Senarai Hotel di Putrajaya
Anda dan keluarga ingin ke Putrajaya pada hujung minggu nanti? Mungkin untuk memenuhi undangan ke majlis perkahwinan rakan-rakan di kawasan sekitar Putrajaya. Atau juga anda memang bercadang untuk ke Putrajaya untuk bersiar-siar ke tempat baharu.
Ye lah, kalau tak sampai, tak tahu lah rasa macam mana berada di tempat orang, ye tak? Asyik dengar kawan-kawan lain sebut tentang tempat-tempat di Putrajaya, sekarang giliran kita lah untuk ke sana. Baru lah boleh rasa sendiri apa yang orang lain asyik cerita. Boleh tengok betul ke tidak apa kawan-kawan cakap tu haha.
Masjid Putra
Tasik Putrajaya
Tasik Putrajaya terletak di tengah-tengah Putrajaya. Ianya bersaiz 650 hektar dan merupakan sebuah tasik buatan berfungsi sebagai penyejuk semulajadi kawasan Putrjaya. Ianya juga digunakan sebagai tempat rekreasi, memancing, aktiviti sukan air dan sebagai satu medium pengangkutan.
Anda perlu mencuba Cruise Tasik Putrajaya yang boleh membawa anda melihat 20 mercu tanda Putrajaya. Bot yang digunakan juga sangat selesa dan terdapat kemudahan boat kruise yang berrhawa dingin dan menyediakan pengalaman menjamu selera di dalam boat cruise.
Dataran Putrajaya
Dataran Putrajaya terletak sangat berdekatan dengan Masjid Putra. Dataran ini mempunyai corak bintang 11 bucu jika dilihat dari pemandangan atas. 11 bucu ini melambangkan 11 buah negeri Malaya sewaktu negara kita mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Terdapat 2 lagi bintang berbucu 13 dan 14 di dalam bintang ini yang menggambarkan penyatuan negeri-negeri lain yang membentuk negara Malaysia kita pada hari ini.
Dataran ini adalah tempat wajib untuk anda bergambar sebagai tanda keberadaan anda di sini. Selain itu, dataran ini menjadi tempat untuk berkasut roda dan anda juga boleh bersiar-siar di sekitar kawasan Tasik Putrajaya dengan menaik beca berlampu pada waktu malam.
Terdapat lagi aktiviti lain yang anda boleh lakukan semasa di Putrajaya. Anda boleh bersiar-siar di taman-taman atau pun membeli-belah di pusat membeli-belah di sini. Anda digalakkan untuk menginap di Putrajaya untuk benar-benar merasa kehidupan di Putrajaya ini.
Di sini kami sertakan senarai hotel di Putrajaya untuk anda pilih sebagai tempat penginapan anda.
The Everly Putrajaya
The Everly Putrajaya adalah salah sebuah hotel di tepian Tasik Putrajaya. Lokasinya strategik di tengah-tengah bandar Putrajaya dan berhampiran dengan Pusat Membeli-belah Alamanda Putrajaya, Putra Perdana Park dan Taman Warisan Pertainan. Penginap hotel ini boleh menikmati pemandangan tasik Putra daripada bilik penginapan hotel ini.
Alamat: 1, Jalan Alamanda 2, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Harga: dari RM145/malam
Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Hotel Pullman Putrajaya Lakeside adalah sebuah hotel di tepian tasik Putrajaya. Hotel ini mempunyai rekabentuk kontemporari dengan menara jamnya sendiri. Bagi pengunjung yang meminati pemandangan pada waktu malam, hotel ini berhampiran dengan Jambatan Seri Wawasan, suatu tarikan utama kerana pemandangannya yang cantik pada waktu malam. Hotel ini juga berdekatan dengan Putrajaua international Convention Centre (PICC) dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur 1 dan 2.
Alamat: 2, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Harga: dari RM211/malam
Palm Garden IOI
Palm Garden IOI merupakan hotel serba unik yang dikelilingi landskap taman. Bilik penginapan di hotel ini mempunyai cermin tingkap yang tinggi bagi memaksimakan pencahayaan semulajadi bagi kamar penginapan anda. Terdapat perkhidmatan bas percuma untuk ke IOI City Mall dari hotel ini. Hotel ini berhampiran dengan Palm Garden Golf Course, IOI City Mall, Wetland Park dan Pusat Membeli-belah Alamanda Putrajaya.
Alamat: Golf Course Development Sdn Bhd 228543-V, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Selangor
Harga: dari RM180/malam
Pulse Grande Hotel
Pulse Grande Hotel merupakan sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang di Putrajaya. Sebelum ini, ianya dikenali sebagai Shangri-La Hotel dan telah pun dijenamakan semula sebagai Pulse Grande Hotel. Hotel ini membawa konsep hotel taman di mana ianya dikelilingi pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan dan lanskap tropika.
Hotel ini berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sesuai untuk anda yang akan menaiki kapal terbang ke destinasi seterusnya atau pulang ke negeri anda semula. Di Putrajaya, ianya berhampiran dengan Dataran putra, Pusat Membeli-belah Alamanda Putrajaya, Masjid Putra, Wetland Park dan IOI City Mall.
Alamat: Taman Putra Perdana, Jalan Putra Perdana, Presint 1, 62000 Putrajaya
Harga: dari RM328/malam
Lihat pada senarai hotel dibawah untuk hotel-hotel di sekitar kawasan Putrajaya.
Mahukan tawaran harga istimewa untuk tempahan penginapan anda di Putrajaya? Gunakan kod promo kami untuk tempahan anda di LetsGoHoliday.my!
Klik pada gambar di bawah untuk pilihan tempat penginapan seperti hotel dan homestay di Putrajaya.