation Day
  10. Birthday party
  11. Corporate Event


Pihak Taman Buaya & Rekreasi Melaka berbesar hati menjemput anda merasai pengalaman yang menyeronokkan lagi unik di Taman Buaya & Rekreasi Melaka.


Untuk keterangan lanjut, Hubungi mereka di:

Telefon:

06-232 2350 /06-231 9136

Faksimili:

06-232 2349

Emel:

[email protected]

Alamat:

Taman Buaya & Rekreasi Melaka, Pusat Pelancongan Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Waktu Operasi:

9.00 pagi hingga 7.00 petang. (Setiap Hari)


Inginkan lebih banyak pilihan penginapan di Melaka? Kami mempunyai banyak lagi senarai hotel dan homestay terbaik di seluruh Melaka yang boleh anda pilih. Klik sahaja pada gambar di bawah untuk mendapatkan pilihan yang menarik dan berbaloi. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)