Resort Di Kelantan Featured Image

Resort Di Kelantan

By [email protected] - Feb 08, 2019

Pening kepala memikirkan destinasi percutian seterusnya bersama keluarga atau dengan rakan-rakan rapat? Apa kata kalau kami cadangkan Kelantan sebagai destinasi percutian anda yang seterusnya dan kami cadangkan anda untuk menginap di senarai resort di Kelantan. Pastinya anda terkejut dengan destinasi pelancongan kali ini kami cadangkan Kelantan dan bukan calang-calang tempat penginapan kami pilih untuk anda duduk. Tapi, kenapa Kelantan ya dan betul ke ada resort di Kelantan?


Kelantan didominasikan dengan penduduk Melayu, diikuti dengan kaum Cina, India dan Thai. Oleh sebab itu, tradisi, budaya dan adat kaum Melayu sangat dipelihara dan diamalkan sehingga ke hari ini. Antara contoh budaya dan tradisi kaum Melayu boleh kita lihat dari permainan tradisional di Kelantan iaitu permainan wau bulan, kulit wayang dan permainan gasing. Cuba anda fikirkan, bila kali terakhir anda bermain permainan-permainan tradisional ini? Atau anda tidak pernah sama sekali bermain pun atau mendengar pun nama-nama tersebut.



Kalau di Kelantan, permainan ini sangat sinonim dan dimainkan oleh setiap peringkat umur tidak kira yang muda atau yang tua. Selain dari itu, hasil kraf tangan di Kelantan juga sangat membanggakan. Mana taknya, hasil seni songket dan batik Kelantan ini sangat halus dan bertaraf world class tau. Jangan terkejut kalau tidak lama lagi, jenama fesyen antarabangsa yang gah seperti Chanel, Fendi atau Balenciaga ingin menghasilkan busana menggunakan kain dari Kelantan. Bercakap mengenai hasil kraf tangan, anda juga boleh berbangga dengan hasil seni lukis dan ukiran kayu oleh pengusaha di Kelantan. Hasil ukiran kayu yang halus dan kemas ini merupakan hasil tunjuk ajar turun-temurun. Jadi apa salahnya kalau anda support sikit industri tempatan kita dan berbelanja supaya hasil seni tempatan di Kelantan akan lebih mekar. 


Apabila anda di Pantai Timur, sudah tentu anda akan disambut dengan pantai-pantai indah di sekitar Kelantan yang menghadap Laut China Selatan. Antara pantai-pantai indah di sini adalah seperti Pantai Tok Bali, Pantai Senok, dan Pantai Irama Bachok. Pantai yang terindah di Kelantan semestinya Pantai Tok Bali. Tapi, perlu diingatkan untuk tidak berenang di pantai ketika musim Tengkujuh ya, dengan ombaknya yang kuat dan deras, sangat bahaya untuk anda berada di kawasan pantai walaupun anda hanya di persisiran pantai sekalipun. Jika anda tercari-cari makanan yang enak di sekitar Kelantan, anda tidak perlu risau. Lihat senarai makanan Kelantan yang sangat sedap hingga disyorkan oleh penduduk tempatan. Ambil peluang ini untuk merasakan semua masakan yang dinyatakan tau, ye lah sekali-sekala datang Kelantan kan? 


Haa, kita dah tahu sedikit sebanyak mengenai Kelantan, dah tahu pantai-pantai indah di Kelantan yang boleh anda bermandi-manda dan tempat-tempat makanan sedap di Kelantan. Sekarang, jom kita lihat senarai resort di Kelantan yang best!


Morak Villa Resort


Morak Villa Resort atau nama singkatannya MVR adalah sebuah villa 4 bilik yang tersergam indah di Kg Bendang Ketom, Wakaf Bharu berhampiran dengan pekan Kota Bharu. Dengan menggunakan pendekatan gabungan antara elemen moden dan alam semula jadi, anda pastinya akan dapat manfaat dari kedua-duanya. Anda akan dapat menginap di resort yang serba moden dengan kelengkapan yang lengkap, walaupun anda dikelilingi dengan alam semula jadi. MVR menantikan anda dengan parkir percuma, kolam renang, alat BBQ dan santapan enak. Jom tunggu apa lagi, tempah sekarang di Morak Villa Resort.


Lokasi:


Laman Web: Morak Villa Resort


Tok Aman Bali Beach Resort


Jika anda berada di Pantai Bisikan Bayu, anda boleh singgah menginap di Tok Aman Bali Beach Resort yang terletak 50 km dari Pekan Kota Bharu dan di antara sempadan Terengganu - Kelantan. Suasana dan persekitaran Tok Aman Bali Beach Resort ini sangat menenangkan mata, jiwa dan minda, sangat sesuai untuk anda yang ingin melepaskan diri dari hiruk-pikuk kesibukan kerja dan kota. Kesemua bilik di villa ini dibina untuk menghadap kolam renang yang indah dan luas, tentunya anda terlupa sebentar segala masalah dan kesibukan di kota.


Lokasi:


Laman Web: Tok Aman Bali Beach Resort


Villa Danialla Beach Resort


Kalau anda ingin betul-betul berhadapan dengan pantai, anda patut menempah Villa Danialla Beach Resort. Villa ini terletak betul-betul di hadapan Laut China Selatan dan kira-kira 45 minit dari Pekan Kota Bharu dan Lapangan Terbang Kota Bharu. Dengan 10 jenis bilik untuk anda pilih, villa ini juga menyediakan persiapan untuk mesyuarat, hari keluarga, reunion, perkahwinan, jamuan tahunan dan majlis hari jadi. Jangan fikir lama-lama, jom tempah sekarang.


Lokasi:


Laman Web: Villa Danialla Beach Resort


Jika anda inginkan penjimatan hebat, tekan sini untuk mendapatkan diskaun tak masuk akal!


Jika anda tidak puas dengan senarai resort di Kelantan di atas, anda boleh tekan pada gambar di bawah untuk melihat senarai penuh homestay di Kelantan.


Kami juga ada beberapa artikel yang menarik untuk anda baca berkaitan dengan penginapan anda di Kelantan. Tekan terus pada gambar untuk membaca artikel penuh mengenai penginapan anda di


33 Homestay Menarik Di Kelantan


Sektor pelancongan di Kelantan telah berkembang pesat kebelakangan tahun ini dengan lebih ramai yang berminat untuk melawat negeri ini untuk menghayati keindahan tradisi kaum Melayu. Pelancongan ke Kelantan sudah pasti akan dipenuhi pembelajaran tentang tradisi kaum Melayu yang ramai tidak tahu! Dengan itu, di bawah telah kami senaraikan 33 Homestay yang menarik di Kelantan untuk anda!


Hotel Kelantan



Jika anda dah confirm nak datang Kelantan, anda tidak perlu risau lagi mengenai tempat penginapan sebab di bawah ini kami dah siap-siap senaraikan hotel best dan selesa di Kelantan. Jom lihat dan tempah sama-sama hotel Kelantan sekarang!


4 Best Holiday Villa in Kelantan


Artikel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris ini menyenaraikan Holiday Villa yang seronok untuk didiami ketika bercuti di Kelantan. Nah, siapa sangka bukan di Kelantan ni bukan sahaja terdapat hotel dan homestay, malahan terdapat villa percutian yang menyeronokkan. Ambil masa untuk tekan pada gambar untuk membaca artikel ini dengan penuh. Mana tahu anda tersangkut dengan 1 atau 2 villa dari senarai kami. 

Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.79 (19 VOTES)