10 Hotel Murah di Penang
Penang merupakan salah satu tempat kunjungan yang popular di Malaysia. Bila sebut Penang, dah boleh terbayang makanan-makanan yang sedap di sana. Nasi Kandar, Laksa Penang, Char Keuy Teow, Pasembur dan macam-macam lagi lah. Kadang-kadang boleh terus terasa lapar bila terdengan nama Penang!
Selain daripada makanan yang sedap, Penang pun terkenal dengan lokasi-lokasi bersejarah dan juga aktivti-aktiviti ekstrim yang menjadi kegilaan orang-orang muda untuk mencuba. The Gravityz di Komtar menawarkan pelbagai aktiviti yang mencabar seperti Confidence Path, High Bench dan A Great Bridge.
Bagi mereka yang sukakan tempat-tempat tinggi, boleh lah datang ke The Gravityz. Escape Theme Park Penang juga menawarkan aktiviti yang serupa seperti gelongsor tayar, flying fox dan laluan titian tinggi.
Sekarang, anda mungkin sudah ada itinerari anda sendiri, dengan senarai tempat makan dan aktiviti baru yang anda ingin cuba seperti Confidence Path di The Gravityz. Kalau anda masih berkira-kira untuk mencari tempat penginapan yang sesuai dengan bajet percutian anda, jom lihat 10 hotel murah di Penang di bawah ni.
Chateau One
Chateau One Hotel di Georgetown terletak berdekatan dengan KOMTAR dan kawasan gerai-gerai makanan popular di Penang. Tempat-tempat menarik di Penang seperti Muzium Wonderfood, Penang Street Art, Clan Jetties, Fort Cornwallis dan Padang Kota Lama juga terletak berhampiran dengan hotel ini.
Kemudahan: Wifi, bilik berhawa dingin, kawasan tidak boleh merokok.
Alamat: No 1, Lebuh Klang, 10200 Georgetown, Penang.
Harga: dari RM38/malam
AG Hotel Penang
Hotel ini menawarkan bilik-bilik yang lengkap dan selesa untuk pengunjung berkeluarga. Ianya berdekatan dengan Muzium Khoo Kongsi dan Tokong Kek Lok Si.
Kemudahan: Wifi, bilik berhawa dingin, tempat letak kereta, kawasan tidak boleh merokok, TV.
Alamat: 350-E, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Georgetown, Penang, Malaysia.
Harga: dari RM110/malam
Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang terletak di Bandar Bayan Baru, berdekatan dengan Snake Temple. Terdapat banyak restoran berdekatan dan lokasinya berhampiran dengan Cheong Fatt Tze Mansion, Pinang Peranakan Mansion, Fort Cornwallis dan Tokong Kek Lok Si.
Kemudahan: Wifi, bilik berhawa dingin di bilik dan ruang tamu, kawasan tidak boleh merokok, kolam renang, peralatan BBQ, TV beserta Astro, peti keselamatan, mersa kerusi roda.
Alamat: 7, Jalan Mayang Pasir 2, Bandar Bayan Baru, 11950 Pulau Pinang.
Harga: dari RM110/malam
T+ Hotel Macallum terletak di Georgetown dan berdekatan dengan Prangin Mall dan Komtar. Tempat-tempat pelancongan yang berdekatan ialah Muzium 3D Trick Art Penang, Sky WALK, Fort Cornwallis, Penang Little India, Khoo Kongsi dan Clan Jetties.
Kemudahan: Wifi, bilik berhawa dingin, tempat letak kereta, kawasan tidak boleh merokok, TV berserta Astro.
Alamat: 171, Jalan C.Y.Choy, 10300 Georgetown, Pulau Pinang.
Harga: dari RM132/malam
The Blanket Hotel merupakan hotel yang sesuai untuk penginap yang mencari bilik untuk dua orang dan juga penginap berkeluarga. Terdapat pelbagai jenis bilik untuk keperluan yang berbeza disediakan. Hotel ini juga berdekatan dengan Penang Brid Park, Empangan Mengkuang, Sunway Carnival all, Design Village Outlet Mall, Hutan Rekreasi Bukit Mertaja dan Gereja St. Anne.
