Hotel di Melaka
Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang. Oleh kerana lokasinya yang strategik, pedagang-pedagang dari China mula berhijrah ke Melaka untuk berdagang. Kemudian, Melaka ditawan oleh pihak Portugis dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak mereka di Hindia Timur.
Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Oleh kerana pihak British lebih mementingkan dengan perkembangan di Singapura, perkembangan di Melaka pula semakin diabaikan.
Walau bagaimanapun, setelah melalui beberapa penjajahan, Melaka menjadi kaya dengan peninggalan bersejarah hasil daripada pengaruh Portugis, Belanda, British, China dan Islam. Dengan ini, Melaka telah diiktirafkan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Haaaaaa "menarik"kan cerita asal usul Melaka? Jika anda ingin melihat dan merasai sendiri tapak peninggalan yang tersebut, datanglah beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan. Tak payahlah buat pening kepala nak tinggal mana bagai, di sini kami telah menyusun artikel-artikel mengenai hotel yang terdapat di Melaka.
Senarai Kandungan :
1. 10 Hotel Bawah RM100 di Melaka
2. Hotel Berdekatan Melaka River Cruise
3. Hotel Dekat Jonker Street
4. Hotel Berdekatan Dataran Pahlawan
5. Hotel Berdekatan Zoo Melaka
6. Hotel Dekat Mahkota Medical Centre
Perancangan dalam perjalanan adalah penting terutamanya apabila anda sedang dalam bajet yang sedikit. jika anda merancang untuk melakukan “Food Trip” ke Melaka, anda mesti mahu mengurangkan pembelanjaan pada penginapan dan berbelanja lebih kepada makanan!
Terdapat banyak hotel yang harganya berpatutan di Melaka yang mana anda boleh melihat dan membuat persediaan untuk percutian anda ke Melaka.
10 Hotel Bawah RM100 di Melaka
Jika anda bercadang untuk bercuti di Melaka, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat Melaka River Cruise yang merupakan antara tempat tarikan pelancong yang paling menakjubkan di negeri yang bersejarah itu.
Selain itu, tidak perlu risau tentang kesesakan jalan raya kerana di Melaka terdapat banyak hotel-hotel menarik yang anda boleh pilih untuk membolehkan anda berjalan kaki sahaja melawat tempat-tempat bersejarah ini. Di sini kami senaraikan 6 hotel berdekatan dengan Melaka River Cruise.
Hotel Berdekatan Melaka River Cruise
Jonker Street merupakan simbol ikonik pelancongan di Melaka dan telah dinamakan sebagai 'UNESCO World Heritage Site' sejak tahun 2008. Dengan pengaruh seni bina dari abad ke-tujuh belas, Jonker Street memang terkenal dengan barangan antik, kraftangan dan juga makanan jalanan yang tentu menjadi destinasi hangat untuk 'jalan-jalan cari makan'.
MYR 100.00 /night
MYR 337.08 /night
MYR 120.00 /night
Sebelum jalan-jalan, cari dulu diskaun terbaik untuk lebih penjimatan. Dapatkan diskaun terkini untuk hotel dan homestay di sini.
Dataran Pahlawan Melaka Megamall dikenali sebagai pusat membeli-belah yang terbesar di Melaka. Terletak di tengah-tengah bandar bersejarah, Dataran Pahlawan menjadi salah satu tempat dan tarikan yang terkenal oleh penduduk setempat dan para pelancong.
Jika anda bercadang untuk melawat bandar bersejarah ini, jangan bimbang tentang tempat tinggal. Kami telah menyenaraikan pilihan hotel untuk anda!
Hotel Berdekatan Dataran Pahlawan
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan pendedahan mengenai keadaan Zoo Melaka yang makin tenat. Menurut temubual pihak media tempatan dengan pekerja di Zoo Melaka, faktor utama keadaan Zoo Melaka menjadi kian terabai, haiwan yang kekurangan makanan, kemudahan tidak diselenggara dengan baik, dan tiada tarikan menarik adalah kerana jualan tiket yang merosot dari masa ke semasa.
Setelah penat seharian berjalan dalam zoo dan memberi makanan kepada haiwan-haiwan, mesti anda semua mencari tempat yang menarik untuk menginap, bukan? Jangan risau, kami sudah sediakan senarai hotel best berdekatan dengan Zoo Melaka.
Mahkota Medical Centre terletak di Jalan Merdeka, Taman Costa Mahkota, yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka. Jika anda mempunyai temujanji atau merancang untuk melawat rakan atau saudara-mara anda di Mahkota Medical Centre ini, kami telah menyenaraikan 5 hotel terdekat untuk memudahkan perancangan anda.
Hotel Dekat Mahkota Medical Centre
Di sini adalah senarai penuh tempat penginapan terbaik di Melaka, anda boleh menyesuaikan penapis anda mengikut harga, tarikh, lokasi dan lain-lain.