Shafi’e Beca (Bandar Hilir Melaka)
Shafie bersama becanya
Sebut sahaja beca ianya tidak dapat dipisahkan dengan Melaka, kerana ia adalah salah satu daripada aktiviti yang menarik di Melaka. Rugi kalau datang ke Melaka tak cuba naik beca di sini.
Yang unik tentang beca di Melaka ni ialah setiap beca dihias dengan pelbagai hiasan yang menarik dan berwarn-warni
Penarik beca di sini sanggup berhabis ribuan ringgit bahkan boleh mencecah sehingga berpuluh ribu ringgit hanya untuk menghiasi beca-beca mereka dengan pelbagai tema tertentu termasuk rumah Melaka, rama-rama, pelamin dan payung
Beca ni juga dilengkap dengan Pelbagai jenis muzik. Muzik yang ada termasuk muzik zaman dahulu, i.e. lagu P.Ramlee atau yang muzik jenis moden, i.e Gangnam Style.
Bukan itu sahaja, ada di antara mereka yang menghiasi beca dengan pelbagai lampu yang menarik bagi menambah daya tarikan kepada penumpang terutamanya pada waktu malam.
Ingin menaiki beca di Melaka?
Layari SINI untuk hotel dan homestay yang berharga berpatutan di Melaka!
Source Image: https://www.okgo.ws/portfolios/melaka/
Terdapat lebih kurang 300 pengayuh beca di bandar Melaka ni.
Usaha lebih 300 orang penarik beca ni yang menghias beca-beca milik mereka dengan gaya yang cukup kreatif barangkali menjadi penyumbang terbesar kepada tarikan tersebut.
Mengikut pengayuh beca ni, dalam satu hari jika di hari minggu atau cuti sekolah, mereka boleh menjana pendapatan lebih kurang RM150 sehari.
Kebanyakan penumpang tidak kisah berbelanja lebih semata-mata inginkan pengalaman menaiki beca mengelilingi tempat-tempat bersejarah di sekitar Banda Hilir.
Bagi penarik-penarik beca di negeri ini, biarpun pendapatan mereka diibaratkan seperti nelayan yang bergantung hidup kepada hasil tangkapan laut, tapi kegembiraan serta keseronokan berkongsi pelbagai cerita dengan penumpang memberikan kepuasan tersendiri.
Pengunjung bukan sahaja dapat mencuci mata melihat bangunan-bangunan bersejarah di bandar Melaka, tapi mereka juga dapat maklumat tambahan tentang bangunan-bangunan tersebut daripada pengayuh beca itu sendiri. Kebanyakan pengayuh beca berasal dari Melaka, jadi mereka mestilah mahir tentang selok-belok bandar Melaka ni.
Dari segi kos tambang yang dikenakan, kami jangkakan kosnya amat berpatutan. Para pengunjung mungkin berpuas hati terhadap tambang yang dikenakan oleh pengayuh beca kepada mereka. Menurut seorang pengayuh beca yang bernama Shafie, Harga yang dikenakan kepada pengunjung adalah RM25 untuk seorang.
Beca Shafie
Jadi kalau anda ke sini, jangan lepaskan peluang untuk naik beca. Kalau mahu lebih sejuk dan seronok, naiklah pada waktu malam
Tambang Beca Melaka
RM25 – Untuk seorang
Inginkan lebih banyak pilihan penginapan di Melaka? Kami mempunyai banyak lagi senarai hotel dan homestay terbaik di seluruh Melaka yang boleh anda pilih. Klik sahaja pada gambar di bawah untuk mendapatkan pilihan yang menarik dan berbaloi.