Kemudahan: Wifi, bilik berhawa dingin, tempat letak kereta, TV beserta Astro, mesra kerusi roda, peti sejuk, sesuai untuk keluarga.
Alamat: 95, Jalan Todak 6, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Harga: dari RM138/malam
Hotel Seri Malaysia Kepala Batas terletak di Komplek Kailan di Kepala Batas. Pengunjung ke Kepala Batas memilih untuk menginap di sini kerana lokasinya yang berdekatan dengan Ikan Bakar Bertam yang terkenal dan tempat lawatan yang menarik seperti Pantai Bersih di Bagan, Vision Park, Penang Bird Park, Island Cruise dan Kompleks Sukan.
Kemudahan: Wifi, bilik berhawa dingin, kawasan tidak boleh merokok, tempat letak kereta, sesuai untuk acara, peralatan BBQ, TV beserta Astro, peti keselamatan.
Alamat: 2, Jalan Usahawan 5, Pusat Perniagaan Dato' Kailan, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Harga: dari RM150/malam
Ar-Raudhah Suite & Hotel merupakan hotel yang sesuai untuk pelancong yang berkunjung ke Georgetown. Ianya berdekatan dengan Leong San Tong Khoo Kongsi dan Muzium Kamera. Clan Jeyyu dan Muzium Penang Perananakn Mansion. Hotel ini sesuai untuk pengunjung berkeluarga yang datang bersiar-siar di Georgetown.
Kemudahan: Wifi, bilik berhawa dingin, kawasan tidak boleh merokok, tempat letak kereta, TV, sesuai untuk keluarga.
Alamat: Lot 1238, Jalan Kampung Kolam, 10200 Georgetown, Pulau Pinang
Harga: dari RM180/malam
Hotel Kamelia terletak berdekatan dengan Vision Park, tempat untuk keluarga bersantai bersama. Hotel ini menyediakan kemudahan penginapan yang selesa termasuklah lokasi yang berdekatan dengan restoran, pusat membeli belah dan farmasi.
Kemudahan: Wifi, bilik berhawa dingin, TV.
Alamat: Jalan Dagangan 10, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia.
Laman Web: Hotel Kamelia
Old Penang Hotel terletak berdekatan dengan Penang Times Square dan 1st Avenue Penang. Kawasan-kawasan menarik yang berdekatan dengan hotel ini ialah Rainbow Skywalk di Komtar, Prangin Mall dan Komtar. Wonderfood Museum dan Jeti Penang pula terletak pada jarak kurang 3 km dari hotel ini.
Kemudahan: Wifi, kawasan tidak boleh mereka, tempat letak kereta, sesuai untuk keluarga.
Alamat: No. 18-30, Jalan Trang, 10150 George Town, Malaysia
Laman web: Old Penang Hotel - Trang Road
The Corum View Hotel
Hotel The Corum View terletak di Bayan Lepas. Ianya berdekatan dengan Setia SPICE Convention Centre, Queensbay Mall, SPICE Arena dan Snake Temple. Bagi yang ingin mencari hotel yang berdekatan dengan Universiti Sains Malaysia (USM), hotel ini juga berdekatan dengan USM dengan jarak 6km.
Kemudahan: Wifi, bilik berhawa dingin, TV, sesuai untuk keluarga
Alamat: 90 Jalan Mayang Pasir, Taman Sri Tunas , Bayan Baru 11950 Penang, 11950 Bayan Lepas, Malaysia
Laman web: The Corum View Hotel
Dapatkan Penang Privilege Card untuk diskaun di tempat-tempat pelancongan di Penang!
Anda ingin tahu lebih banyak lagi pilihan penginapan di Penang? Klik gambar di bawah untuk senarai penginapan terbaik di Penang!