Senarai 18 Hotel di Kuala Lumpur Featured Image

Senarai 18 Hotel di Kuala Lumpur

By [email protected] - Nov 30, 2018 (Last Updated Sep 02, 2020)

Ibu Kota Malaysia, Kuala Lumpur kaya dengan percampuran budaya dan etnik dari pelbagai kaum seperti Tamil, Cina, Melayu dan penduduk asli. Pelancongan adalah tumpuan utama di Kuala Lumpur dan terdapat banyak tarikan moden atau tradisional yang boleh dipilih untuk pelawat sesuai dengan citarasa masing-masing.


Sama ada anda ingin melawat dan mengagumi keunikan masjid dan kuil atau merakamkan keunikan pencakar langit yang berunsurkan elemen futuristik, melawat pasar malam dan makanan jalanan atau berjalan di pusat membeli-belah, terdapat banyak benda untuk dilakukan di bandar Kuala Lumpur ini. Di sini kami menyenaraikan perkara-perkara seronok  yang boleh dilakukan di Kuala Lumpur dan kemudiannya kami akan menyenaraikan 18 hotel terbaik di Kuala Lumpur khas untuk anda!



Jom kita lihat apakah yang boleh dilakukan di KL?


Sudah tentunya anda perlu melawat pencakar langit berkembar yang gah dengan elemen futuristik iaitu Menara Berkembar Petronas. Ia merupakan menara berkembar tertinggi di dunia yang mempunyai reka bentuk postmodern yang menakjubkan hasil inspirasi dan gabungan reka bentuk Tamadun Islam. Para pengunjung berkumpul di sini datang untuk menikmati pemandangan bandar KL yang menakjubkan. Seterusnya, anda boleh kembali pada masa silam dan mempelajari sejarah Kuil Sri Mahamariamman. Ia telah dibina sejak abad ke-19, menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda mempelajari tentang pelbagai budaya dan agama di bandar KL.


Kuil ini mudah dikenali dan dikesan kerana ia mempunyai gerbang masuk yang cerah dan berwarna-warni yang menampilkan pelbagai dewa Hindu yang menggambarkan legenda terkenal. Di halaman kuil ini juga berfungsi sebagai tempat ibadat untuk penganut agama Hindu tempatan dan mengalu-alukan pelawat untuk meneliti dan menghargai seni bina kuil ini.


Anda juga boleh belajar dan menikmati budaya di KL dengan melawat Muzium Negara. Jika anda tertanya-tanya mengenai sejarah dan sistem pengangkutan kereta api di KL, anda boleh melawat Stesen Kereta Api Utama yang dibina dengan ilham dari gabungan seni bina Asia dan British. Jika anda ingin membeli cenderamata untuk dibawa pulang, Central Market (atau Pasar Seni) menawarkan seni dan kraf yang berunsurkan etnik dan pengaruh tempatan. Pasar Seni ini pada asalnya merupakan pasar basah yang menjual daging, sayur dan buah-buahan. Namun kini ianya menjadi tempat pengkarya seni lukis dan seni muzik untuk berkunjung dan mempamerkan hasil karya mereka. 


Jika anda ingin membeli-belah, anda boleh melawat pusat membeli-belah Suria KLCC yang terletak di dalam Menara Berkembar Petronas atau di pusat membeli-belah sekitar kawasan Segitiga Emas. Ingin membeli-belah seperti orang tempatan? Lawati dan kunjungi lah Petaling Street atau di Chinatown.


Alamak, semua tempat yang disenaraikan ini terlalu sesak dan ramai orang? Jangan risau, anda boleh merehatkan badan dan minda dengan alam di KL Bird Park, Zoo Negara dan Taman Rama-Rama KL. Lebih baik lagi, anda boleh bersiar-siar secara percuma di taman KLCC. Nah, terlalu banyak aktiviti dan perkara yang boleh dilakukan di KL bukan?


Namun, selepas seharian keluar bersiar-siar meneroka KL, anda pasti akan menjadi letih dan mencari tempat yang best untuk bermalam. Jangan bimbang kerana seperti yang dijanjikan, kami akan senaraikan 18 hotel terbaik di KL khas untuk anda!


MYR 90.00 /night

MYR 100.00 /night

Menginap dengan yang terbaik tidak seharusnya mahal. Ketahui cara untuk mendapatkan harga terbaik di sini!

MYR 130.00 /night


Lihat senarai penginapan di Kuala Lumpur. Jika anda ingin melawati tempat lain, layari website kami untuk melihat senarai penginapan di seluruh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan banyak lagi!

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)