5 Homestay Terbaik di Pantai Cahaya Bulan
Pantai Cahaya Bulan adalah pantai yang terdekat dengan bandar Kota Bharu, Kelantan. Terletak hanya 10 km dari Kota Bharu, ianya merupakan spot utama untuk penduduk tempatan beriadah di tepi pantai. Beberapa jenis sukan air dan aktiviti menunggang kuda ada diadakan di sini. Jom kita selidik kenapa pantai ini diberi nama sedemikian dan lihat 5 homestay terbaik Pantai Cahaya Bulan.
Eh, tapi kenapa nama pantai ni macam lebih sweet je daripada jenis aktiviti yang ada kat sana? Haa, sebab waktu Perang Dunia ke-2 dulu, ada cerita cinta seorang tentera British di sini. Tapi nanti anda datang ke sini, biarlah berkasih sayang dengan suami atau isteri dan ahli keluarga yang tersayang tau. Tak mau skandal-skandal yang lain-lain tu. Tak elok.
Homestay Kb Wakaf Kayu
Jika anda memerlukan tempat penginapan untuk ahli keluarga yang ramai, Homestay Kb Wakaf Kayu boleh memuatkan 15 orang penginap. Dengan Konsep deko kayu pine, homestay ini memberikan sedikit kelainan ditambah lagi dengan lokasinya yang berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan.
Anda dapat menikmati pemandangan sungai yang cantik dan nyaman semasa menginap di sini. Ianya merupakan banglo 2 tingkat, lengkap dengan set dapur memasak dan set bbq. Ia juga berhampiran dengan lokasi penting seperti Masjid Badang, lapangan terbang, HUSM, Wakaf Che Yeh, Pantai Cahaya Bulan dan Pasar Siti Khadijah. Ia juga berdekatan dengan pasar raya besar seperti Pantai Timur Hypermarket, Mydin Kota Bharu, KB Mall dan Aeon Mall.
Alamat: Pt 1080 ,Kg Pulau Pasir, Jalan Pantai Cahaya Bulan ( PCB ), 15350 Kota Bharu , Kelantan
Harga: dari RM220/malam
Teratak Ibunda Guest House
Teratak Ibunda Guest House merupakan sebuah banglo satu tingkat di kawasan Wakaf Che Yeh. Ianya juga sesuai untuk keluarga besar seramai 10 orang. Homestay ini menyediakan bilik tidur berhawa dingin, lengkap dengan dapur dan peralatan memasak serta set BBQ.
Anda boleh berkumpul dengan ahli keluarga anda di homestay ini memandangkan ianya mempunyai tempat letak kereta yang luas, boleh memuatkan 3 buah MPV besar. Oleh sebab lokasinya di Wakaf Che Yeh, boleh lah anda meluangkan masa membeli belah di Pasar Borong Wakaf Che Yeh yang dibuka 24 jam sehari. Lokasinya juga berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan.
Alamat: Lot 1954, Lorong 2 Kampung Kota, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Harga: dari RM250/malam
Zara Homestay Kota Bharu
Ini dia satu lagi homestay yang sesuai untuk keluarga besar. Zara Homestay Kota Bharu boleh memuatkan 10 orang penginap pada satu masa. Ianya adalah rumah semi D dan menawarkan 2 bilik berhawa dingin daripada 3 bilik tidur yang ada.
Peralatan dan dapur memasak ada disediakan dan ianya sesuai untuk anda berkumpul bersama ahli keluarga. Lokasinya berdekatan dengan Gerai Pisang Goreng dan Restoran Mee Celup Padang Bemban yang popular. Selain itu, homestay ini berhampiran dengan HUSM Kubang Kerian, Kota Bharu, Wakaf Che Yeh, lapangan terbang, Pantai Irama dan Pantai Cahaya Bulan.
Alamat: 250 A, Jalan Padang Bemban, Kg Padang Bemban, Banggu, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Harga: dari RM160/malam
MYR 120.00 /night
MYR 200.00 /night
MYR 200.00 /night
Mahukan harga tempahan biik yang lebih murah? Gunakan kod promosi kami!
MYR 200.00 /night
AIN Studio Apartment
Ain Studio Apartment terletak di Kota Bharu, dan boleh memuatkan 3 orang penginap. Ianya sesuai untuk keluarga kecil yang ingin melancong ke Kota Bharu dan Pantai Cahaya Bulan.
Homestay in berdekatan dengan restoran dan tempat-tempat pelancongan seperti Pasar Besar Siti Khadijah, Kampung Kraftangan dan Muzium Kraftangan, KB Mall, Billion Shopping Centre dan pasar malam Wakaf Che Yeh.
Alamat: 35 - 18, Tingkat 3, Kota Bharu City Point, Jalan Hilir Pasar, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Harga: dari RM130/malam
As-Syafi Homestay
As-Syafi Homestay merupakan rumah teres 2 tingkat di Kota Bharu. Homestay ini sesuai untuk keluarga besar dan boleh memuatkan penginap seramai 12 orang. Ianya menyediakan bilik tidur berhawa dingin dan peralatan memasak dan dapur. Homestay ini juga berdekatan dengan Pasar Borong Wakaf Che Yeh, bandar Kota Bharu dan kemudahan lain seperti restoran dan 7-Eleven.
Alamat: Pt 620, Taman Damai perdana, Jalan Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Harga: dari RM270/malam
Mahukan lebih banyak pilihan hotel dan homestay di Kota Bharu? Klik pada gambar di bawah untuk senarai tempat penginapan terbaik di Kota Bharu.