Senarai Hotel Harga Berpatutan Di Taiping Featured Image

Senarai Hotel Harga Berpatutan Di Taiping

By Hani - Apr 11, 2019 (Last Updated Apr 26, 2019)

Anda sedang berfikir untuk bercuti tapi tak tahu nak ke mana dan nak buat apa? Apa kata kalau kami cadangkan anda untuk buat road trip. Ya, road trip di Semenanjung Malaysia macam Mat Salleh di filem-filem Hollywood tu! Tapi, kalau bajet anda berskala kecil, tak mengapa, kalau dapat masuk dua negeri pun dah dikira mewah. Tapi, destinasi mana yang paling best ye nak buat road trip? Jom kita ke Penang tapi sebelum itu, singgah dulu di Taiping dan bermalam di salah satu hotel di Taiping dengan harga berpatutan!


Tapi, kenapa Taiping ye? Taiping, kalau anda nak tahu, terletak lebih kurang 48 km dari bandar Ipoh dan 78 km dari bandar Georgetown. Kiranya tengah-tengah saja dari bandar Hipster Ipoh dan syurga makanan enak, Penang. Tidak dinafikan, Taiping ni kurang happening dari keduanya, Penang atau Ipoh, tapi, Taiping ni terdapat banyak tarikannya tau.


Taiping terkenal dengan seni bina tinggalan jajahan British pada suatu ketika dahulu. Selain itu, Taiping mempunyai banyak flora dan fauna dan tumbuhan yang malar menghijau. Salah satunya di Lake Gardens. Lake Gardens ni sangat indah tau. Anda mesti rasa tenang dan damai saja kalau datang ke sini. Selain itu, kalau anda seorang yang kaki selfie dan nak masukkan gambar-gambar cantik di Instagram anda, boleh posing di sini. Lake Garden ini juga sebuah destinasi tepat untuk para pengantin baru nak ambil gambar outdoor. Kalau anda mat atau minah bunga, jom datang ke Tulip Garden pula. Di sini terdapat banyak hasil tumbuhan dan jenis bunga tulip. Silap-silap anda rasa macam di Kota Belanda pulak!


Sesudah merehatkan mata dan minda anda melihat kehijauan alam di Taiping, anda boleh singgah ke Zoo Taiping dan lihat haiwan-haiwan di sini. Kalau anda nak lihat sendiri bagaimana haiwan-haiwan ini aktif pada waktu malam, anda boleh datang ke Night Safari di Zoo Taiping. Kalau anda nak lebih ekstrim lagi, anda boleh mendaki Bukit Larut dengan ketinggian 1000 m. Tapi, bukan untuk calang-calang orang ye. Pastikan anda sihat dan fit untuk nak mendaki bukit ni.


Kalau tidak, anda boleh melawat semula ke zaman silam dan belajar sejarah. Singgahlah ke Old Clock Tower, Muzium Perak dan stesen kereta api tertua di Malaysia yang ada di Taiping. Kalau anda nak tahu, Muzium Perak juga merupakan muzium pertama dan tertua di Malaysia ini. Haa, pastinya banyak yang anda (dan anak-anak anda juga) dapat mempelajari dari percutian ini!


Untuk para isteri dan mak-mak, jangan risau. Jom tarik tangan suami anda ke Taiping Mall dan Taiping Sentral Mall. Kasi peluang pula pada kaum wanita nak shopping. Alah, kalau nak window shopping pun boleh kan!


Sudah pastinya anda dah letih dari berjalan-jalan kan? Apa kata anda singgah bermalam dulu di salah satu hotel di Taiping ni. Tapi, jangan risau pasal bajet, sebab di bawah ini kami dah senaraikan hotel harga berpatutan di Taiping. Jom lihat dan tempah!



Hotel Taiping Perdana

Hotel Taiping Perdana terletak di tengah-tengah bandar Taiping merupakan hotel bertaraf 3 bintang namun, menawarkan servis dan kemudahan 4 bintang. Jangan terkejut tau hotel ini mempunyai kolam renang indoor yang luas yang berlatar belakangkan Bukit Larut. Selain itu,

Hotel Taiping Perdana menawarkan sarapan pagi yang lazat dan tilam tambahan (dengan caj tambahan). Lokasi hotel ini sangat strategik dan berhampiran dengan kedai-kedai, kemudahan seperti ATM dan pejabat dan tarikan di sekitar Taiping seperti Kuala Sepetang, Zoo Taiping dan Lake Garden.


Alamat: 1, Lorong Koperasi 1, Medan Koperasi, 34000 Taiping, Perak. 

Harga:  Bermula RM130 / malam


Tempah Sekarang Dari RM130!  


Panorama Hotel Taiping

Siapa sangka hotel yang kelihatan agak lama dari luar ini, rupanya cantik dan moden di dalamnya; itulah Hotel Panorama Taiping yang terletak di tengah-tengah pekan Taiping. Hotel ini mempunyai 80 buah bilik mewah dari Standard, Deluxe, Family dan Suite Room dengan harga yang berpatutan.

Kesemua bilik ini termasuk dengan tandas persendirian, mandian panas/sejuk, wifi, surat khabar dan air mineral di dalam bilik. Manakala, bilik Deluxe dan Suite dilengkapi dengan mini bar dan alat membuat kopi. 


Alamat: 61-79, Jalan Kota, 34000 Taiping, Perak.

Harga:  Bermula RM98 / malam


Tempah Sekarang Dari RM98!  


Hotel Seri Malaysia Taiping

Hotel Seri Malaysia Taiping terletak berhampiran dengan Lake Garden Taiping yang indah dan menghijau. Selain itu, hotel ini juga berhampiran dengan tarikan-tarikan menarik di Taiping seperti Zoo Taiping, Bukit Maxwell, stesen kereta api yang pertama di Malaysia yang juga di Taiping dan Tulip Garden. Anda pasti akan berasa selesa dan senang ketika menginap di Hotel Seri Malaysia.


Alamat: 4, Jalan Sultan Mansor, 34000 Taiping, Perak.

Harga:  Bermula RM128 / malam


Tempah Sekarang Dari RM128!  


MYR 165.00 /night

Dapatkan diskaun hebat ketika anda menempah hotel di Taiping sekarang!


Hmmm. Masih belum jumpa penginapan yang sesuai dan menarik untuk percutian anda di Taiping? Jangan risau! Ada banyak lagi yang tidak tersenarai di atas tetapi mampu menarik perhatian anda. Klik pada gambar di bawah untuk lebih lanjut,. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

(1 VOTES)