23 Homestay Putrajaya Khas Untuk Keluarga Featured Image

23 Homestay Putrajaya Khas Untuk Keluarga

By [email protected] - Jan 28, 2019 (Last Updated Aug 19, 2019)

Stress dengan kerja? Kena marah dengan boss di pejabat, balik rumah pula anak-anak bergaduh menyakat sesama sendiri. Rasa nak menjerit je atas gunung!




Eh, jangan sampai macam tu sekali. Apa kata kami cadangkan anda untuk pergi bercuti? Alah, cuti dekat-dekat je pun okay kan? Asalkan dapat mencari ketenangan dan lari sebentar dari hiruk-pikuk. Tapi, bercuti dekat-dekat tu kat mana ye? Haa, apa kata kita singgah bercuti di Putrajaya dan singgah tidur di 23 Homestay Putrajaya Khas Untuk Keluarga?


Ya, Putrajaya Bandar Pentadbiran Kerajaan. Putrajaya merupakan bandar terancang dengan jaraknya 25 km dari selatan Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran persekutuan Malaysia. Pada awalnya, pusat pentadbiran kerajaan terletak di Kuala Lumpur, oleh kerana kesesakan jalan raya dan beberapa faktor lain, pusat pentadbiran persekutuan Malaysia kini telah dipindahkan di Putrajaya. Memang anda akan terfikir apa yang seronok sangat di sekitar bandar yang penuh dengan pejabat-pejabat kerajaan ni. Argh, kata nak lupakan pasal masalah di pejabat! 


Jangan risau, Putrajaya yang juga dikenali sebagai Taman Taman Pintar ini sebenarnya terdapat banyak tarikannya tersendiri. Antaranya, Putrajaya dikenali dengan jambatan-jambatan gah dengan senibina gabungan Islamik dan futuristik. Terdapat 8 jambatan di Putrajaya secara keseluruhannya. Dua dari lapan jambatan ikonik di Putrajaya dillhamkan oleh Jambatan Khaju yang terkenal di Isfahan, Iran dan Jambatan Seri Wawasan yang merupakan jambatan kabel yang moden.


Putrajaya sangat komited terhadap pemeliharaan alam semula jadi dan kerajaan telah memperuntukkan 70% dari landskapnya terdiri dari taman-taman dan tasik-tasik. Terdapat 13 taman yang berbeza dari segi landskap dan tumbuhan botanikal serta susun atur faunanya. Tambahan pula, setiap taman ini dibina sebuah tasik buatan manusia seluas 600 hektar.


Selain itu, Putrajaya juga terdapat banyak taman-taman yang cantik dan Instagrammable. Taman-taman ini bukan saja seronok untuk beriadah bersama keluarga, anda juga boleh berkelah dengan seisi keluarga. Tapi kan tengah bercuti, tang mana tu nak memasaknya. Ya tak ya juga kan, tapi jangan risau, anda boleh tapau je makanan kegemaran anda dari pusat-pusat membeli-belah di sekitar Putrajaya dan duduk bersantai berkelah dengan seisi keluarga. 


Dah penat meluangkan masa dengan keluarga seharian, pastinya anda mencari-cari tempat tidur kan? Di bawah ini kami senaraikan 23 Homestay Putrajaya khas untuk anda dan keluarga anda yang tentunya selesa dan luas.


Nak dapatkan penjimatan hebat dengan kami? Klik sini.



Tidak puas dengan senarai 23 Homestay Putrajaya Khas Untuk Keluarga kami di atas? Tak mengapa. Tekan terus pada gambar di atas untuk melihat senarai penuh penginapan di Putrajaya. Di bawah ini pula kami dah senaraikan artikel-artikel menarik sesuai untuk percutian anda di Putrajaya dan Selangor. Jom teruskan membaca!


Budget Hotel In Putrajaya



Artikel ini ditulis dalam Bahasa Inggeris menyenaraikan Hotel-hotel Bajet di Putrajaya. Bagi anda yang masih berkira-kira untuk bercuti, nah tekan saja pada gambar di atas untuk lihat senarai Hotel Bajet di Putrajaya yang kami sajikan. Namun, jangan sangka bajet bererti tiada kualiti dan kotor tau. Kami senaraikan hotel bajet di Putrajaya yang selesa dan bersih khas untuk anda!


Top 10 Homestays For Family Gathering In Selangor



Satu lagi artikel kami yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, artikel ini menyenaraikan Top 10 homestay yang best untuk keluarga besar berkumpul ramai-ramai di kawasan Selangor. Tapi, jangan risau, kami faham dengan kekangan bajet dan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Jadi, kami senaraikan homestay yang besar tapi dengan harga berpatutan tau. Tekan saja pada gambar di atas untuk melihat senarai homestay best untuk keluarga besar berkumpul di Selangor.


Homestay Ada Kolam Renang Di Selangor


Pastinya bila anda merancang percutian anda bersama keluarga, anak-anak anda pastinya meminta untuk tinggal di penginapan yang mempunyai kolam renang bukan? Lihat pada senarai homestay ada kolam renang di Selangor kami di atas ini. Sekarang ni bukan hotel saja yang menyediakan kolam renang, percutian di homestay pun sudah mampu untuk memberikan servis yang hampir setanding dengan hotel. Jom berendam di kolam renang! Anak-anak gembira, ibu bapa pun pastinya gembira kan?

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.43 (23 VOTES)