Adakah anda masih terfikir-fikir destinasi percutian sama ada untuk pengembaraan solo, roadtrip bersama rakan-rakan atau bercuti dengan keluarga tersayang? Apa kata jika kami cadangkan percutian di Pulau Pinang? Lebih-lebih lagi Pulau Pinang menyediakan hotel yang menarik untuk anda menginap. Jom baca lebih lanjut mengapa Pulau Pinang seharusnya dijadikan destinasi anda seterusnya dan lihat senarai hotel terbaik di Pulau Pinang 2019 khas untuk anda!
Pulau Pinang adalah salah satu negeri di bahagaian Utara Malaysia yang dipisahkan dengan dua jambatan ikonik di antara pulau dan tanah besar. Jikalau anda bertanya pada mana-mana rakyat Malaysia, apa yang menarik dan terkenalnya Pulau Pinang ini, sudah semestinya mereka akan menjawab makanan dan bangunan peninggalan sejarah yang unik.
Antara kedai makan yang anda patut singgah pekena di Pulau Pinang tentunya Nasi Kandar. Nasi Kandar yang paling power di Pulau Pinang adalah di Nasi Kandar Kampung Melayu. Tidak dinafikan di Pulau Pinang terdapat banyak kedai makan Nasi Kandar yang best, kena ikut selera tekak masing-masing, tapi Nasi Kandar Kampung Melayu ni antara Nasi Kandar yang top di sini. Anda juga boleh singgah makan di Hameediyah, Astaka Taman Tun Sardon, Cargas Cafe Bayan Lepas, Restoran Sup Hameed, dan Restoran Kapitan. Fuh, beraneka jenis makanan kan. Punah diet macam ni!
Untuk anda yang kaki
selfie, boleh singgah di
tempat-tempat ini untuk nak upload gambar unik dan best dalam Instagram anda. Antaranya adalah Phantamania Magic World Penang, Wonderfood Museum Penang, Penang 3D Trick Art Museum, Upside Down Museum Pulau Pinang, dan Penang Time Tunnel. Namun diingatkan, untuk masuk ke tempat-tempat ini, anda perlu membayar tiket masuk dulu ya.
Pasti anda penat seharian keluar ber-selfie dan food coma dengan jalan jalan cari makan makanan yang best di Pulau Pinang ni kan. Dan seperti yang kami janjikan, jom lihat senarai hotel terbaik di Pulau Pinang 2019 di bawah ini!
Nak dapat ganjaran lagi best? Klik sini untuk mendapat promosi hebat khas untuk anda!